Geopolitik 2017

0
1297
views

Ini artikel terakhir saya bagi tahun 2017. Hujung-hujung tahun macam ni kenalah buat sedikit rumusan untuk “highlight” apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2017 di pentas politik dunia.

1. HUBUNGAN KUASA-KUASA BESAR

Politik dunia masih bersifat “tripolar”, didominasi oleh 3 buah kuasa besar: Amerika Syarikat (US), China dan Rusia. Tahun ini, hubungan mereka bertiga kurang tegang berbanding tahun-tahun yang lepas. China dan Rusia mengambil pendekatan “wait dan see” dalam menyusun semula strategi dan langkah mereka ikut rentak Trump yang berada dalam tahun pertama presidensi.

2. AMERIKA SYARIKAT

Trump berjanji dasar luarnya akan mendahulukan kepentingan Amerika (“America First”). Dengan itu Trump menarik US keluar dari perjanjian-perjanjian yang dikatakan merugikan US: TPPA, Perjanjian Iklim Paris dan UNESCO. Ramai juga bimbang US tidak lagi mahu menggalas tanggungjawabnya sebagai penjamin keselamatan sekutunya di Eropah (NATO) dan di Asia Timur (Jepun dan Korea Selatan).

Tapi Trump tidaklah sejahil itu. Setakat ini logik tindakan Trump masih mengikut tradisi US sejak 1945, cuma kurang menekankan “multilateralism” dan “international order”. Trump don’t give a damn pasal UN atau international public opinion. Dari segi ini Trump ada persamaan dengan Richard Nixon (1969-1974) yang menamatkan sistem Bretton Woods secara unilateral. Trump juga seolah-olah meniru strategi “triangulation” Nixon untuk berurusan dengan Rusia dan China. Kejap baik dengan Rusia, kejap baik dengan China, tujuannya tidak lain untuk “divide and rule” pakatan China-Rusia. Cuma setakat ini belum lagi ada pertembungan kepentingan antara Rusia dan China yang boleh dieksploit oleh Trump.

Sepanjang tahun pertama presidensi Trump, Trump sering menyebut Iran dan Korea Utara sebagai ancaman utama kepada US, konsisten dengan dokumen “National Security Strategy” yang dilancarkan 3 hari yang lepas. Alasannya dua negara ini pemilik senjata pemusnah besar-besaran (WMD), tapi alasan yang tersirat adalah kedua-dua negara ini adalah sekutu penting Rusia dan China.

Kekurangan Trump ialah dia terlalu “domestic-driven”. Banyak keputusan dibuat berdasarkan pengiraan politik domestik, dan ini menyebabkan US “shoot itself on the foot”: tindakan menyerang Syria pada 7 April 2017 hampir merosakkan hubungan US-Rusia yang cuba diperbaiki oleh Trump, dan tindakan mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember 2017 telah menjatuhkan kewibawaan US sebagai penimbangtara dalam proses perdamaian Israel-Palestin dan mencetuskan gelombang sentimen anti-Amerika yang baru.

3. CHINA

Sementara US merajuk seorang-seorang, China cuba mengisi tempat US dengan menonjolkan diri sebagai pemimpin sistem kapitalis global. Pada Januari 2017, Presiden Xi Jinping menjadi presiden China pertama yang menghadiri World Economic Forum dan memberi ucapatama. Pemimpin negara komunis merasmikan perhimpunan tahunan kapitalis sedunia, ironik betul. China terus menyediakan pelbagai “international public goods” menerusi One Belt, One Road (OBOR) dan Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB), bukan untuk tujuan kebajikan, tapi untuk kepentingan geopolitiknya di benua Eropah-Asia (“Eurasia”).

Pada Oktober 2017, Xi dilantik semula sebagai presiden untuk 5 tahun lagi. Ini bermaksud Xi ada paling kurang 5 tahun lagi untuk mengejar impiannya untuk menghidupkan balik kegemilangan China sebagai “Middle Kingdom”.

4. RUSIA

Ini adalah tahun ketiga Rusia dikenakan sekatan oleh US dan EU setelah insiden Crimea tahun 2014. Setelah ditekan teruk pada tahun 2014 dan 2015, Rusia mula “making strong comeback”. Rusia berjaya menstabilkan kedudukan sekutunya Assad di Syria, memperbaiki hubungannya dengan Turki, menjalin kerjasama baru dengan Saudi, dan menyelesaikan masalah dengan Jepun mengenai Kepulauan Kuril. Ini bermakna Rusia berjaya memecahkan pengepungan US-EU.

Vladimir Putin ada cita-cita untuk menjadikan Rusia sebagai kuasa ulung di benua Eurasia, tapi untuk sementara ini, China telah mencuri “limelight” Rusia sebagai “Eurasian power”. Keutamaan Rusia sekarang adalah untuk menjaga kestabilan di “Near Abroad” (Blizhneye Zarubezh’ye), belum lagi cukup kekuatan untuk projek kuasa ke peringkat global.

5. EROPAH

Sejak Brexit tahun lepas, ramai menganggap riwayat Kesatuan Eropah (EU) bakal tamat pada tahun ini. Ahli politik populis seperti Geert Wilders dan Marine Le Pen menggugut untuk menarik Belanda dan Perancis keluar dari EU (“Nexit” dan “Frexit”). Kedua-dua Wilders dan Le Pen ditewaskan. Pelantikan Emmanuel Macron sebagai Presiden Perancis dan pelantikan semula Angela Merkel sebagai Kanselor Jerman memberikan sedikit sinar harapan kepada EU, namun EU masih dibelenggui oleh sentimen pemisahan seperti di Catalonia (Sepanyol) dan Veneto (Itali).

Walaupun retorik anti-imigran dihentikan di Eropah Barat, sentimen anti-imigran masih kuat di sebelah timur Eropah, dengan kemunculan Sebastian Kurz sebagai pemimpin Austria. Kini Austria, Hungary dan Poland telah mengambil pendirian yang bercanggah dengan EU. Sebuah EU yang berpecah belah akan menguntungkan Rusia yang masih dikenakan sekatan ekonomi oleh EU.

6. ASIA BARAT

Perang dingin antara Saudi dan Iran masih berterusan, malah semakin sengit. Blok Saudi-Mesir-UAE semakin kukuh, sementara Qatar cuba menjadi fleksibel dan tidak mahu terikat dengan ketuanan Saudi. Maka Qatar diboikot sejak 5 Julai 2017. Qatar masih survive malah berjaya membentuk “strategic alliance” dengan Turki dan Pakistan, menjadi Blok Ketiga dalam Timur Tengah.

Hampir 3 tahun Yaman berperang. Ali Abdullah Saleh, “culprit” utama yang mencetuskan perang telah dibunuh oleh Houthi pada 4 Disember 2017. Namun perang masih berlangsung antara Houthi (dikatakan disokong oleh Iran), kerajaan Hadi (disokong oleh Saudi) dan Al-Qaeda.

Perang saudara di Syria hampir selesai, kedudukan Assad bertambah kukuh. ISIS hampir jadi sejarah, ibu kotanya Raqqa jatuh pada 17 Oktober 2017. Penglibatan kaum Kurd dalam perang terhadap ISIS telah “emboldened” orang Kurd di Iraq dan mereka cuba membentuk negara sendiri menerusi referendum pada 25 September 2017. Perang serantau hampir meletus akibat kebimbangan Turki dan Iraq terhadap pemisahan wilayah yang didiami Kurd.

Sementara US tak sibuk pasal soal “human rights” di Timur Tengah, autokrat yang mempunyai hubungan strategik dengan US mengambil peluang untuk mengukuhkan kuasa masing-masing. Erdogan buat referendum bertarikh 16 April 2017 untuk jadi presiden selama yang boleh. Putera Mahkota Saudi, Mohammad bin Salman pula melancarkan “political purge” yang paling drastik dalam sejarah Saudi.

7. SEMENANJUNG KOREA

Kim Jong-un punya permainan makin level up. Dah ada bom hidrogen katanya. Tapi so far Kim dan Trump hanya main perang mulut dan perang psikologi saja. Ugutan Kim untuk menyerang pengkalan tentera US di Guam tak jadi. Sebenarnya Kim tidak berminat untuk berperang, dia cuma nak mempertahankan keselamatan rejimnya secara “deterrence” dan “brinkmanship”, atau dengan kata lain, guna senjata nuklear untuk menghalang US menyerang Korea Utara.

Namun begitu, Korea Selatan tetap berjaga-jaga. Seoul itu 50 km daripada sempadan Korea Utara je beb. Ujian peluru berpandu Korea Utara menyebabkan Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye memasang sistem Terminal High Altitude Area Defense (THAAD) di Korea Selatan pada Mac 2017. China tersinggung kerana THAAD menggugat kepentingan strategik China. Walaupun Park meletak jawatan akibat skandal, presiden baru iaitu Moon Jae-in tidak mengubah keputusan tersebut. The stake is too high.

Di seberang laut, Shinzo Abe dilantik semula sebagai PM Jepun sehingga 2021. Abe ada cita-cita untuk meminda Perlembagaan Jepun bagi membolehkan Jepun membangunkan tentera dan senjata ofensif yang tersendiri. Maharaja Akihito (seorang yang menentang pemindaan Perlembagaan) pula akan turun takhta pada 2019. Ini bermaksud Abe ada peluang untuk “rearm” Jepun atas alasan ancaman Korea Utara. Sekiranya Abe berjaya, keadaan di Asia Timur akan bertambah tegang.

8. ASEAN & LAUT CHINA SELATAN

Tahun ini ASEAN menyambut ulang tahun ke-50. Walaupun dikritik sebagai “talk shop”, tahun ini ASEAN menampakkan progress terutamanya dalam isu Laut China Selatan (LCS). Presiden Filipina, Rodrigo Duterte selaku Pengerusi ASEAN mengambil langkah “non-confrontational” terhadap China dalam isu tuntutan bertindih Kepulauan Spratly. Kini keadaan LCS kurang tegang, malah China juga bersetuju untuk menubuhkan satu kod tingkah laku (COC) bersama ASEAN. Berbanding dengan Obama, Trump kurang menekan China pasal isu LCS, jadi ASEAN pun tak perlu tersepit antara China dan US.

9. MALAYSIA

Dengan izin-Nya, tahun 2017 ialah tahun negara kita menyambut ulang tahun ke-60 sebagai sebuah negara berdaulat (“sovereign nation”). Selain insiden Korea Utara Mac 2017, tahun ini tahun yang berhasil dalam diplomasi. Malaysia terus mengamalkan “the art of hedging” yang membolehkan Malaysia menjalin hubungan baik dengan kedua-dua US dan China dan kedua-dua Saudi dan Qatar. Malaysia juga terus bertindak sebagai suara umat dalam isu Rohingya dan Jerusalem, walaupun platform yang sedia ada seperti OIC tidak cukup untuk mengatasi masalah secara menyeluruh.

=====