Greta Thunberg, gadis berusia 16 tahun dari Sweden ini telah memulakan gerakan global pelajar sekolah yang mencabar tuntutan bertindak ke atas perubahan iklim. Baru-baru ini, beliau telah menjadi calon untuk Anugerah Nobel Keamanan. Pencalonan itu datang sehari sebelum beribu pelajar di seluruh dunia dijangka akan keluar dari sekolah di lebih 1,600 bandar di lebih 100 buah negara.

Sekiranya beliau menang, Thunberg akan menjadi penerima Anugerah Nobel termuda – jolokan yang diterima oleh Malala Yousafzai ketika menerima anugerah itu pada tahun 2014. Tambah lagi, Thunberg akan menjadi orang kedua yang menang anugerah itu dalam hal yang berkaitan dengan pemanasan sejagat selepas Albert Gore yang menerima Anugerah Nobel pada tahun 2007.

Pencalonan itu dibuat oleh Freddy Andre Ovstegard, ahli parlimen Norwegian. “Pemanasan sejagat mungkin telah menjadi pemacu terpenting dalam peperangan, konflik dan pelarian pada hari ini dan khususnya pada masa hadapan.” – kata Ovstegard. Pemanasan global dapat mencetuskan peperangan pernah diusulkan oleh UN.

Ketika ditanya tentang keadaan dunia sehingga mengambil pelajar sekolah untuk menjadi pemanasan sejagat sebagai topik utama media dan agenda politik, Thunberg menjawab, “Menyedihkan. Saya fikir semua orang harus sedar kita telah gagal banyak perkara. Tetapi masih ada masa untuk dibetulkan sekiranya kita cuba apa yang mustahil. Kita boleh dan mesti buat.”

RUJUKAN:

  1. https://www.newscientist.com/article/2196626-climate-striker-greta-thunberg-nominated-for-nobel-peace-prize/
  2. New Scientist Issue 3234 agress to indemnify New Scientist LtD and New Scientiest against any claim arising from incorrect or misleading translation.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.