Semasa melihat gambar ini, apa yang terlintas di kepala anda? Potret kanak kanak di zaman Victoriakah?

Namun, sekiranya gambar ini diperhatikan dengan lebih lama, anda akan perasan sesuatu yang pelik. Seolah olah salah seorang daripada mereka macam patung.

Ini sebenarnya adalah gambar adik beradik dengan si mati.

Tradisi ini sebenarnya sudah lama wujud dalam kalangan keluarga Eropah. Disebabkan teknologi kamera masih primitif sebelum abad ke 19, maka potret lukisan telah digunakan. Si mati akan diletakkan posisi yang sesuai dan dilukis sebagai ‘potret ratapan’.

Setelah daguerreotype, sejenis kamera berfungsi tercipta pada pertengahan abad ke 19, maka fotografi mula muncul di Eropah. Walau bagaimanapun, proses fotografi jenis ini tetap menggunapakai kos yang mahal kerana mereka menggunakan plat perak-tembaga sebagai bahan peletak imej. Setelah teknologi berkembang dan boleh mengguna pakai cermin, logam nipis dan kertas barulah proses ini menjadi lebih murah.

Ini secara tak langsung membenarkan keluarga dari kelas pertengahan untuk mengambil gambar dengan si mati. Ditambah lagi dengan proses ‘exposure time’ kamera yang agak lama, ramai keluarga yang kematian anak akan menggunkan khidmat fotografi post mortem untuk mendapatkan potret keluarga.

Kanak kanak ni sifatnya cepat bosan dan tak mahu duduk statik, jadi kalau gambar mereka ditangkap, gambar mereka akan kabur kerana ‘exposure time’ yang lama. Apabila mereka sudah mati, gambar mereka senang ditangkap kerana mereka dah tak bergerak. Sebab itu sekiranya diperhatikan, gambar si mati lagi jelas berbanding keluarganya. Puncanya mudah – mereka tak bergerak langsung.

Jenis fotografi ini juga sebenarnya bertindak sebagai teropong dan tingkap masa. Sebagai contoh, kebanyakan gambar fotografi post mortem mempunyai kanak kanak sebagai si mati. Hal ini disebabkan zaman tersebut ramai mati kerana dijangkit wabak penyakit seperti cacar air dan tifoid. Jadi, kalau ada antivaksin yang cakap kanak kanak zaman dahulu sihat sahaja, tunjukkan mereka gambar fotografi post mortem.

Selain itu, ia membenarkan kita melihat pakaian dan adat masyarakat Eropah di zaman tersebut. Lain kelas dan negara, lain juga posisi si mati dalam gambar. Sebagai contoh, gambar potret post mortem di Amerika Syarikat si mati mereka matanya tertutup. Menurut seorang pengkaji gambar post mortem ini, Jay Ruby, dia mengatakan hal ini adalah refleksi orang di sana yang mengaitkan kematian sebagai tidur.

Dalam kalangan masyarakat Victoria pula, si mati akan diletakkan di tengah bersama keluarga mereka dan mereka dirupakan seperti masih hidup. Hal ini adalah sebagai refleksi ini adalah gambar terakhir si mati dengan keluarganya.

Disebabkan corak gambar fotografi post mortem yang memberi mesej keluarga yang kuat, maka adat ini masih bersambung di negara negara barat. Budaya ini dijelmakan sebagai fotografi keluarga dengan si mati dalam keranda, ataupun fotografi ibu dengan si bayi yang meninggal ketika bersalin.

Bagi keluarga kelas pertengahan Victoria, fotografi ini membenarkan mereka menangkap gambar bersama keluarga tak kisah hidup atau mati. Bagi kelas bawahan, kemungkinan besar ini sahaja gambar keluarga yang mereka ada, Hanya dengan matinya ahli keluarga mereka sahajalah yang memberi peluang untuk mereka menangkap gambar beramai ramai.

Walaupun fotografi pada abad ke-19 membentuk budaya yang sedih, ia juga membawa memori dan cerita yang agak kelakar. Perhatikan gambar di bawah, apa yang anda dapat lihat?

Sekali pandang, anda akan merasakan ini potret bayi dengan kerusi besar. Walau bagaimanapun, itu sebenarnya bukan kerusi, tapi ibu mereka. Seperti yang diceritakan di atas, fotografi pada zaman tersebut mempunyai ‘exposure time’ yang lama.

Oleh itu, untuk memastikan bayi tersebut tidak bergerak, si ibu akan memegang si anak sambil menyembunyikan diri melalui kain labuh. Ada juga fotografi jarak dekat yang sekiranya diperhatikan betul betul, mempunyai rupa tangan yang memegang kepala bayi di sebalik langsir.

Rasanya sampai sekarang pun sama juga. Memang payah betul nak tangkap gambar kanak kanak.

RUJUKAN:

Bathurst, Bella (December 2, 2013). “The lady vanishes: Victorian photography’s hidden mothers”. The Guardian. Retrieved January 28, 2018.

Bell, Bethan (June 5, 2016). “Taken from life: The unsettling art of death photography”. BBC. Retrieved September 15, 2019.

Bunge, J.A., & Mord, J. (2015). Beyond the dark veil: Post-mortem & mourning photography from the Thanatos archive. San Francisco, CA: Grand Central Press & Last Gasp.

Ruby, Jay (1995). Secure the Shadow: Death Photography in America. Cambridge, MA: MIT Press. p. 63.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.