Gerakan Boikot Produk Perancis

3,054

“Freedom of speech does not mean freedom from its consequences.”

Perancis ialah contoh yang nyata bagi sesiapa ingin memahami pepatah di atas. Kebebasan bersuara ialah sebuah lumrah yang mempunyai impak tersendiri. Apabila terlalu bebas, mesti akan ada kesannya.

Dengan erti kata lain, kebebasan mempunyai harga. Sepertimana semua tahu, Perancis juga negara dimana ada sebuah majalah satira Charlie Hebdo memuatnaikkan lukisan didakwa Nabi Muhammad SAW.

Ramai tidak berpuas hati dengan perbuatan Charlie Hebdo, sampai menjadi kes pembvnvhan pun.

Pada Oktober 2020, kes yang sama berulang semula. Seorang guru bernama Samuel Paty memasuki kelas pendidikan moral dan sivik untuk mengajar tentang kebebasan berpendapat (Onishi & Méheut, 2020).

Paty membawa lukisan-lukisan Nabi Muhammad SAW untuk ditunjukkan kepada para pelajar. Sebelum itu, Paty meminta pelajar-pelajar Islam keluar dulu (Willsher, 2020).

Ini merupakan perbuatan yang selalu dilakukan setiap tahun sejak kes pembvnvhan di Charlie Hebdo (AFP, 2020).

Paty didakwa menunjukkan Nabi Muhammad SAW dalam keadaan berb0g3l. Isu tercetus berlarutan selama 10 hari, sehinggalah 16 Oktober Paty dibvnvh seorang pelarian Chechnya yang beragama Islam.

Abdoullakh Anzorov menunggu Paty di luar pagar sekolah, kemudian mengekorinya dengan seb1l4h pi$4u bersaiz 12 inci.

Di sebuah jalan raya berhampiran sekolah itu juga, Paty dip3ngg4l. Saksi menyatakan mereka terdengar laungan takbir ketika $er4ngan.

Anzorov berjaya dibvnvh polis kerana enggan menyerah diri. Pihak berkuasa Perancis membuka kertas siasatan, dengan Presiden Emmanuel Macron mengambil kesempatan untuk menyelar tindakan ini.

Beliau mengatakan bahawa, “anak bangsa kita telah dibvnvh hanya kerana mengajar anak-anak kita kebebasan berpendapat”.

Ramai yang mengecam tindakan Anzorov, terutamanya umat Islam dan pemimpin-pemimpin agama Islam dalam dan luar Perancis.

Tetapi ada pihak yang tidak berpuas hati apabila Macron menunggang isu ini untuk menyelar Islam. Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahawa Macron perlu rawatan mental kerana gelagatnya terhadap umat Islam (Tuysuz, 2020).

Perancis mengecam kenyataan Erdogan kerana kurang ajar dan mengundang b4h4ya polemik. “Kami tidak akan menerima kutukan,” kata jurucakap Macron.

Perancis juga telah memanggil balik dutanya kerana komen Erdogan (Wintour, 2020). Jadi di sini, kutuk nabi ialah satu kebebasan. Kutuk Macron pula ialah polemik b4h4hya sampai duta perlu dipanggil balik.

Jijik dengan kelakuan ini, ramai dalam kalangan umat Islam melancarkan kempen boikot produk Perancis. Dan pasar-pasar raya di Kuwait dan Qatar telah memulakan boikot ini (Salem, et al., 2020).

Penanda Boikot

Dijangka Jordan, Pakisan, Mesir dan Iran pun menyertai juga arus pemboikotan ini untuk meluahkan pendirian mereka tentang karikatur nabi. Ribuan orang berhimpun di Bangladesh untuk menggesa seruan yang sama.

Ini jelas sekali suatu harga bagi kebebasan. Tetapi umat Islam kelihatan tidak marah sangat pun dengan karikatur nabi.

Sebaliknya kenyataan Macron yang menunggang isu sebenarnya telah mencetuskan segala masalah. Mana tidaknya – Macron selamba menuduh umat Islam kaki separatis dengan “agama dalam krisis di seluruh dunia” (Al Jazeera, 2020).

Kemaraan rakyat Bangladesh dihalang pihak polis supaya tidak merosakkan pejabat kedutaan Perancis.

Boikot-memboikot sememangnya satu perkara yang tidak sihat. Tetapi ia merupakan harga bagi kebebasan… kebebasan untuk mengamalkan hipokrasi, seperti yang dibuat Macron apabila kutuk agama tidak mengapa, kena kutuk koyak rabak.

Akhir kata, harga kebebasan menghina bendera Perancis ialah €750.

RUJUKAN:

AFP. (2020, Oktober 18). Thousands rally in France in defiance and solidarity after teacher’s (ditapiskan). France 24.

Al Jazeera. (2020, Oktober 27). Thousands rally in Bangladesh calling for boycott of French goods.

Onishi, N., & Méheut, C. (2020, Oktober 17). (ditapiskan) (ditapiskan) French school before (ditapiskan) teacher, Officials Say. The New York Times.

Salem, M. et al. (2020, Oktober 27). Calls to boycott French products grow in Muslim world after Macron backs Mohammed cartoons. CNN.

Tuysuz, G., et al. (2020, Oktober 26). France condemns ‘unacceptable’ comments from Turkey’s Erdogan and recalls ambassador. CNN.

Willsher, K. (2020, Oktober 17). Teacher (ditapiskan) in Paris named as Samuel Paty, 47. The Guardian.

Wintour, P. (2020, Oktober 25). France recalls ambassador to Turkey after Erdogan questions Macron’s mental state. The Guardian.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.