Agama adalah wadah ke arah Tuhan. Semua orang boleh bersetuju dengan fahaman ini. Memang betul, Islam misalnya adalah jendela pada jalan Allah (SWT) yang dulu, kini dan selamanya dipimpin Nabi Muhammad (SAW).

Tetapi ada satu angle yang menunjukkan masalah pada fahaman ini. Iaitu agama Islam, Kristian, Judaisme (dan sebagainya) semuanya adalah wadah ke arah Tuhan. Maksudnya boleh berpilih-pilih. End up, Tuhan memberi ganjaran pada amalan baik. Jadi buat baik-baik saja.

Fahaman sebegini semakin menebal di Dunia Barat. Ramai rata-ratanya semakin jemu dengan gelombang politik agama. Mereka melihat Islam sebagai pencetus semua masalah di Timur Tengah.

Mereka melihat Kristian pula dengan gambaran seperti peηgαηiαyααη pada kaum pribumi Canada misalnya. Jadi secara berperingkat, mereka menyisihkan diri daripada haluan agama berstruktur (organized religion). Mereka ikut haluan sendiri, yang melahirkan Gerakan New Age.

Upacara Rainbow Family of Living Light.

Tiada siapa tahu asal-usul Gerakan New Age ini (Hammer, 2001). Ajaran ini timbul dalam landasan esotericism, iaitu sesuatu yang diasaskan dalam kalangan sebuah kumpulan kecil terlebih dahulu.

Sejarawan melihat Emanuel Swedenborg sebagai figura yang mencetuskan New Age ini. Tetapi Swedenborg hidup sekitar abad ke-18, terlalu jauh untuk membuat perkaitan secara langsung. Kerana New Age berputik betul-betul sekitar 1960-an.

Tanpa seorang figura penyatu (seperti Nabi Muhammad SAW dalam Islam), ahli-ahli New Age sekadar membawa diri. Banyak “rumah ibadat” ditubuhkan untuk amalan-amalan New Age.

Akan tetapi, rumah ibadat ini tidak semestinya sama antara satu sama lain (seperti masjid dan gereja).

Kerana New Age menubuhkan San Francisco Zen Center untuk amalan sendiri. Ada ahli di tempat lain pula menubuhkan Soka Gakkai. Tidak lupa pada Church of All Worlds dan Church of Satan (Pike, 2004).

San Francisco Zen Center

Rumah-rumah ibadat sebegini menunjukkan yang New Age adalah gabungan Buddhisme, Hinduisme dan Sufi. Tiga ajaran ini menjadi mekar betul-betul selepas kerajaan Lyndon B. Johnson memansuhkan Akta Pengasingan Kaum Asia pada tahun 1965 (Bader, et al., 2011).

Dengan kebebasan baru, lagi mudahlah New Age berkembang menjadi fenomena sosial. Ia menggabungkan banyak gerakan sedia ada. Semua fikrah terkini pada masa itu ibaratkan “disatukan” dalam sebatian New Age ini.

Kelompok ini bersatu begitu teguh sampai boleh membuka kedai-kedai sendiri. Mereka jual buku dan majalah untuk mendagangkan ideologi sambil mencari duit. Usaha sebegini telah membudayakan New Age.

Tidak menghairankan pun orang sertai New Age semata-mata untuk menjual barangan. Kerana ideologi mereka bernaratif “mesra”, “alternatif” dan “spiritual”. Maka seseorang itu boleh beragama Islam atau Kristian tetapi mengamalkan spiritual New Age (Sutcliffe, 2003).

New Age mendapat sensasi media selepas Linda Goodman menulis buku Sun Signs yang menceritakan tentang perkara astrologi. Buku ini masuk dalam senarai best seller. Lama Sun Signs mengekalkan kedudukan, sebelum mula pudar. Belum sempat jatuh terus, Goodman kembali dengan Love Signs pula yang menaikkan carta buku pendahulu ini.

Walau bagaimanapun, New Age mencapai zaman kemuncak secara tiba-tiba. Masuk saja 1980-an, gerakan ini hilang momentum.

Penerbit pun malas sebut pasal New Age. Dan pada tahun 1994, seorang cendekiawan agama bernama Gordon J. Melton mengisytiharkan yang Gerakan New Age sudah mαti (Kemp, 2004).

Ramai penyelidik masyarakat cuba kenal pasti faktor kejatuhan New Age. Rata-ratanya bersetuju yang New Age sudah hilang kerelevanan dan makna (mungkin kerana terlalu banyak penyertaan kapitalis).

RUJUKAN:

Bader, C., et al. (2011). Paranormal America: Ghost Encounters, UFO Sightings, Bigfoot, and Other Curiosities in Religion and Culture. NYU Press. Halaman 224.

Kemp, D. (2004). New Age: A Guide. Edinburgh University Press. Halaman 178.

Hammer, O. (2001). Claiming Knowledge: Strategies of Epistemology from Theosophy to the New Age. Brill. Halaman 180.

Sutcliffe, S. (2003). Children of the New Age: A History of Spiritual Practices. Routledge. Halaman 128.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.