Sebelum ini kerajaan pernah ditempelak kerana menyeru para isteri bersuara seperti Doraemon bila berbicara tentang keg4nasan rumahtangga.

Keceloparan ini mengundang permohonan maaf daripada kementerian terbabit (The Star, 2020), kerana ramai berpendapat saranan tersebut seolah-olah menghalalkan keg4nasan rumahtangga.

Saranan tersebut sebenarnya menarik perhatian orang umum daripada isu keg4nasan itu sendiri.

Semasa kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, jutaan dalam kalangan rakyat terdedah kepada pembuangan kerja dan ketidakjaminan makanan.

Tekanan terhadap sosioekonomi ini menyebabkan lonjakan s3r4ngan rumahtangga (Tashny, 2020).

Pvkul. Minta Maaf. Buat Lagi.

Secara umumnya, kes-kes begini sangatlah biasa didengari. Itulah masalahnya. Ia kerap berlaku.

Dan bagi rumahtangga yang suami saja mencari rezeki, isteri sekadar meredhai sahaja. Kerana untuk bercerai, akan ada masalah-masalah lain pula: putus kebergantungan salah satunya.

Bagi tahun 2017 sahaja, dijangka keg4nasan rumahtangga mencecah 5,500 kes, dimana kebanyakan pem4gnsa dan m4ngsa berusia di antara 26 hingga 35 tahun.

Statistik juga mendapati Selangor, Johor dan Kelantan ialah tiga negeri paling kerap berlaku kes keg4nasan rumahtangga (WAO, n.d.).

Punca Kejadian  Kecemburuan

Beberapa unsur selalunya dijadikan faktor berlakunya keg4nasan rumahtangga.

Namun tindakan terhadap isteri biasanya berpunca daripada kehilangan pertimbangan. Ia berunsurkan pilihan sendiri.

Pelaku biasanya ingin menunjukkan kuasa supaya sasaran boleh dikawal (­LWA, n.d.). Dan sebenarnya tidak perlu tekanan sosioekonomi pun untu keg4nasan rumahtangga berlaku.

Dalam mana-mana negara sekalipun, ada satu situasi dimana isteri lebih menyerlah daripada suami.

Rezeki Isteri Perlu Dijaga

Kiranya tugas pencari nafkah telah bertukar tangan, dan suami berasa waspada dan gementar.

Masalah akan mula timbul apabila rumahtangga tersebut dibelenggu prasangka tradisi yang memberikan identiti tertentu terhadap jantina.

Jadi apabila isteri lebih berpendapatan atau popular, kesannya terhinggap pada suami yang seolah-olah tercabar.

Perkara ini sudah jadi kebiasaan. Sesetengah lelaki tidak boleh menerima hakikat apabila menjadikan isteri sebagai tempat bergantung (Syrda, 2019).

Bagi lelaki yang menghadapi keberkatan tersirat ini, mereka kadangkala malu mengakui bahawa isteri mereka lebih banyak mencari duit (Miller, 2018). Jadi punca pergaduhan boleh berputik daripada banyak perkara.

Mungkin kata-kata orang menjadi cemuhan. Mungkin ego sendiri dipertikaikan seolah-olah “tidak cukup lelaki“.

Ataupun prasangka sendiri apabila isteri terlepas kata disangka memperlekehkan kelelakian.

Banyak perkara boleh menjadi pencetus, yang akhirnya meletus dengan pvkulan dan tvmbukan.

Apa Itu Perkahwinan Sebenarnya

Membahagikan tugasan berdasarkan jantina ialah kesilapan biasa dilakukan dalam kalangan rumahtangga. Lelaki cari duit; isteri jaga anak.

Apabila lelaki cari selain duit, isteri pula menggaru kepala. Kalau lelaki terbvnuh dalam perjalanan ke tempat kerja, terkontang-kantinglah si isteri. Asasnya kedua-dua pasangan perlu mempunyai pendapatan stabil, yang boleh digunakan untuk membendung penat lelah suami.

Dalam zaman semasa, para wanita sudahpun dicukupkan dengan pendidikan tinggi yang membolehkan pencarian pendapatan dalam bidang kerja berkemahiran tinggi.

Maka pendapatan stabil bagi pihak isteri juga boleh menjadi pembolehubah segala-galanya andainya suami kehilangan kerja pun.

Dalam era ini, jantina ialah aturan syariat yang ditepati secara agama. Manakala elemen-elemen budaya jika memberatkan perlu diketepikan.

Perkahwinan ialah bertolak-ansur dan bantu-membantu. Suami tidak boleh melebihi batasan; begitu juga dengan isteri yang tidak sama sekali boleh lupa diri terutamanya jika pendapatan diperolehi secara mengejut.

Dunia ini tidak menentu. Hari ini boleh di atas, esok boleh di bawah.

RUJUKAN:

LWA. (n.d.). Causes of domestic abvse. Retrieved from http://www.lwa.org.uk/understanding-abuse/causes.htm

Miller, C.C. (2018, Julai 17). When wives earn more than husbands, neither partner likes to admit it. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2018/07/17/upshot/when-wives-earn-more-than-husbands-neither-like-to-admit-it.html

Syrda, J. (2019, Disember 4). Commentary: Do men feel stressed if their wives earn more? Channel News Asia. Retrieved from https://www.channelnewsasia.com/news/commentary/men-women-husband-wife-earn-pay-gap-job-stress-gender-norm-12144824

Tashny, S. (2020, April 11). In Malaysia, domestic vi0l3nce spikes amid lockdown to slow coronavirus infections. South China Morning Post. Retrieved from https://www.scmp.com/week-asia/people/article/3079456/malaysia-domestic-violence-spikes-amid-lockdown-slow-coronavirus

The Star. (2020, Mac 31). Women, Family Development Ministry apologises for ‘Doraemon’ posters. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/31/women-family-development-ministry-apologises-for-sexist-posters

WAO. (n.d.). Domestic vi0l3nce statistics. Retrieved from https://wao.org.my/domestic-violence-statistics/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.