Galileo Galilei: Kisah Teleskop Ajaibnya

0
835
views

Galileo Galilei ini bukan pencipta teleskop pertama. Dia orang yang kedua. Orang yang pertama menciptanya adalah seorang tukang cermin mata, Hans Lippershey.

Yang menariknya, apabila Galileo dapat khabar tentang penciptaan ini, dia cipta teleskopnya sendiri. Teleskop dia 30 kali ganda lebih power daripada yang asal.

Orang masa itu kritik Galileo sebab ambil kesempatan ke atas ciptaan orang lain. Galileo balas, Hans cipta teleskop secara tak sengaja tapi dia cipta teleskop 100% daripada ilmu optiknya.

Inilah beza orang yang faham sains dan orang yang hanya faham teknologi semata-mata.

Dengan teleskop ini Galileo jumpa macam-macam penemuan baru berkenaan objek-objek samawi. Penemuan paling penting adalah penemuan bulan-bulan planet Musytari (Jupiter).

Dia pelik, kalau Bumi sebagai pusat peredaran dan alam, kenapa bulan-bulan yang dia jumpa itu beredar mengelilingi Musytari. Maksudnya, Bumi bukanlah satu-satunya pusat perederan objek-objek samawi.

Waqaf Saham

Dia juga jumpa planet Zuhrah (Venus) mengelilingi Matahari. Galileo terus berpegang dengan konsep heliosentrism.

Masa ini memang gila-gila Galileo dapat penentangan daripada para profesor sains Aristotelian. Galileo ini dah terlalu banyak idea dia menyanggah idea teras sains Aristotelian.

Galileo nak tunjuk penemuan ini kepada para profesor ini. Tapi para profesor ini tak mahu pun tengok teleskop Galileo. Dia kata teleskop itu bermain dengan tipu helah.

Galileo cuma gelak aje dengan sikap mereka. Dia tulis surat kepada Kepler dengan menyatakan para pengikut sains Aristotelian ini sebagai kebodohan luar biasa dan abadi.

Nak bagi bukti, tak mahu tengok. Selepas itu kuat menafikan kebenaran.

Galileo masa itu agak kebal juga sebab dia ada kawan-kawan dalam kalangan bangsawan dan ahli politik. Ini antara sebab kenapa dia mudah dapat jawatan profesor di universiti yang dia pernah kena tendang selain ke-genius-annya.

#Kisah25AhliFizik