Beberapa ribu tahun dahulu, ketika era itu didominasi oleh kaum lelaki, muncul seorang wanita yang tidak pernah dijangkakan akan menggoncangkan dunia. Kedudukan Fu Hao sebagai Permaisuri, Jeneral dan paderi tertinggi pada Dinasti Shang di Timur China tidak pernah dibayangkan oleh perempuan-perempuan lain ketika itu. Dinasti Shang telah memerintah Timur China dari 1600 SM sehingga 1046 SM, sekitar era yang sama ketika Firaun memerintah Mesir.

Pertama kali TR dikenali adalah apabila dia berkahwin dengan Raja Shang, Wu Ding, dan menjadi salah seorang daripada 60 orang isterinya. Raja Wu Ding mempunyai ramai isteri kerana strategi diplomasi politiknya untuk mengahwini seorang wanita pada setiap puak yang berada di situ. Walaupun mempunyai ramai isteri, namun Fu Hao merupakan isterinya yang paling menyerlah dan paling disayanginya.

Menurut maklumat yang tertulis dalam inskripsi tulang bersurat, Fu Hao sering terlibat dalam upacara ritual dan kegiatan ketenteraan. Fu Hao juga telah memimpin armada p3rangnya untuk menentang musuh-musuh yang mengancam keselamatan Shang, termasuk puak Tu-Shang yang telah bersengketa dengan Shang selama beberapa generasi. Kehebatan Fu Hao memimpin barisan tenteranya telah membawa kepada kemenangan dalam sekali p3rt3mpuran sengit sahaja. Fu Hao telah memimpin tenteranya untuk m3n3ntang Puak Yi, Puak Qiang dan Puak Ba.

Semenjak itu, Fu Hao menjadi jeneral p3rang yang dihormati pada era itu dan berterusan m3nakluk kerajaan-kerajaan yang besar bagi meluaskan tanah jajahannya. P3p3rangan paling besar yang pernah dipimpin olehnya adalah sebanyak 13 ribu tentera yang berjaya menentang puak nomad.

Walaupun Fu Hao dianggap sebagai pahlawan yang digeruni lawan, tetapi dia juga mempunyai sisi yang lembut pada dirinya apabila melibatkan hal-hal perkahwinan. Setiap kali Fu Hao pulang dari p3p3rangan, suaminya akan menunggu di luar ibu kota, dan mengarahkan agar semua tentera beransur supaya mereka dapat meluangkan masa bersama.

Apabila Fu Hao mati, angkatan tentera Shang mula menjadi lemah apabila diserang oleh Gong. Membuatkan Wu Ding berulang kali melakukan ritual korban dan berdoa kepada roh Fu Hao agar melindungi kerajaannya daripada pencerobohan. Dan setiap kali kerajaan diambang p3p3rangan jugalah Wu Ding akan melakukan upacara bagi meraih rahmat daripada semangat isterinya.

Beberapa tahun selepas itu, Wu Ding mula runsing memikirkan sekiranya Fu Hao akan keseorangan di alam barzakh. Maka Wu Ding menjalankan satu lagu upacara untuk mengahwinkan Fu Hao dengan moyangnya, yang merupakan raja ke-13 Dinasti Shang.

Tidak berapa lama kemudian, Wu Ding sekali lagi mengadakan upacara mengahwinkan semangat isterinya dengan semangat raja pertama Dinasti Shang, berharap moyangnya yang berkuasa itu dapat menjaga Fu Hao dengan baik di alam barzakh.

Segala penglibatannya dalam bidang ketenteraan telah dicatat dalam lebih kurang 200 inskripsi yang tertulis pada tulang dan juga cangkerang kura-kura.

Makam Fu Hao

Pada mulanya, watak Fu Hao ini dianggap seperti sebuah kisah mitos sehinggalah kepada penemuan makamnya yang dibina berdekatan dengan Anyang dan ditemui pada tahun 1976. Ahli arkeologi dapat mengenalpasti pemilik makam ini dengan mudah berikutan terdapat nama Fu Hao yang tertulis pada alatan gangsa yang digunakan untuk tujuan pemujaan.

Patung Fu Hao diluar makamnya.

Keseluruhannya, terdapat lebih kurang 400 peninggalan purba yang ditemui di sekitar makamnya termasuk senjata, loceng, cermin dan pasu-pasu pemujaan. Tambahan pula, terdapat sebanyak 755 batu jed, 564 serpihan tulang, gading, batu dan seramik, serta beribu cangkerang berhampiran makamnya. Lebih daripada itu, terdapat bukti berlakunya upacara pengorbanan manusia bagi memberikan Fu Hao hamba-hamba untuk berkhidmat kepadanya di alam barzakh.

RUJUKAN:

  1. Olivia Bullock.(2014) The World of Chinese. Badass Ladies of Chinese History: Fu Hou : https://www.theworldofchinese.com/2014/11/badass-ladies-of-chinese-history-fu-hao/
  2. com. Fu Hou- First Female General in the History of China and Wife of Four Kings : https://www.chinafetching.com/fu-hao
  3. Ancient China. The Tomb of Lady Fu Hao. http://www.ancientchina.co.uk/staff/resources/background/bg7/bg7pdf.pdf
  4. The Female Soldier. (2015) Fu Hao http://thefemalesoldier.com/blog/fu-hao
  5. (2014) Ancient Origins. Lady Fu Hao and her Lavish Tomb of the Shang Dynasty. https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/lady-fu-hao-and-her-lavish-tomb-shang-dynasty-002278

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Gemar melakukan aktiviti memanah di masa lapang. Minat terhadap bidang penulisan sehingga berjaya menerbitkan beberapa buah novel thriller bersama Karangkraf. Menjalankan khidmat bekam pada masa lapang. Bercita-cita untuk menjadi guru silat.

Comments are closed.