Geng Mamak: R0mpakan Terbesar Dalam Sejarah Malaysia

4,499

Di Malaysia ini, kebanyakan orang yang melakukan pelbagai kesalahan dan jenyah pasti akan menerima balasan setimpal. Kes-kes yang mereka lakukan biasanya kecil-kecilan, seperti mencuri rokok, kes berkaitan dadah, samun dan rompakan di kedai runcit.

Tetapi, tahukah anda terdapat satu kes jenayah terancang yang paling hebat dilakukan oleh sekumpulan orang, yang didalangi oleh 3 orang adik-beradik daripada satu keluarga yang sama? Jenayah ini sungguh terancang sehinggakan sampai hari ini, tiada seorang pun disabitkan mahupun didakwa setelah melakukan satu kesalahan r0mpakan terbesar di Malaysia.

Artikel kali ini menceritakan mengenai satu kumpulan yang dinamakan sebagai Geng Mamak beserta dengan jenayah r0mpakan yang telah dilakukan pada tahun 1994. Kisah ini sebenarnya bermula di Kuala Kangsar, apabila ketiga-tiga adik beradik ini yang bernama Sharif, Yusof dan Roslan, anak kepada Abu Bakar iaitu seorang peniaga kecil-kecilan dilahirkan.

Walaupun semasa kecil, mereka telah mulai melakukan j3nayah secara kecil-kecilan seperti menc*ri buah kelapa, menc*ri rambutan, dan mem3cah masuk rumah orang lain. Kemudian, sekitar tahun 80-an, mereka mulai berpindah ke Kuala Lumpur bagi meneruskan karier mereka sebagai per0mpak atau penc*ri yang terancang.

Jenayah yang mensasarkan gudang dan kegiatan pecah rumah, yang menyebabkan kerugian pada awalnya bernilai puluhan ribu ringgit. Kemudiannya, mereka bergraduasi dan melakukan r0mpakan sehingga mencapai jumlah sebanyak ratusan ribu sehingga ke satu juta ringgit. Namun, itu tidak menghalang mereka daripada terus menerus melakukan jenayah.

Mereka ini bijak, dan mereka mengelakkan diri daripada melakukan jenayah yang tidak boleh diikat jamin seperti kesalahan membvnuh dan berkait dengan dadah. Modus operandi mereka juga licik, dan selalunya, mereka akan menggunakan teknik penyamaran sebagai anggota pihak berkuasa seperti anggota JPJ, kastam dan juga pegawai polis. Organisasi mereka sangat terkawal, sehinggakan mereka mempunyai duit yang disimpan sebagai backup, just ini case mereka perlu menggunakannya jika tertangkap untuk membayar jaminan polis.

CCTV Malam Rompakan Di Subang Airport -CI Channel Asia

Mereka juga ingin hidup dalam gaya kehidupan yang mewah. Memandu kereta yang mahal, dan berpakaian segak serta seringkali ke hotel-hotel yang mahal. Oleh itu, mereka memerlukan banyak wang, dan mereka memerlukan wang dengan cepat, dan untuk itu, kegiatan-kegiatan sebeginilah yang akan menampung gaya hidup mereka itu.

Justeru, mereka memrlukan sasaran yang lebih besar, dan memerlukan wang yang lebih banyak. Pada beberapa bulan sebelum kejadian ini berlaku, salah seorang lelaki telah memberitahu Roslan bahawa terdapat satu kargo yang membawa jongkong emas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Hal ini merupakan peluang mereka yang terbaik kerana diperkatakan bahawa kargo tersebut yang berasal daripada Hong Kong akan tiba sebentar ke Subang, dan kemudiannya dihantar ke Amerika Syarikat.

Oleh itu, mereka bertiga mulai membuat beberapa perancangan, dan meletakkan beberapa orang yang sentiasa memerhatikan gerak geri setiap pengawal di ruangan penyimpanan kargo di Subang. Mereka melihat sistem sekuriti dan kawalan mereka, serta membuat kajian mengenai layout lapangan terbang tersebut. Mereka juga menjadikan sebuah kawasan di Kuala Lumpur sebagai tempat mereka berlatih untuk melakukan rompakan ini.

Sambutan Kemerdekaan yang bakal berlangsung pada tahun 1994

Latihan daripada segi penyamaran, kemudian rehearsal untuk mengambil kotak-kotak kayu yang disusun mengikut kepada susunan yang mereka anggap di dalam kargo terkawal tersebut, serta pergerakan mereka disusun rapi supaya melancarkan proses semasa operasi tersebut nanti. Nasib baik menyebelahi mereka apabila pesawat yang membawa kargo itu akan mendarat, dan kargonya akan disimpan pada waktu petang sebelum sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-37.

Hal ini adalah kerana mereka tahu, kebanyakkan pengawal keselamatan akan menjadi kurang kerana rata-rata daripada mereka sedang bercuti. Bukan itu sahaja, kebanyakan pengawai polis dan anggota keselamatan juga terlibat dalam perarakan hari kebangsaan malam itu berhampiran dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. 

Sebelum itu, Roslan Abu Bakar, yang merupakan anak kedua dalam keluarga itu yang sangat mahir dalam melakukan penyamaran mula menyarung uniform polis. Dia juga telah berlatih beberapa kali teknik yang bakal digunakan apabila berhadapan dengan pengawal keselamatan ruangan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang nanti.

Pada hari tersebut, mereka memandu 5 buah kereta, dan memasuki ruangan lapangan terbang menerusi pintu hadapan. Pengawal keselamatan yang melihat Roslan sebagai seorang polis siap memberikan tabik hormat kepadanya. Mereka kemudiannya terus bergerak ke ruangan penyimpanan barangan yang mana, sasaran mereka ketika itu berada di situ.

Roslan menghampiri salah seorang pengawal, dan menyatakan bahawa dia menerima laporan bahawa terdapat satu penghantaran barang yang illegal yang disimpan dalam ruangan kargo tersebut, dan dia bersama rakannya perlu masuk untuk menjalankan siasatan. Apabila pengawal tersebut mula membuka pintu masuk, dan mereka bertiga berada di dalam kawasan tersebut, barulah mereka melakukan apa yang dirancang ketika itu. Sewaktu itu, abang sulung daripada 3 adik beradik ini, yang bernama Sharif hanya memerhatikan sahaja tindakan kumpulannya daripada jauh.

Jongkong Emas

20 orang mulai masuk, menupaskan dan mengikat pengawal keselamatanm tanpa mencederakan mereka. Kemudian, satu kumpulan lagi terus mengambil kotak-kotak berisi jongkong emas, dan mereka hanya memerlukan masa selama 10 minit sahaja untuk memindahkan barang tersebut daripada dalam gudang penyimpanan ke dalam boot kereta mereka. 300 kilogram emas bernilai 12 juta ringgit lenyap, dan semuanya berlaku dalam masa kurang daripada 20 minit.

Mereka meninggalkan kawasan tersebut seraya melambaikan tangan kepada pengawal yang menjaga pintu masuk kawasan Lapangan Terbang Subang itu. Hanya beberapa jam kemudian, barulah pengawal keselamatan yang lain merasai sesuatu yang tidak kena, dan mula memeriksa kawasan gudang, dan mendapati bahawa 3 orang pengawal keselamatan tersebut telahpun diikat. 

Kes ini tersebar meluas ke dalam surathkhabar, di mana terpampang di muka hadapan mengenai kes rompakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dengan jongkong emas dilarikan dan jumlah kerugian mencapai RM12 juta ringgit. Rata-rata rakyat Malaysia terkejut akan kes sebegitu, yang mereka rasakan biasanya berlaku di luar negara sahaja.

Amidon dan Azizan Anan yang menyiasat kes ini

Justeru, pihak polis mulai menyiasat, dan adik-beradik Anan, bernama Azizan dan Amidon Anan menjadi ketua pegawai penyiasat kes tersebut. Mereka mempunyai kredibiliti yang tinggi dan digeruni oleh mana-mana kumpulan penjenayah kerana ketelitian mereka dalam melakukan penyiasatan.

Semasa itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat memberikan komennya dihadapan wakil media daripada seluruh negara. Ayat yang diberikan menusuk kalbu pasukan polis dan pengawal keselamatan antaranya adalah

“Ini adalah soal tanggungjawab. Jika pengawal yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga titik masuk orang daripada luar negara pun mudah ditumpaskan, bagaimana pula dengan pihak berkuasa yang lain?”

dan

“Jika emas pun boleh hilang di dalam kawasan keselamatan yang dikatakan paling kuat di Malaysia ini, tidak mustahil satu hari nanti pesawat juga akan hilang dicuri dan dibawa entah kemana”.

Walau bagaimanapun, pegawai polis yang bertugas itu semua rata-ratanya bukanlah jenis Melayu yang mudah lupa, sebaliknya, mereka adalah Melayu yang akan ingat selama-lamanya akan ayat dan komen yang diberikan oleh Perdana Menteri ke atas mereka, dan hal ini menambah lagi semangat dan motivasi mereka untuk mencari dalang kepada kes kecurian ini.

Pada awalnya, siasatan mereka tertumpu kepada kegiatan penjenayah antarabangsa, atau mana-mana sindiket kerana gaya rompakan dan jenayah yang dilakukan amat terancang. Namun, setelah seminggu penyiasatan terssebut tidak mendatangkan apa-apa hasil, dan mengikut kepada saksi kejadian tersebut, yang merupakan pengawal keselamatan di lapangan terbang tersebut, mereka menyatakan bahawa yang melakukan kegiatan tersebut rata-ratanya adalah berbangsa Mamak.

Suspek yang dikehendaki polis – CI Channel Asia

Justeru, Amidon mula membuka semula fail-fail yang lama, dan berdasarkan modus operandi yang dilakukan oleh kumpulan ini, ternyata buruan mereka itu adalah kumpulan yang mereka gelar sebagai Geng Mamak. Jadi, semasa itu, mereka bertungkus-lumus untuk mencari penjenayah tersebut, sehinggakan sampai satu tahap mereka langsung tidak balik rumah selama 2-3 minggu kerana melakukan intipan dan penyiasatan.

Pada satu ketika, mereka berjaya menemui sebuah rumah yang terletak di batu Feringgi, Pulau Pinang yang menjadi safe house bagi kumpulan mereka ini untuk berehat dan mengelakkan diri daripada pihak berkuasa. Namun, setelah intipan dilakukan selama 3 hari, langsung tiada orang kelihatan di rumah tersebut, justeru, mereka mengabaikan petunjuk tersebut dan balik ke Kuala Lumpur semula.

Sebenarnya, apa yang berlaku adalah sememangnya rumah tersebut menjadi tempat persinggahan mereka sementara sebaik sahaja mereka selesai melakukan rompakan yang merupakan satu rompakan yang terbesar di Malaysia. Hal ini terbukti apabila mereka melakukan penggeledahan di rumah tersebut, mereka menemui kertas pembalut jongkong emas, beserta dengan bukti bahawa rumah tersebut pada satu masa pernah diduduki oleh orang yang ramai.

Walaupun sebelum rompakan bermula lagi, geng mamak ini telahpun mendapatkan beberapa orang buyer, yang merupakan peraih emas di sekitar Pulau Pinang dan Kota Bharu, Kelantan. Mereka segera meleburkan emas tersebut, dan membentuknya semula untuk dijual kepada pengusaha-pengusaha emas ini pada harga yang rendah daripada harga pasaran.

Kegiatan mereka lakukan ini sangat pantas tanpa membuang masa langsung. Merompak, melebur, menjual dan mendapatkan wang. Kemudiannya, segala jenis bukti perlakuan mereka itu tidak dapat dikesan dan menjadi kesusahan kepada pihak berkuasa untuk menjejakinya.

Selepas 4 bulan daripada kejadian ijni berlaku, satu lagi kes menggunakan modus operandi yang sama, iaitu penyamaran sebagai pihak berkuasa, dan diikuti dengan r0mpakan kini menyasarkan gudang  dan kilang rokok. Kerugian yang ditafsirkan adalah melebihi RM100,000. Jadi, Amidon dan Azizan pulang ke Klang untuk menyiasat kes tersebut pula.

Semasa di Klang, Amidon ketika itu sedang memandu kereta undercover milik polis, tiba-tiba terserempak dengan salah seorang ahli geng mamak. Dia mula mengekori kereta Honda Civic tersebut, dan apabila pemandu tersebut nampak sahaja wajah Amidon, dia terus memecut laju. Kereta yang digunakan merupakan kereta yang dimodifikasi untuk mencapai kelajuan yang sangat tinggi, dan tidak terkejar dengan kereta Proton Saga milik anggota Polis itu.

Sambil melarikan diri, dan apabila Amidon kelihatan tidak mampu mengejarnya, lelaki tersebut membuka tingkap dan melambaikan tangan kepada mereka, menunjukkan isyarat selamat tinggal. Ketika itu, Amidon dan Azizan tahu bahawa identiti dia dan pasukan risikannya telahpun diketahui oleh Geng Mamak ini. Justeru, mereka menukar strategi yang terbaru, iaitu membawa kesemua anggota baru bagi menjalankan risikan terhadap kumpulan ini.

Roslan dan Yusof Abu Bakar antara 2 terawal yang berjaya diberkas polis

Daripada situlah, operasi yang mereka rancangkan mula menunjukkan kejayaan. Salah seorang daripada 3 beradik, Roslan berjaya ditahan, dan diikuti dengan abangnya, Yusof bersama dengan beberapa yang lain, yang disyaki merupakan ahli kumpulan geng mamak. Sememangnya, gerakan kumpulan mereka ini merupakan keluarga terdekat, sepupu dan dua pupu.

Daripada sinilah, barulah polis berjaya mempelajari, mengapakah mereka sangat licik dan tahu sahaja nak melepasi roadblock. Dalam satu penamgkapan, mereka berjaya menemui radio yang digunakan oleh polis atau untuk mengesan perbualan polis. Hasil soal siasat juga mendapati, kebanyakkan emas tersebut telah pun dileburkan, dan dipadam segala nombor siri dan apa-apa tanda yang terdapat padanya.

Selepas penahanan mereka, mahkamah memulakan perbicaraan. Akan tetapi, geng Mamak ini berjaya mendapatkan salah seorang peguam yang terbaik sebagai peguambela mereka, iaitu Datuk’ K Kumarendran (Datuk Kumar). Pertama, mahkamah menetapkan bayaran ikat jamin kepada seorang ahli kumpulan ini bernilai RM500,000. Tetapi, dengan mudah Datuk’ Kumar berbicara dan dapat merendahkan ikat jamin mereka kepada RM100,000 seorang.

Datuk K Kumarendran (Kanan)

Sebenarnya, walaupun semasa dalam tahanan, mereka masih lagi aktif merancang dan melakukan rompakan. Namun, pada akhir perbicaraan, salah seorang daripada ahli geng mamak bersetuju memberikan keterangan terhadap apa yang berlaku. Dia menceritakan dengan terperinci mengenai segala perancangan, execution dan pengagihan emas yang dicuri itu.

Kemudian, mahkamah menetapkan perbicaraan kes melalui saksi yang ada, dan memandangkan tiada bukti lain yan boleh dipakai, termasuk cap jari, dan jongkong emas yang telah dileburkan tandanya. Namun, perbicaraan mereka tergendala apabila pasukan polis berjaya menahan Sharif, yang merupakan abang sulung kepada 3 beradik ini, dan dikatakan adalah seorang mastermind disebalik kes rompakan jongkong emas di Subang Airport.

Satu tarikh baru ditetapkan, dan mereka peguamcara hanya ada satu sahaja bukti yang menunjukkan merekalah yang melakukan perkara ini, iaitu saksi yang akan memberikan keterangan. Namun, apa yang terjadi seterusnya merupakan sesuatu yang agak besar di mana saksi tersebut tiba-tiba menghilangkan diri sehingga sekarang, masih lagi tidak dapat dijumpai lagi.

Tanpa saksi tersebut, kes mahkamah tidak boleh ditutup. Dan setelah bertahun-tahun peristiwa ini berlaku, akhirnya mahkamah memutuskan untuk menarik semula semua dakwaan yang dilakukan oleh mereka memandangkan tiada bukti, saksi dan apa-apa yang boleh menyabitkan kesalahan kepada mereka.

Kes ini sehingga kini berakhir dengan begitu sahaja. Pihak polis Azizan, dan Amidon yakin mereka telah menangkap orang yang betul, namun, kerenah birokrasi dan perbicaraan menyebabkan mereka semua tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan.

Jadi, begitulah kisah mengenai rompakan terbesar di Malaysia bernilai RM12 juta, iaitu 300 kilogram jongkong emas yang sehingga kini tidak dapat disabitkan kesalahannya kepada sesiapa langsung. Sekiranya anda boleh tonton rancangan Crime Investigation Asia: A Brotherhood of Bandits. Semoga kes ini dapat memberi anda sedikit sebanyak pengetahuan mengenai kewujudan jenayah terancang di Malaysia yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu.

Notakaki – Anda jangan confuse dengan Geng Mamak yang lain ya. Ini adalah Geng Mamak yang terkenal dengan perlakuan mereka yang melakukan rompakan terbesar di Malaysia pada tahun 1994

RUJUKAN:

  1. Crime Investigation Asia: A Brotherhood of Bandits
  2. Geng Emi Keju, Mirip MO Geng Mamak – https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/486299/mirip-geng-mamak
  3. Iluminasi – 2 rompakan terbesar di Malaysia https://iluminasi.com/bm/2-rompakan-terbesar-dalam-sejarah-malaysia.html

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.