Moving Forward As One

Fu-Go: Belon Yang Digunakan Jepun Ketika WWII

1,236

Apabila Jepun meny3r4ng Pearl Harbor pada akhir tahun 1941, ia menjadi pencetus kepada keputusan Franklin Delano Roosevelt membawa Amerika Syarikat ke kancah Perang Dunia Kedua (WWII). WWII turut menjadi saksi kepada taktik p3r4ng Jepun paling pelik dan terdesak pada tahun-tahun akhir pep3r4ngan iaitu menerbangkan belon udara yang dipasang dengan b0m menyeberangi Lautan Pasifik dengan tujuan mengeb0m Amerika Syarikat.

Jika anda rasa ini pelik, anda hanya perlu lihat rekod sejarah. Apabila armada kapal tentera Mongol tenggelam selepas dibadai ribut taufan semasa dalam perjalanan ke Jepun pada abad ke-13, orang Jepun melihat peristiwa ini sebagai tanda Tuhan melindungi mereka daripada 4nc4man t3nt3ra Mongol dengan menghantar angin suci atau kamikaze.

Taktik b0m belon atau Fu-Go merupakan sebagai tindak balas kepada s3r4ngan berani Doolittle (Doolittle Raid) pada 18 April 1942. Walaupun s3r4ngan tersebut tidak membawa kerosakan besar kepada infrastruktur Jepun, ia diibaratkan seperti menconteng arang di muka mereka. Ini kerana menerusi s3r4ngan ini, ia sebenarnya mendedahkan bandar-bandar besar Jepun termasuk Tokyo kepada s3r4ngan udara AS.

Ini menyebabkan pihak tentera melihat sejarah mereka dan mendapat inspirasi daripada Tuhan mereka sekali lagi menerusi penemuan aliran udara jet oleh para saintis Jepun pada ketinggian 30,000 kaki. Hasil penemuan ini membawa kepada idea menghantar belon udara yang diisi gas hidrogen dan dipasang b0m ke AS. Operasi ini diberi lampu hijau oleh pihak t3nt3ra dan mula dilaksanakan antara November 1944 hingga April 1945.

Belon tersebut dibuat daripada washi, sejenis kertas yang diperbuat daripada kulit kayu pokok kozo dan pihak t3nt3ra meminta lebih 20,000 belon dihasilkan.  Pelajar-pelajar sekolah perempuan direkrut untuk menghasilkan belon ini tanpa mengetahui tujuannya. Selepas belon siap dijahit, ia diikat dengan tali berukuran 40 kaki dan dipasang dengan bahan l3tvpan sebanyak 30 paun.

Dari situ, b0m ini akan diterbangkan dengan harapan ia jatuh di AS terutama di kawasan hutan. Sekiranya b0m tersebut gugur di situ, mereka berharap ia akan mencetuskan kebakaran hutan sekaligus memaksa pihak pentadbiran mengalihkan sumber mereka untuk menangani kebakaran daripada fokus kepada perang dan mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai. Taktik sama digunakan Jerman terhadap Britain dari 1942 hingga 1944.

3 November 1944 dipilih sebagai tarikh pelancaran belon pertama memandangkan hari itu merupakan hari keputeraan Maharaja Meiji. Begitupun, usaha melancarkan belon ini tidak mudah kerana mengambil masa antara 30 minit hingga sejam untuk satu penerbangan dan memerlukan 30 orang untuk menguruskannya.

Selepas mengambil kira semua faktor termasuk faktor cuaca dan aliran angin, para saintis menjangkakan mereka hanya mempunyai 50 hari penerbangan yang sesuai. Ini memaksa mereka melancarkan 200 belon dari tiga tapak perlancaran dalam sehari. Tetapi walaupun operasi sebegini dianggap rahsia, belon sebegini dapat dilihat di kawasan kejiranan dengan mereka mengingatinya sebagai obor-obor gergasi.

Contoh Fu-Go yang dit3mb4k jatuh oleh T3nt3ra Udara AS di Attu, Pulau Aleutian, Alaska pada 11 April 1945.

Berdasarkan rekod, 9,000 b0m diterbangkan dari Jepun ke AS antara November 1944 hingga April 1945. Kebanyakan b0m yang dihantar langsung tidak mengenai sasaran kerana sebahagian daripadanya jatuh dalam Lautan Pasifik atau dit3mb4k jatuh. Tetapi lebih 300 b0m berjaya sampai ke seberang Pasifik dan dikesan terbang di bahagian barat Amerika Syarikat dan Kanada dari Holy Cross, Alaska hingga Nogales, Arizona.

Ada juga sesetengah belon ini terbang hingga ke sebelah timur seperti Grand Rapids, Michigan. Pada Mac 1945, satu daripada ribuan belon ini terkena kabel pencawang elektrik dan menyebabkan bekalan elektrik terputus sementara di sebuah loji di Hanford, Washington. Loji ini bertanggungjawab menghasilkan plutonium yang akan digunakan untuk menghasilkan b0m atom untuk kempen di Hiroshima dan Nagasaki lima bulan selepas itu.

Tiada insiden kehilangan nyawa membabitkan belon ini tetapi semua itu berakhir pada 5 Mei 1945. Pada hari tersebut, Reverend Archie Mitchell membawa isterinya yang sarat mengandung, Elsie dan lima kanak-kanak dari sekolah gereja untuk berkelah di satu kawasan berhampiran Gunung Gearhart. Tatkala Mitchell sibuk memunggah barang perkelahan, isterinya menemani kanak-kanak yang mengikuti perkelahan tersebut meneroka kawasan sekitar.

Apabila seorang kanak-kanak perempuan bernama Joan Patzke menjumpai satu bahan kanvas putih mencurigakan, dia memanggil mereka semua untuk melihat apa yang ditemuinya. Elsie memanggil Mitchell tatkala kumpulan itu melihat bahan mencurigakan itu. Salah seorang daripada mereka cuba menyentuhnya dan Mitchell menjerit melarang mereka menyentuhnya tetapi sudah terlambat.

Satu letvpan besar menggegarkan kawasan tersebut dan membvnvh tujuh orang termasuk Elsie dan kandungan mereka. Apabila pihak t3nt4ra datang untuk menyiasat, mereka tahu bahawa objek tersebut ialah Fu-Go yang dihantar pihak Jepun untuk menyerang AS. Insiden tersebut ialah satu-satunya insiden b0m belon yang mengorbankan nyawa manusia.

Namun begitu, berita tersebut tetap dirahsiakan kerana kerajaan AS tidak mahu warganya panik dan enggan memberi sebarang kelebihan psikologi kepada pihak musuh bila mengetahui ciptaan mereka mengenai sasaran. Walaupun kebanyakan warga Bly, Oregon mengetahui apa yang berlaku, mereka terpaksa mendiamkan diri selepas diarahkan pihak tentera dan insiden tersebut dilaporkan sebagai satu l3tvpan yang tidak diketahui puncanya.

Pada akhir bulan Mei, barulah pihak tentera mendedahkan punca sebenar letvpan dan meminta orang awam segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menjumpai objek-objek pelik ini. Begitupun, ia dianggap sudah terlewat bagi mangsa-mangsa di Oregon.

Dan selepas 70 tahun, legasi Fu-Go ini berterusan mendatangkan ancaman terutama di kawasan pedalaman di sebelah barat. Pada tahun 2015, dua pembalak menemui saki-baki belon ini di Lumby, British Columbia. B0m tersebut kemudian diletupkan dengan letupan terkawal.

Selepas Jepun mengibar bendera putih pada Ogos 1945, pihak AS menghantar sekumpulan saintis untuk melaporkan semua pencapaian saintifik yang dicapai negara itu pada September. Pasukan ini diketuai oleh penasihat saintifik kerajaan Karl T. Compton dan Edward Moreland, seorang saintis yang dipilih oleh Douglas MacArthur. Salah satu perkara yang menarik perhatian mereka ialah projek Fu-Go.

Pada 19 September, kumpulan saintis ini menemubual dalang di sebalik Fu-Go, Leftenan Kolonel Terato Kunitake dan Mejar Inouye. Dalam temubual tersebut, kedua-dua pegawai t3nt3ra Jepun itu mendedahkan semua dokumen berkenaan Fu-Go telah dimvsn4hkan pada 15 Ogos 1945. Ini sekaligus menjadikan temubual mereka sebagai satu-satunya dokumentasi rasmi berkenaan projek b0m belon Jepun itu.

Dalam temubual tersebut, mereka mendedahkan pihak t3nt3ra telah meragui keupayaannya sebagai s3nj4ta yang efektif tetapi masih meneruskannya atas sebab memberi suntikan moral kepada barisan hadapan. Apabila tiada berita kemvsn4han yang dicetuskan oleh Fu-Go, media Jepun menerbitkan kisah-kisah palsu dengan harapan melemahkan moral pihak musuh. Kunitake dan Inouye turut mengesahkan Fu-Go tidak pernah membawa s3nj4ta biologi atau kimia.

Tambah kedua-duanya, pihak Jepun memutuskan untuk tidak meneruskan Fu-Go disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, bahan yang digunakan untuk menghasilkan washi iaitu pokok kozo semakin sedikit. Kedua, Jepun berdepan kekurangan bekalan hidrogen selepas loji kimia milik Showa Denko mvsn4h dib0m oleh pesawat-pesawat B-29.

Ketiga, pihak t3nt3ra melihat ketiadaan maklumat tentang Fu-Go sama ada ia sampai di AS atau tidak. Justeru, sekiranya p3r4ng berlanjutan lagi selama setahun, pihak t3nt3ra bersetuju untuk menghentikan semua penerbangan belon pada musim sejuk dan menyambung penerbangan pada musim panas.

Berdasarkan rekod, Elsie Mitchell dan enam lagi mangsa merupakan satu-satunya insiden yang mengorbankan nyawa akibat tindakan musuh di tanah besar Amerika semasa WWII. Walau bagaimanapun, b0m ini memberi peluang kepada perancang-perancang pertahanan mengintai masa hadapan pep3r4ngan seterusnya.

Penulis buku ‘Fu-Go: The Curious History of Japan’s Balloon B0mb Attack on America’, Ross Coen menyifatkan Fu-Go sebagai pelopor kepada peluru berpandu antara benua (ICBM). Sesetengah turut berpandangan taktik rahsia dan senyap yang digunakan dalam belon ini turut menjadikannya sebagai dron pertama yang digunakan dalam pep3r4ngan.

RUJUKAN:

Klein, Christopher (2001). 4tt4ck of Japan’s K1ll3r WWII Balloons, 70 Years Ago. History.

Matthias, F. (2016). Japanese Balloon B0mbs “Fu-Go”. Atomic Heritage Foundation.

Ruangan komen telah ditutup.