#dudukrumah

Game Of Thrones Timur Tengah

1,764

Kemangkatan Qaboos al-Said, Sultan Oman bukanlah berita besar kepada orang Malaysia. Tapi bagi pakar dan semi-pakar hubungan antarabangsa, perkembangan ini bakal menggoncang geopolitik Timur Tengah.

Oman ni negara Islam, tapi firqah diorang Ibadi. Diorang solat 5 kali sehari (macam Sunni), tak bersedekap (macam Maliki dan Syiah), tak baca qunut waktu subuh (macam Hanbali/”Salafi”). Ibadi ni saki-baki Khawarij yang memberontak terhadap Khalifah Sayyidina Ali.

Tapi hari ni diorang dah tak berperangai ekstrim macam Khawarij asal, sebaliknya Oman jadi negara “friend of all, enemy of none”. Diorang tak ambil port dalam p3rang dingin Saudi-Iran, malah jadi penimbangtara (mediator) kepada konflik serantau sebab diorang kawan dengan semua orang. Bukan sesuatu yang senang lagi-lagi bila kau berada di Timur Tengah.

Ini sedikit sebanyak hasil daripada kebijaksanaan Sultan Qaboos yang memerintah sejak tahun 1970, selepas merdeka daripada UK. Dia baik dengan Saudi, baik dengan Iran, baik dengan India, baik dengan Pakistan, baik dengan Qatar, baik dengan UAE, baik dengan Turki, baik dengan Israel, baik dengan US, baik dengan Russia. Macam mana dia buat pun aku tak tau (of course aku tau, tapi korang kena beli DTT3 dulu). Kita nak baik dengan Pakistan, India tak hepi; baik dengan Turki, Saudi pula tak hepi.

Sultan Qaboos mengingatkan aku watak Doran Martell dalam cerita Game of Thrones. Doran ialah penguasa kerajaan Dorne, salah sebuah “seven kingdoms of Westeros”. Tapi Dorne maintain low profile dan tak ambil port dalam konflik antara kerajaan lain. Jadi Dorne dapat menikmati keamanan sementara negara-negara lain bergolak.

Timur Tengah ni pun sebiji macam setting Game of Thrones. Turki ni macam House Targaryen, nak kembalikan zaman kegemilangannya tapi tak diterima oleh orang Westeros sebab dia dari keturunan lain. Targaryen dapat pegang Westeros dulu sebab ada naga, Turki dapat mendirikan khilafah Turki Uthmaniyyah sebab ada meriam dan senapang.

Ada drama Arab trending yang panggil Uthmaniyyah sebagai “mamalik an-nahr” (kingdom of fire), dah sebijik macam motto Targaryen “fire and blood”.

Promosi Buku DTT

Jordan macam House Baratheon, memberontak terhadap Uthmaniyyah nak jadi khalifah sendiri. Walaupun ada keabsahan dari segi keturunan (Bani Hasyim), tapi tak dapat lawan Saudi pengamal realpolitik yang lebih ruthless (macam House Lannister).

Qatar macam House Tyrell, jiran Saudi (Lannister) tapi bersaing dengan Saudi. Walaupun tak kuat dari segi ketenteraan tapi kaya gila. Dan Qatar pun menubuhkan pakatan dengan Turki, macam pakatan Tyrell-Targaryen.

Syria dan Iraq ni Riverlands, buffer zone kepada semua kuasa besar dan sering jadi mangsa perang. Israel sama macam House Greyjoy, perangai lanun, sering kacau kerajaan-kerajaan lain tapi kalau nak memerintah Timur Tengah, bermimpi je lah.

Iran macam House Stark, menganut kepercayaan yang berbeza daripada kerajaan yang lain, berketurunan dari bangsa purba, berkonflik dengan Saudi (Lannister), berkawan dengan Turki (Targaryen).

Cuma dalam drama Doran ni nampak macam weak, padahal dalam novel asal Doran nampak macam ada game plan yang lebih besar. Jadi apa pun harap GRR Martin cepat-cepat siapkan novel untuk tau jawapannya.

Disebabkan Sultan Qaboos tak kahwin dan tak ada anak, jadi dia digantikan oleh sepupunya, Haitham bin Tariq bin Taimur. Tariq ialah pak cik kepada Sultan Qaboos. Samada pengganti Sultan Qaboos memiliki kebijaksanaan yang sama dalam mengekalkan hubungan dengan kuasa serantau, masih jadi tanda soal. Kemungkinan besar Oman akan jadi medan pertarungan “game of thrones” antara Saudi, Iran, Turki yang seterusnya.

Ruangan komen telah ditutup.