Frane Selak: Orang Paling Bertuah Di Dunia

1,205

Frane Selak ini kalau dilihat, hanyalah seorang manusia Crotia yang biasa. Walau bagaimanapun, entah kenapa takdir seolah-olah cintakannya. Setakat ini, dia sudah terselemat daripada kem4tian sebanyak tujuh kali dan juga memenangi duit judi sebanyak 800,000 Euro.

Kali pertama dia berhadapan dengan m4ut adalah pada tahun 1962. Keretapi yang dinaikinya tiba tiba tergelincir daripada landasan jatuh ke dalam sungai. Seorang penumpang selamat menariknya ke tempat yang lebih selamat dan Frane hanya mengalami patah tangan dan hipotermia. Sekitar 17 penumpang yang lain m4ti l3mas.

Pada tahun 1963, yakni tahun berikutnya, Frane telah menaiki kapal terbang tapi pintu kapal terbang tersebut rosak dan Frane disedut keluar daripada tempatnya. Namun, nasibnya selamat kerana dia jatuh di bawah timbunan jerami. Sekitar 19 orang m4ti akibat kes ini.

Tiga tahun selepas itu, pada tahun 1966, bas yang dinaiki Frane tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai. 4 orang m4ti kelemasan tapi Frane masih tetap selamat. Dia hanya mengalami luka kecil dan lebam dan kemudiannya berenang ke tepi sungai.

Semua jenis kenderaan besar Frane dah rasa, masalah kereta ada tak? Jawapannya, ada. Pada tahun 1970, kereta Frane telah terbakar tapi Frane sempat membawa dirinya keluar sebelum meletup. Tiga tahun kemudiannya, enjin kereta Frane telah mengalami masalah di mana minyak panas dari pam yang rosak memasuki enjin. Hasilnya, api keluar dari penghawa dingin keretanya dan rambutnya rosak terbakar. Itu sahajalah kasualiti yang Frane dapat. Luka apa semua tiada.

Pada tahun 1995, Frane telah dilanggar oleh sebuah bas. Dia cedera teruk ke? Tak, hanya cedera kecil. Tahun berikutnya, 1996, sebuah trak hampir melanggar kereta yang dibawanya. Namun, kereta terbabas ke penghadang jalan dan Frane tercampak keluar. Keretanya jatuh ke gaung tapi Frane selamat kerana sempat berpaut pada sepohon pokok.

Semasa Frane berusia 73 tahun, pada tahun 2003, dia telah memenangi wang loteri sebanyak 800,000 Euro, atau sekitar $1,110,000 dollar. Setelah membeli rumah dan bot, dia memilih untuk membahagikan baki yang lain kepada keluarganya.

Bak kata kawan Kelantan aku, mungkin Frane ini antara golongan ‘nate benghing’.

RUJUKAN:

“Fortune smiles on unluckiest man”. The Scotsman. 18 June 2003. Retrieved 9 March 2014.

Hough, Andrew (14 May 2010). “Frano Selak: ‘world’s luckiest man’ gives away his lottery fortune”. The Telegraph. Retrieved 9 March 2014.

Anda mungkin juga berminat

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.