Moving Forward As One

Fosil Telur Dinosaur Yang Mengandungi Anak Dinosaur Ditemui!

4,654

Baru-baru ini, sekumpulan saintis telah membuat penemuan besar di Ganzhou, Jiangxi, China. Penemuan tersebut ialah fosil seekor dinosaur yang duduk mengeram telur-telurnya dalam sebuah sarang. Dinosaur jenis oviraptor itu berasal dari Zaman Crestaceous (145 hingga 65 juta tahun lalu).

Rajah 1: Contoh fosil oviraptor yang ditemui mengeram telur-telurnya di Ganzhou, Jiangxi. Sumber: Dr Shundong Bi, Indiana University of Pennsylvania

Fosil dinosaur yang ditemui bersama telur-telurnya itu dikatakan berusia 70  juta tahun. Penemuan ini dianggap signifikan kerana buat kali pertama, saintis menemui fosil dinosaur bukan jenis burung mengeram fosil telur dalam sarangnya. Dengan penemuan ini, mereka percaya embrio dalam telur masih lagi tidak terusik dan dalam keadaan baik.

Walaupun wujud beberapa contoh fosil oviraptor ditemui bersama telur-telur dalam sarang mereka sebelum ini, ini kali pertama mereka menemui embrio dalam telur-telur tersebut. Penemuan sebegini dilihat bakal memberi pelbagai maklumat berharga tentang dinosaur terutama spesies oviraptor untuk tahun-tahun mendatang.

Dalam penemuan yang sama, para saintis turut menemui fosil seekor oviraptor dewasa yang tidak lengkap dengan batu dalam perutnya. Ini merupakan contoh gastrolitos atau batu perut di mana ia akan ditelan bagi membantu dinosaur menghadamkan makanan. Ini juga merupakan bukti kukuh pertama kewujudan gastrolitos dalam oviraptor sekaligus menjelaskan dapat merungkai maklumat terbaru tentang diet dinosaur berkenaan.

Rajah 2: Lakaran kedudukan fosil bersama telur-telurnya. Sumber: Bi, S et al., Science Bulletin, 2020

Fosil dinosaur yang ditemui kumpulan saintis diketuai Dr Shundong Bi berada dalam kedudukan mengeram atau melindungi 24 biji telurnya. Pada awalnya, mereka menyangka dinosaur itu ma_ti semasa sibuk mengeram telur. Ini disokong hasil kajian isotop oksigen pada telur mendapati ia telah dieram pada suhu tinggi sekaligus menunjukkan oviraptor betina itu ma_ti semasa sedang mengeramkan telurnya.

Sekurang-kurangnya, tujuh fosil telur masih mengandungi embrio oviraptor yang masih belum menetas. Menerusi pemerhatian yang dibuat terhadap embrio-embrio tersebut, para saintis percaya sebahagian anak dinosaur sudah hampir menetas semasa ibu mereka ma_ti.

RUJUKAN:

McDermott, A. (2021). World First: Dinosaur Found on Fossilized Eggs with Babies Inside! Ancient-Origins.

Ruangan komen telah ditutup.