Sains bukan kebenaran. Sebaliknya sains adalah wadah ke arah kebenaran. Perbezaan antara sains dan akidah adalah asal-usulnya. Akidah muncul daripada wahyu; sains pula timbul daripada pendapat berasaskan sesuatu yang boleh dilihat, dibincang dan didebat.

Bermakna pendapat sains boleh disangkal dengan fakta lebih tepat. Setiap hari, ada saja fakta sains dibetulkan. Dan sejak tahun 2017, perbincangan panas tentang manusia prasejarah telah membetulkan satu demi satu fakta tentang antropologi (kajian manusia).

Untuk faham proses pembetulan ini, kena tengok balik fakta paling awal tentang manusia prasejarah. Lama juga saintis berpegang yang manusia moden mula timbul daripada Benua Afrika sekitar 200,000 tahun lalu. Kemudian mereka keluar daripada Afrika sekitar 60,000 tahun dahulu.

Itu yang dipegang dari dulu lagi. Akan tetapi, penemuan terkini mendapati fakta ini tidak betul. Pertama sekali, saintis menemui bukti sangat banyak tentang aktiviti manusia di Jebel Irhoud, Morocco.

Tempurung kepala di Jebel Irhoud.

Teliti punya teliti, mereka di Jebel Irhoud hidup sekitar 300,000+ tahun lalu (Hublin, et al., 2017). Kemudian saintis jumpa rangka yang lebih tua di Herto dan Omo Kibish.

Tiga tempat ini membawa kesimpulan mudah: manusia prasejarah hidup jauh lebih lama. Jadi kerja senang, mulakan saja sekitar 300,000 tahun dulu… dan keluar dari Afrika 60,000 tahun dahulu.

Masalahnya, bab keluar daripada Afrika pun tidak betul. Saintis menemui tulang rahang manusia dalam Gua Misliya yang terletak di Israel (Callaway, 2018).

Tiga jenis kiraan radiokarbon membuktikan manusia prasejarah ini hidup sekitar 177,000 hingga 194,000 tahun dahulu. Terlalu jauh daripada naratif 60,000 tahun.

Ini membuatkan Misliya-1 fosil manusia paling tua di luar benua Afrika. Walau bagaimanapun, fosil Misliya-1 ini didapati sangat sama dengan fosil Herto, Omo Kibish dan Jebel Irhoud… meskipun dengan jurang ratusan ribu tahun (The Associated Press, 2018).

Mula dengan fosil Misliya-1 dulu. Pakar arkeologi menemui beberapa alat yang dibuat dengan menggunakan gaya Levallois.

Mungkin terminologi ini agak tinggi dari segi bahasa. Tengok gambar di bawah dulu:

Alatan batu prasejarah.

Ada gambar kecil di bahagian bawah kiri. Kaitkan dengan gambar utama. Kalian akan faham yang mata lembiηg di sebelah kanan diukir keluar (menggunakan kaedah Levallois) daripada bongkah di sebelah kiri. Caranya agak rumit. Tetapi lagi senang kalau faham takat situ.

Kaedah Levallois perlu dipelajari secara praktikal. Inilah sebab saintis terpegun – perbezaan masa terlalu panjang; teknologi masih sama. Apa ertinya?

Migrasi Yang Gagal

Bukan senang untuk melepaskan naratif 60,000 tahun. Terlalu banyak kajian telah membanting ilmu pada landasan ini… semata-mata untuk dibuktikan tidak tepat.

Saintis sekarang ini sedang bergelut untuk mengenal pasti erti di sebalik penemuan lebih tua ini: 1) apa sebab manusia prasejarah ini bermigrasi keluar daripada Afrika dan 2) ke mana hala tuju mereka? Misi galian arkeologi di China membuktikan satu migrasi jarak jauh daripada Afrika ke Daoxian (Callaway, 2015). Fosil manusia moden di Daoxian didapati berusia 100,000+ tahun.

Gigi Manusia Daoxian.

Memang terlalu banyak bukti yang membetulkan semula dapatan sains hari ini. Cuma yang betul-betul menimbulkan persoalan adalah Misliya-1. Saintis mencadangkan teori yang berkaitan dengan cuaca bermusim pada Ketika itu.

Musim hujan barangkali menggalakkan manusia prasejarah bermigrasi ke Timur Tengah. Sesudahnya, padang pasir Timur Tengah terbentang terlalu luas dengan suhu begitu tinggi tanpa sebarang air… sekali gus mengembalikan mereka balik ke Afrika.

Israel dalam konteks ini berada dalam rantau yang sebenarnya bersebelahan saja dengan Afrika. Jadi tidak pelik manusia prasejarah di Gua Misliya terdiri daripada golongan yang gagal dalam usaha berhijrah jauh.

RUJUKAN:

Callaway, E. (2015, Oktober 14). Teeth from China reveal early human trek out of Africa. Nature.

The Associated Press. (2018, Januari 25). Oldest modern human fossil outside Africa found in Israeli cave. CBC.

Hublin, J., et al. (2017). New fossils from Jebel Irhoud, Morocco and the pan-African origin of Homo sapiens. Nature. 546: 289-292.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.