Menurut catatan-catatan Cina, sejarah kemaharajaan Cina boleh dijejak kembali pada Dinasti Xia yang berkuasa pada penghujung milenium ke-2 Sebelum Masehi. Merentas masa yang mencecah hampir 4000 tahun lamanya, tamadun Cina melahirkan sejumlah pemerintah.

Sebilangan pemerintah ini, seperti Maharaja Tang Taizong dari Dinasti Tang, Kublai Khan dari Dinasti Yuan, dan Maharaja Kangxi dari Dinasti Qing, dikenang sebagai antara maharaja yang berjiwa rakyat. Akan tetapi, terdapat juga sebilangan pemerintah yang terkenal dengan kek3jaman, sifat cemerkap dan kelunturan sahsiah mereka. Salah seorang daripada mereka ini adalah Fu Sheng.

Qin Shi Huang, maharaja pertama Cina, 260-210SM
Lukisan potret Shizu, lebih dikenali sebagai Kublai Khan. Cucu Genghis Khan ini dianggap sebagai pemerinta berkebolehan, tidak seperti Fu Sheng

Secara teknikal, Fu Sheng bukanlah maharaja yang memerintah seluruh empayar Cina. Sebaliknya, beliau hanyalah seorang raja kecil yang berkuasa pada era Enam Belas Negeri, satu era huru-hara dan perpecahan yang berlangsung pada kurun ke-4 hingga kurun ke-5 Masehi sesudah runtuhnya Dinasti Jin. Penting untuk dinotakan bahawa catatan sejarah berkenaan era ini tidak banyak.

Pengetahuan yang dapat kita peroleh tentang era Enam Belas Negeri diambil daripada sebahagian Spring and Autumn Annals of the Sixteen Kingdoms yang dikarang pada awal kurun ke-6 Masehi. 

Book of Wei dan Book of Jin yang dihimpunkan pada pertengahan kurun ke-6 dan kurun ke-7 masing-masing menjadikan Annals of the Sixteen Kingdoms sebagai salah satu sumber utamanya justeru keduanya ini berperanan sebagai naskhah pelengkapnya. Apapun, cara pandang daripada setiap penulis perlu diambil perhatian semasa membaca daripada sumber-sumber yang disebutkan ini.

Peta menunjukkan lokasi dan keluasan Dinasti Qin Terkemudian, sekitar 365M

Fu Sheng merupakan pemerintah kedua Dinasti Qin Terkemudian yang diasaskan oleh ayahandanya, Fu Jian. Pada mulanya, Fu Sheng tidak dijangka akan mewarisi takhta ayahandanya memandangkan beliau mempunyai dua orang abang. Menurut satu catatan, Fu Jian terdengar sebuah lagu kanak-kanak semasa memantau kehidupan rakyatnya pada suatu hari.

Catatan lain menyebutkan bahawa beliau membaca ramalan ketika mahu memutuskan nama pewarisnya sesudah kemangkatan putera sulungnya, Fu Chang. Baik lagu kanak-kanak mahupun ramalan ini keduanya mengandungi frasa ‘tiga ekor kambing mempunyai lima mata’, frasa yang beliau tafsirkan sebagai suatu perintah daripada langit. Susulan daripada itu, Fu Jian pun memutuskan untuk menamakan Fu Sheng sebagai pewarisnya memandangkan beliau buta sebelah.

Berikutan dirinya yang buta sebelah, Fu Sheng digelar pada hari ini sebagai ‘Tirani Bermata Satu’. Menurut satu catatan, Fu Sheng hilang daya penglihatan sebelah matanya akibat dis3rang seekor helang ketika beliau cuba mencuri telur-telur helang itu.

Lantaran kekurangan upayanya itu, beliau akan bertindak membvnuh sesiapa sahaja yang menggunakan perkataan seperti ‘hilang’, ‘kurang’, ‘tidak mempunyai’ dan ‘tiada’ kerana beliau menganggap mereka yang menggunakan perkataan sedemikian sedang mempersendakan kekurangan upayanya itu. Kek3jaman Fu Sheng juga dapat dilihat semasa tempoh pemerintahannya, terutama apabila sejumlah besar pegawai penting dikenakan denda dan dijatuhi hukuman m4ti mengikut selera si raja itu.

Sebagai contoh, ahli-ahli astrologi yang berkhidmat untuk Fu Sheng pernah memberikan peringatan kepadanya semasa tempoh awal pemerintahannya bahawa suatu pengebumian secara besar-besaran dan kem4tian ramai pegawai penting akan melanda pemerintahannya dalam tempoh tiga tahun seandainya beliau enggan mengubah sikapnya yang tidak berhati perut.

Tidak hanya berpaling daripada membaiki keperibadiannya, Fu Sheng malah memilih untuk merealitikan ramalan tersebut dengan membvnuh isterinya sendiri, Permaisuri Liang berserta beberapa orang pegawai penting termasuklah bapa permaisuri, Liang An dan pakciknya, Mao Gui.

Walaupun terkenal dengan sifatnya yang dahagakan darah, tempoh pemerintahan Fu Sheng tidaklah berlalu tanpa sebarang merit. Menurut catatan sejarah, Fu Sheng memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa dan sifatnya yang ganas itu menjadikan beliau seorang pahlawan yang gagah dalam pertempuran. Beliau bahkan dikatakan cukup gagah untuk melawan haiwan-haiwan buas secara sendirian. Apapun, beliau mempunyai kekurangan dari sudut kepemimpinan justeru tidak memungkinkannya untuk menjadi seorang komander perang yang baik.

Pemerintahan Fu Sheng yang ditandai dengan kegerunan berlangsung selama dua tahun. Beliau digulingkan oleh sepupu-sepupunya, iaitu Fu Fad an Fu Jian yang bertindak pantas menyerang istana bersama sepasukan tentera tatkala mereka mengetahui bahawa Fu Sheng sudah pun mengatur rancangan untuk menghukum bvnuh mereka berdua. Pengawal-pengawal diraja yang sememangnya tidak menggemari keperibadian raja bertindak berpaling tadah. Natijahnya, pemerintahan Fu Sheng pun menemui penamatnya. Beliau ditangkap dan dijatuhi hukuman bvnuh dengan cara ditarik oleh kuda.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (19 Disember 2014). The short and brvtal rule of Chinese Emperor Fu Sheng, the one-eyed tyr4nt. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/short-and-brut4l-rule-chinese-emperor-fu-sheng-one-eyed-tyr4nt-002469


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.