Kedah sebenarnya turut diketahui oleh pelbagai bangsa. Bukan hanya orang Tamil sahaja yang memiliki nama khas mereka tersendiri untuk Kedah Tua. Orang Arab memanggil Kedah Tua dengan panggilan Qilah, Kalah, Kalahbar, Qalha, Qilai. Orang Cina dengan panggilan Cheh-Cha, Chieh-cheh, Kie Taa, Kiteh, Kieteha manakala orang Khmer dengan panggilan Keto.

Tak ketinggalan orang Tai memanggil Kedah sebagai Saiburi dan Sai. Jadi, ikut logik geng Chola ini, orang Arab, Cina, Khmer dan Tai adalah pembina utama kerajaan Kedah Tua di Lembaj Bujang, sebab deme pun ada nama panggilan tersendiri untuk Kedah Tua kan?

Kedua, yang menyerang dan menjarah Kedah Tua ialah Rajendra Chola I pada 1025 Masihi. Tetapi malangnya puak-puak seperti tuan sentiasa merasakan bahawa serangan tersebut adalah bersifat penaklukan. Buku-buku sejarah moden pada hari ini menyebut serangan Rajendra Chola I ke atas Srivijaya dan Kedah pada zaman itu sebagai raid.

Tetapi sebelum kalian nak habiskan bacaan bagi artikel ini, Kita anak Melayu kena isi dada kita dengan sejarah Melayu yang sebenar. Elakkan daripada diclaim oleh orang asing seperti ini. Satu-satunya cara nak melawan mereka ialah dengan berpencak hujah seperti kami. Jadi, nak belajar berhujah, kena beli buku KITAB TAMADUN MELAYU di Shopee. Beli di: bit.ly/3zPRM5B

Saya ambil contoh dari buku Nagapattinam to Suvarnadwipa: Reflections on the Chola Naval Expeditions to Southeast Asia sehinggalah kepada India in the Indian Ocean World: From the Earliest Times to 1800 CE, buku-buku yang menceritakan sejarah Chola dan kerajaan di India, semuanya menyebut dengan jelas serangan Chola ke atas pada tahun 1025 Masihi adalah sejenis penjarahan.

Manakala penemuan tentang tapak-tapak seperti candi-candi sama ada dibina oleh pedagang Hindu yang tiada kaitan dengan Rajendra Chola I, ataupun dibina oleh orang tempatan yang pemeluk agama Hindu-Buddha sendiri. Ini juga tidak boleh membuktikan penguasaan Chola ke atas Kedah sebagai sebuah bentuk penaklukan. Tiada prasasti-prasasti yang berbahasa Tamil ditemui, tiada prasasti dalam tulisan Tamil-Brahmi atau tulisan Tamil yang menceritakan penguasaan Chola ke atas tanah ini.

Malahan dakwaan terdapat batu bersurat berusia 1086 AD yang konon ditinggalkan oleh Kulothunga I. Saya dah semak dengan ahli arkeologi yang mengkaji Kedah Tua itu sendiri iaitu Dr Nasha Roziadi Khaw, menurut beliau tiada prasasti yang ditinggalkan Kulothunga I di Tanah Melayu. Jadi, dekat mana prasasti yang diperkatakan ini? Apakah penulis mendapat ilham dari alam sebalik mata?

Lepas tu diceritakan tentang sebuah prasasti yang ditemui di India, yang konon bertarikh pada 1116 SM. Konon prasasti ini adalah milik Rajaraja Chola I meraihkan penaklukan Chola ke atas Kedah Tua. Terus saya naik pening. Siapa sebenar yang berjaya menakluk Kedah menurut geng Chola ni? Rajendra Chola ke… Kulothunga ke… atau Rajaraja Chola I ni? Pening saya. Cubalah firm sikit. Pilih satu nama jer dalam nak sebarkan pseudo-sejarah kalian ni.

Berhentilah mendakwa dan claim bukan-bukan. Kedah Tua dibangunkan oleh penduduk tempatan, leluhur kami orang Melayu hari ini. Tiada bukti kukuh ia adalah sebuah peradaban dibina oleh orang luar.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply