Kesultanan Melayu Melaka memiliki pemerintah yang bijak dan berhikmah dalam mempertaruhkan hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan lain, terutamanya dengan jiran-jiran.

Dengan Siam misalnya, sekalipun Melaka enggan sembah tunduk kepada Siam, berp3rang dua tiga kali dan setiap kali itu Siam tetap tak berjaya mengalahkan Melaka, baik guna jalan darat melalui Pahang atau guna jalan laut, Melaka tidaklah berpatah arang berkerat rotan dengan Siam ketika itu.

Sultan Mansur Shah sendiri pernah dicatatkan di dalam Sejarah Melayu menitahkan supaya utusan baginda Tun Telanai dan Menteri Jana Putera bersama 20 kapal ke Siam membawa surat dengan mesej jelas;

“Siam tidak disembah (Melaka) namun tidak pula (Siam) di salam malah jauh sekali (Melaka) cuba berkasih sayang dengan Siam”.

Di Siam, usai mempersembahkan surat baginda Sultan Mansur Shah kepada Raja Bubunnya di Siam, Raja Siam itu amat mengagumi isi surat tersebut. Malah Tun Telanai dan Menteri Jana Putera mempersembahkan kepada baginda Raja Siam akan kekuatan dan kekuasaan Melaka melalui seorang hulubalang berkaki untut namun kebal dan handal bermain lembing.

Dengan demonstrasi atau “show of force” tersebut, Raja Siam memohon bantuan Tun Telanai bersama gerombolan Melaka yang dibawanya bersama turut diminta membantu Siam memerangi sebuah negeri yang memberontak dan enggan tunduk kepada Siam.

“The Siamese Wars with Malacca During the Reign of Muzaffar Shah” tulisan G. E. Marrison ada menyatakan bahawa di dalam Pongsawadan Loang Prasoet, (“Sejarah Melayu” versi Siam yang ditulis ketika pentadbiran kerajaan Ayutthaya sekitar 1681) negeri yang degil itu ialah Muang Lisobthin pada 1457 manakala di dalam Sejarah Melayu versi Shellabear ditulis Melaka membantu Siam melawan Chiangmai pada 1460.

Tun Telanai kemudiannya dikurniakan seorang isteri, sebagai hadiah oleh Siam sebelum pulang bersama khabar kejayaan membantu Siam dalam p3rang dan memperbaiki hubungannya dengan Melaka.

Moralnya, dalam mempertaruhkan hubungan diplomatik ni ia macam main layang-layang. Ada masanya tengok angin, lepaskan tali dulu kemudian ada masanya kena tarik balik tali, pintal talinya biar layang-layang kembali dekat dengan kita. Apa yang penting jangan layang-layang ini putus talinya.

Setidaknya begitulah Melaka melawan dan menghindarkan Siam. Melaka berbuat demikian sekalipun tahu Kerajaan Ming mengiktiraf kedaulatan kerajaan Melaka dan sultan-sultan Melaka, namun tidak mahu terus berkonflik dan berkeras dengan kerajaan lain.

Ini baru contoh hubungan antarabangsa Kerajaan Melayu dengan Siam. Belum dengan Majapahit, dengan Cina, dengan India, dengan Rum (Uthmaniyyah) lagi.

Layang-layang ni kalau angin kuat lagi kita tarik dan lawan, nescaya akan putus talinya.

Seni dan kemahiran diplomasi Raja-Raja Melayu dahulu, bukan calang-calang. Kalau kita tak ambil iktibar dan pelajaran dan terapkan nilai-nilai macam ni dalam hubungan dua hala Malaysia dengan kerajaan-kerajaan asing, rugilah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.