Baru-baru ini, saintis di Myanmar telah menemui fosil siput yang telah hidup pada 99 juta tahun dulu yang ditemui di Lembah Hukawng. Tapi, yang peliknya fosil siput ini mempunyai bulu. Ya, bulu! Bulu halus ini tumbuh dari cangkerang siput dari panjangnya 150 micrometer sehingga 9 milimeter. Kenapa siput ini mempunyai bulu, tidak seperti spesis siput sekarang?

Sebenarnya, fosil siput ini ialah spesis siput berbulu yang keenam dari keluarga Cyclophoridae. Nama saintifik siput ini ialah ‘Archaeocyclotus brevivillosus’, yang disyaki sebagai moyang siput sekarang dari fasa Mesozoic. Saintis masih mencari jawapan apakah fungsi bulu dari kulit cangkerang siput kuo ini sebab penumbuhan bulu saja memerlukan kos tenaga yang banyak bagi haiwan kecil ini.

Saintis hanya bersangka bahawa terdapat 4 fungsi bulu siput: menjadi benteng dari kulit cangkerang basah oleh titisan air, menstabilkan suhu badan siput, jadikan sistem pertahanan melalui penyamaran, dan kelebihan dalam musim mengawan. Kini, terdapat spesis siput berbulu yang menetap di Eropah, iaitu siput Trichia hispida.

Jadi, korang nak pegang siput berbulu ini?


Kalau korang berminat dengan topik-topik sains seperti ini, kami nak cadangkan korang beli buku kami, SEMOGA TUHAN MERAHMATI SAINS DALAM KEHIDUPAN. Kami berikan diskaun yang lumayan sempana tarikh 11.11 di Shopee! Jom beli sekarang:: https://bit.ly/3Nws0Ja


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply