George Weah. Sudah pasti penggemar sukan bola sepak eropah era 90-an akan mengenali nama penyerang lincah ini. Mana tidaknya, George Weah pernah dianggap sebagai di antara penyerang terbaik zaman tersebut dengan variasi kelab yang diwakilinya termasuklah PSG, Manchester City, dan Ac Milan.

George Manneh Oppong Weah lahir pada 1 oktober 1966 di Bandar Clara, Liberia dan memulakan karier bola sepaknya dengan kelab Young Survivor of Clartown, Bongrange Company, Mighty Barole dan Invincible Eleven di Liberia. Namun setelah beliau berpindah ke sebuah kelab Cameroon “Tonnerre de Yaoundé”, permainan beliau menarik minat seorang jurulatih lagenda di Eropah.

Arsene Wenger menjadi insan yang bertanggungjawab memperkenalkan Weah kepada dunia dengan membawa masuk penyerang tersebut ke Napoli pada tahun 1988. Kemudiannya Weah berpindah ke Paris Saint Germain pada tahun 1992 bagi membantu menajamkan serangan gergasi Perancis tersebut.

Perpindahan beliau ke PSG nyata memberi impak positif dalam kariernya dengan kejayaan membolot juara liga pada tahun 1994 serta menjadi penjaring gol terbanyak “UEFA Champions League” pada tahun 1994/1995.

Pada kemuncak karier inilah beliau berpindah ke Ac Milan dan membantu gergasi Itali tersebut menjuarai kejohanan liga Serie A sebanyak dua kali (1996 dan 1999) sebelum dipinjamkan ke Chelsea pada awal tahun 2000. Akhirnya beliau melanjutkan karier bola sepaknya dengan bermain di Manchester City dan Marseille sebelum menamatkan karier profesionalnnya di Al-Jazira Fc pada tahun 2003.

Weah ketika mewakili Ac Milan.

Sepanjang kariernya sebagai penyerang utama bola speak, beliau pernah membolot Anugerah Ballon D’Or pada tahun 1995 dan Pemain Terbaik Tahunan FIFA. Hebat sekali! Bahkan beliau merupakan orang Afrika pertama menjuarai Ballon D’Or.

Sudah tentu juga beliau pernah memegang takhta pemain Terbaik Tahunan Afrika sepanjang tahun 1989, 1994 dan 1995 manakala pada tahun 1996 beliau disenaraikan sebagai “African Player of Century”. Menariknya juga, Pele pada tahun 2004 menyenaraikan Weah sebagai top 100 pemain bola sepak yang masih hidup. Pele beb! Bukannya Lord Bendtner!

George Weah bersama Ronaldo

Sudah tentulah kita mengingati gol cantik hasil gerakan solo beliau pada tahun 1996 ketika bermain dengan Ac Milan. Ketika perlawanan tersebut, beliau membawa bola dari kotak penalti sendiri dengan laju menuju kotak penalti lawan sebelum menyudahkan dengan satu rembatan rendah menewaskan penjaga gol Verona. Lebih jauh gerakan solonya berbanding Maradona dan Messi!

Manakala di peringkat antarabangsa pula, beliau bermain bersama Liberia dengan 75 caps dan menghasilkan 18 gol untuk negaranya. Beliau merupakan di antara pemain terbaik namun gagal memenangi Piala Dunia dan FourFourTwo turut menyenaraikan beliau sebagai pemain terbaik yang tidak sempat menjuarai Kejohanan Juara Liga-Liga Eropah.

Jangan main-main juga dengan pemain serba boleh ini kerana beliau turut mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Sukan daripada Universiti Parkwood di London dan Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Miami. Pendidikan tetap menjadi keutamaan!

Weah memulakan langkah politiknya dengan menyertai pilihanraya di bawah parti Pakatan Perubahan Demokratik kepada wakil Parti Perpaduan pada November 2005.  Weah juga turut masuk bertanding pada tahun-tahun berikutnya namun kemuncaknya adalah apabila beliau menyatakan hasratnya untuk bertanding bagi kerusi Presiden pada April 2016.

Dengan ini, beliau turut mewakili parti yang sama bertanding bagi kerusi tersebut pada tahun 2017 dan memenangi pusingan pertama dengan undian sebanyak 38.4 peratus. Kemudian dalam pusingan kedua, beliau mengalahkan lawannya Joseph Boakai dengan undian sebanyak 61.5 peratus seterusnya secara rasmi menggantikan Ellen Johnson Sirleaf (presiden wanita pertama di Afrika). Beliau secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Presiden Liberia pada 22 Januari 2018 dan terus menjadi presiden negara tersebut sehingga kini.


Weah mengangkat sumpah sebagai Presiden Liberia

Sesungguhnya Weah mengajar kita beberapa hal yang utama iaitu dalam setiap perkara “Pendidikan adalah satu keutamaan”. Bahkan beliau juga memberi kita inspirasi untuk tidak pernah takut mengubah haluan hidup atau karier serta jangan pernah mengalah untuk mencuba. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

RUJUKAN:

“George Weah”, Encyclopædia Britannica. https://www.britannica.com/biography/George-Weah

“George Weah – unassuming even at the pinnacle of success”, FIFA.com. https://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/news/george-weah-unassuming-even-the-pinnacle-success-71402

Greg Lea, “The 25 best players never to win the Champions League”, FourFourTwo, 28 Mei 2019. https://www.fourfourtwo.com/gallery/25-best-players-never-win-champions-league

“Pele’s list of the greatest”, BBC Sports, http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/3533891.stm


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mahasiswa Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya. "Cinta kepada Tamadun diiringi kebenaran Sejarah."

Comments are closed.