Sebenarnya memang tak salah pun para Raja/Sultan digelar Maha Mulia. Maha Mulia itu memang dirujuk batang tubuh Tuanku sebab itu ada gelar Yang Maha Mulia untuk permaisuri.

Saya kurang setuju hujah boleh guna gelar Maha Mulia kerana duli bermakna debu (merujuk kepada gelar Duli Yang Maha Mulia) dan Maha Mulia merujuk kepada Allah Taala, kerana terdapat juga gelar diraja hanya Yang Maha Mulia tanpa perkataan duli.

Maka bagaimanakah itu? Kefahaman istilah gelar – gelar raja pada konteks Istana. Begitu juga gelar ‘Para Duli-Duli Tuanku’. Adakah nak diterjemahkan debu-debu Tuanku sedangkan itu gelar pada diri Tuanku sendiri. Akan berlaku percanggahan.

Duli kan bermakna Debu?

Lihat definisi Duli dalam kamus dewan:

du.li] | دولي

Definisi : 1 (bahasa Melayu klasik) baginda: Maka ~ Yang Maha Mulia Sultan Perak pun berangkat pulang ke istana. 2 kaki: bercemar ~ mengotorkan kaki; berjalan; berangkat; mata ~ buku lali. 3 debu; abu.

Ya, memang salah satu makna duli adalah debu namun makna ‘primary’ adalah para raja itu sendiri, sebab itu ada gelar Duli Yang Teramat Mulia/Duli Yang Amat Mulia. Kita sebut maka duli adalah debu tapi terlepas pandang makna duli yang asal adalah diri Raja itu sendiri.

Menggelarkan para raja dengan gelar selayaknya seperti penggunaan nama Allah (Maha Mulia) yang dari sighoh mubalaghah (kaedah saraf bahasa arab untuk menunjukkan berlebihan) adalah tunjuk ajar Rasulullah saw. Boleh lihat Surat-surat Rasulullah kepada para Raja. (lihat gambar)

Rasulullah saw menggelarkan mereka di awal surat dengan (عظيم) dengan makna Maha Mulia seperti contoh الى النجاشي عظيم الحبشة dengan makna kepada Najasyi Yang Maha Mulia (pemerintah) Habsyah.

Maha hanya untuk Allah ?

Ramai orang berhujah ‘Maha’ hanya untuk Allah, syirik dipakai. Boleh datangkan mana hadis yang melarang guna Maha? Maha ini cerita Bahasa Melayu yang kemudian.

Gelar ‘Maha’ adalah penerusan kaedah terjemahan kekayaan Bahasa Melayu. Contohnya dalam Bahasa Arab hanya menyebut (قال) pada Allah, Rasul dan manusia lain. قال الله ، قال رسول الله ، قال المصنف. Akan tetapi dalam bahasa melayu diterjemahkan firman bagi Allah, sabda bagi Rasul dan berkata bagi manusia. Lalu terzahir kalam,

Firman Allah Taala
Sabda Rasulullah
Bertitah Tuanku 
Berkata pengarang

Walhal diterjemahkan dari satu perkataan قال. Bahkan dalam Inggeris hanya ada say / said untuk semua di atas.

Bagaimana Lahir Terjemahan Maha?

Lihat surat Rasulullah saw pada Para Raja, Rasulullah menggelarkan Azim (عظيم). Azim adalah Sighat Mubalaghah.

Apakah itu? Ia dalam ilmu saraf ialah isim (kata nama) yang dibentuk dari fi’il (kata perbuatan) dan isim tersebut menunjukkan arti isim fa’il (kata nama pelaku) yang disertai pengukuhan atau penguatan arti, Sighat Mubalaghah ini hanya hanya terbentuk dari fi’il tsulatsi mujarad.

Sighat Mubalaghah mempunyai beberapa wazan dan antaranya ialah فَعِيْل dan di situ lahir azim (عَظِيْم) yang lahir dari kata kerja (عَظَمَ).

Ulama telah menterjemahkan dengan betul dengan Maha Mulia kerana sighat mubalaghah ada makna taukid, berlebihan dan pengukuhan makna.

Gelar-gelar beraja Maha Mulia ini sudah terpakai sejak berabad di Kesultanan Nusantara dan tiada bantahan dari para ulama sejak dulu sebab mereka faham itu kaedah terjemahan dari Azim.

Memakai nama Allah adalah harus, yang dilarang ialah menggunakan nama lafz Jalalah ‘Allah’ melainkan dengan Jalan Idofa’ (sandaran) seperti Abdullah.

Namun menamakan nama Allah (asma al Husna) pada manusia seperti Azim (Maha Mulia) Rahim (Maha Mengasihani) Hafiz (Maha Penjaga) memang kebiasaan.

Demikian juga kita menggelarkan manusia dengan sifat Allah seperti engkau berilmu, engkau bijak, engkau sabar adalah hanya sama (muafakat) pada lafaz tapi tidak pada makna. Kita tidak iqtikad kemuliaan, kecerdikan, keilmuan menyamai sifat Allah Taala. Apabila ada menyamai itu baru syirik, tak tentu pada gelar Raja sahaja, termasuk jua pujian-pujian sesama kita.

Terjemahan untuk menunjukkan kemuliaan Raja atau Sultan adalah sejajar dengan Sabda Rasulullah saw –

السُّلْطَانُ ظِلُّ اللهِ فِي الْأَرْضِ، فَمَنْ أَكْرَمَهُ أَكْرَمَهُ اللهُ، وَمَنْ أَهَانَهُ أَهَانَهُ اللهُ

Maksudnya: “Sultan (pemerintah) merupakan bayangan Allah di bumi. Barangsiapa yang memuliakannya maka Allah memuliakannya dan barangsiapa yang menghinanya maka Allah akan menghinanya.” [Riwayat al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman (6988)] [Hadith ini dinilai sahih oleh Imam al-Suyuthi di dalam al-Jami’ al-Saghir, 496/1]


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

ANGAH SUNAN merupakan pendakwah bebas, penerbit dan penulis prolifik. Anak Jati Pulau Manis, Terengganu ini telah menghasilkan beberapa buah buku merangkumi bidang fiqh, tauhid - tasauf, travelog sejarah dan terjemahan (arab - melayu). Selain itu, pengajar bertauliah Majlis Agama Islam Selangor ini juga pernah terlibat dalam pembikinan Dokumentari Merah Laut Sulu di Jolo, Selatan Filipina pada tahun 2015. Link FB : www.facebook.com/angahsunan

Comments are closed.