Garuda Dalam Cerita Merong Mahawangsa Tu Wujud Ke?

1,428

Saya teringat lagi dalam lima tahun lepas, saya ada menelaah kita Merong Mahawangsa. Secara pendeknya, ia berkisahkan tentang sumpah pasangan garuda dalam melawan takdir terhadap Nabi Sulaiman. Oleh itu, mereka menculik seorang puteri Cina daripada dikahwinkan dengan seorang putera Rom. Merong Mahawangsa telah direkrut untuk menyelamatkan puteri Cina ni. Ceritanya mengasyikkan, tapi saya tertanya-tanya kalau garuda yang cuku kuat untuk bawak lari orang tu wujud. Jawapannya, ya. Memang ada. Atau lebih kurang macam tu. Memperkenalkan, helang Haast.

Sewaktu orang eropah meneroka New Zealand, mereka terdengar mitos ‘poukai’ oleh masyarakat Maori. Katanya, burung raksasa pouakai ni suka menyambar kanak kanak yang berada jauh dari rumah. Lebih kurang macam hantu kopek bagi masyarakat Melayu. Ada juga diberitakan burung ini pernah mengganas di perkampungan Maori dan bunyi terbangannya adalah nyaring tapi pantas. Setelah mengkaji tulang temulang di New Zealand, pouakai itu kebarangkaliannya adalah helang Haast.

Berita baiknya, helang Haast ni cuma wujud di New Zealand sahaja, pulau segala burung gergasi. Bila dia berdiri, tingginya ialah 90 cm. Kepanjangan badannya ialah 1.4 m, tapi kalau dia kibarkan kepak, panjang dia jadi 3 meter. Itupun dikira sebagai pendek kalau nak ikut saiz mereka. Kuku helang ini sepanjang 4.9 cm ke 6.15 cm. Kira kira sejengkal ibu jari-jari kelingking.

Disebabkan kepaknya pendek, ini bermakna helang ini suka memburu di kawasan hutan renek padat. Haiwan buruan mereka ialah burung moa gergasi. Ya, burung yang sama besar dengan burung unta tu. Jadi, macam mana mereka membunuh burung moa?

Kepadatan otot helang ini membolehkan burung helang ini lompat terlebih dahulu sebelum terbang. Juga, disebabkan hal yang sama, dicampur dengan berat mereka yag agak tinggi bagi burung, mereka mempunyai teknik ampuh dalam memburu burung moa. Caranya adalah dengan terbang tinggi ke langit dan terjun laju pada kelajuan setinggi 80 km/sejam pada burung Moa. I

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

mpak pelanggaran ini adalah bersamaan dengan seketul batu konkrit dijatuhkan daripada tingkat 8. Teknik ini adalah lebih kurang dengan sepupunya, Golden Eagle yang terbang dan menarik kambing gunung hingga jatuh ke dalam gaung. Sebagaimana buruhng helang dan raptor yang lain, kuku dan paruh helang Haast ini digunakan untuk mengoyak dan siat siat isi haiwan buruan mereka dengan senang.

Kalau kita ikut mitos pouakai dan cerita rakyat Maori, ada dikatakan seorang pahlawan telah bertindak memburu kesemua helang Haast di kepulauan gergasi tersebut. Kajian saintifik membenarkan akan perihal mitos ini. Sebelum kedatangan orang Maori, mereka adalah pemangsa yang berada di puncak rantaian makanan. Mereka tak mempunyai sebarang pesaing dan juga ancaman bahaya terhadap diri sendiri.

Ibarat harimau atau singa di kawasan ekosistem mereka. Kedatangan orang Maori ke situ telah mengganggu raintaian ekosistem pulau New Zealand. Kebanyakan orang Maori di situ memburu helang tersebut sebagai makanan. Selain itu, mereka juga memburu beberapa haiwan buruan helang Haast seperti burung Moa sampai pupus. Bila makanan pun dah kurang, dicampur dengan diburu orang Maori, maka helang Haast pun pupus buat selama lamanya.

Walaupun kita masih tiada bukti tentang kebolehan helang Haast membawa manusia terbang, tapi ia sememangnya tak dinafikan mereka boleh memburu manusia dan mungkin juga membawa anak kecil terbang. Mungkin sekali mitos Merong Mahawangsa itu ada benarnya.

Anda mungkin juga berminat

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.