Beberapa bulan, banyak dilaporkan bahawa sekumpulan saintis dari Canadian Hydrogen Intensity Mapping Experiment (CHIME), Kanada telah mengesan gelombang radio dari 1.5 bilion tahun cahaya.

Sebanyak 13 gelombang yang dikesan dikenali sebagai “fast radio bursts” (FRBs). Kali terakhir saintis mengesan gelombang radio yang berulang (repeated) adalah pada tahun 2007. Penemuan ini diterbitkan di bawah penerbit beprestij iaitu Nature pada 9 Januari 2019.

Sumber gelombang ini masih misteri dan saintis berspekulasi tentang banyak sumber. Ada yang kata berpunca daripada supernova (kematian bintang), ada yang kata berpunca daripada aktiviti Lohong Hitam dan bersumber daripada makhluk asing pun tidak terkecuali.

Masa tahun 2007 pun, saintis berspekulasi bahawa ia daripada makhluk asing. Pasal makhluk asing ini menarik. Dalam kajian tentang pencarian makhluk asing terdapat konsep yang dipanggil sebagai ‘Penapis Agung’ (The Great Filter).

Konsep ini menyatakan, kita masih belum menemui makhluk asing kerana dua sebab utama; Pertama – makhluk asing itu wujud, tetapi tidak dapat berevolusi menjadi makhluk kompleks dan bertamadun seperti manusia.

Makhluk itu mungkin sejenis organisma-organisma kecil seperti bakteria ataupun makhluk-makhluk primitif seperti binatang yang tidak mampu mengesan signal yang kita hantar ataupun tidak mampu untuk menghantar signal. Penapis Agung ini telah menghalang makhluk-makhluk ini daripada berevolusi menjadi makhluk yang rumit.

Kedua – makhluk asing ini wujud, tetapi telah musnah jutaan ataupun bilion tahun yang laampau. Makhluk-makhluk ini tersangat maju berbanding manusia. Tetapi mereka musnah akibat Penapis Agung ini. Penapis ini telah menghalang hidupan daripada mencapai tahap tamadun galaktik dan ruang-hyper seperti Star Wars.

Signal yang saintis terima dari 1.5 bilion tahun cahaya itu boleh jadi datang dari tamadun makhluk asing yang masih hidup 1.5 bilion tahun yang lalu. Apa-apa pun, perkara ini masih misteri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.