Ahli psikologi muslim terutamanya, dan muslim amnya harus lebih berhati-hati dalam membuat tafsiran perihal iman dan kaitannya dengan kemurungan. Kita tidak mahu menjadi muslim yang mengaku beriman tetapi bertindak membuat tuduhan buta kepada agama – menjadi muslim yang hanya mencerap lahiriah melalui kerangka Behaviorisme akademik Barat, dan membuat sangkaan yang tidak tuntas bermatlamatkan untuk mencari perasaan yang menyenangi hati dan menjauhi perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati – inilah gaya kehidupan seorang hedonisme.

Isu ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang bersifat baharu, relatifnya sekitar kurun ke-19 lagi ramai pengkaji ilmu psikologi khususnya di Barat dan Utara Amerika telah melakukan transisi disiplin ilmu pengkajian jiwa ke jalur empirikal dan metodologi saintifik yang menjelaskan fenomena manusiawi melalui pembuktian nyata (yakni wujud di peringkat alam fizikal) serta penumpuan dalam ruang lingkup objektiviti yang boleh diperhatikan dan diukur.

Pada ketika peristiwa peralihan disiplin ini terjadi, kebanyakan pengkaji di Barat dan Utara Amerika terutamanya telah mengurangkan penekanan kepada penerangan fenomena manusiawi dari sudut pandang metafizik (konsep abstrak) kerana bagi mereka metafizik adalah sesuatu yang berbentuk spekulasi dan bukan juga sesuatu yang mampu ditanggap oleh manusia secara lahiriahnya.

Siapa boleh agak wajah sebegini ceria boleh MURUNG?

Untuk mukmin, kita tidak seharusnya membataskan jalur kefahaman kita di dalam permasalahan insan seperti kemurungan di peringkat empirikal semata-mata. Andai kata ada orang yang bertanyakan kepada saya soal kaitan kemurungan dan iman, maka saya akan menjawab bahawa iman itu layak dibahaskan di dalam kelas-kelas yang spesifik, pendek kata – ia (iman) masih sah untuk dibicarakan dalam ruang lingkup kemurungan yang tertentu.

Semestinya bicara soal perkaitan iman dan kemurungan harus diletakkan di posisi yang tepat kerana untuk beberapa kes neuropsikiatri seperti Schizophrenia, Bipolar, Post Traumatic Stress Disorder (PTSD), panic disorders dan lain-lain simptom-simptom berkaitan yang mempunyai faktor kritikal dalam konteks neurosis, biologi dan genetik tidak lagi tepat untuk kita melihat dan mengkaji situasi ini dari perspektif iman.

Kerana biarpun kebenaran iman itu wujud di peringkat fundamental berkehidupan seseorang mukmin, ia masih mempunyai had kebenaran yang tertentu. Misalnya kita tidak boleh mengatakan orang yang telah hilang waras akalnya tidak beriman, semestinya anggapan atau kepercayaan ini tidak ada nilai logik akalnya, bahkan orang-orang yang membuat anggapan seperti inilah yang harus mendapatkan bantuan dan bimbingan.

Kenyataan perkaitan iman dan kemurungan ini sebenarnya bukanlah suatu tuduhan kepada muslim bahawa mereka itu kurang beriman, atau kufur kepada Allah SWT. Sebaliknya kenyataan ini adalah demi membimbing insan untuk keluar daripada permasalahan inderanya (dalaman).

Mereka yang membuat sangkaan dengan mengatakan bahawa orang-orang yang membicarakan soal iman dalam ruang lingkup kemurungan sebagai zalim sebenarnya tidak benar-benar memahami pengkonsepsian iman dalam berkehidupan menurut perspektif Islam. Namun tidak dapat dinafikan juga wujudnya orang-orang yang mengaitkan iman dan kemurungan dengan berniat jahat dan zalim yakni tidak tepat pada tempatnya, mereka ini saya kira adalah orang-orang jahil yang telah mendatangkan fitnah kepada agama.

Pertamanya, untuk memahami isu ini dengan lebih jelas muslim haruslah tahu bahawa dasar pembinaan kerangka iman itu bermula di aras kognitif. Kita melalui peristiwa, dan menyerap nilai-nilai peristiwa melalui pancaindera yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Melalui peringkat pengamatan kejadian yang berlaku, Allah SWT telah menyediakan sumber-sumber mutlak untuk dijadikan bimbingan berkehidupan setiap umat Islam (Al-Quran dan hadith). Penelitian terhadap kejadian ini berlaku di dalam jiwa dan kognitif manusia, yang mana seterusnya membina mental attitude seseorang dan melatih cara pandang hatinya dalam menanggapi sesuatu kejadian dunia yang berlaku ke atas dirinya.

Ada pun mukmin itu melalui simptom-simptom kemurungan asbab daripada kejadian kehidupan yang menimpanya, hal itu tidaklah menafikan dirinya dan usahanya sebagai orang yang beriman.

Di peringkat ini, haruslah setiap muslim yang diuji dengan simptom itu mempercayai yakni tanpa keraguan bahawa Allah SWT adalah Yang Maha Adil dan Yang Maha Bijaksana dalam menentukan perkadaran kehidupan untuk perbendaharaan kehidupannya. Di aras ini, mukmin itu diuji dari cara, adab dan ketertibannya dalam menyantuni kejadian kehidupan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, dan tentunya Allah SWT adalah sebaik-baik Pencipta yang menolong hamba-hamba-Nya tika mereka dalam kesusahan.

Artikel ini disumbang penulis A.N. Hadi pada 3 Mac 2023.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply