Pada Jumaat lepas (9 Oktober 2020), kumpulan penyelidikan dari Universiti Malaya (UM) telah menemui fosil gajah purba di sesebuah gua batu kapur yang berada di Gopeng, Perak. Dianggarkan usia fosil itu adalah sekitar 30,000 – 80,000 tahun dulu. Penemuan ini kemudian menjadi berita hangat di media tempatan dan antarabangsa.

Penyelidikan itu diketuai oleh Dr. Ros Fatiha Muhammad, penyelidik dari Jabatan Geologi, Fakulti Sains UM, dengan kerjasama Lim Tze Tshen iaitu ahli paleontologi vertebrat dan zooarkeologi dari Persatuan Paleontologi Malaysia.

Hasil dari maklumat oleh kumpulan peneroka gua bernama Kinta Vally Watch serta tinjauan lanjut oleh kumpulan penyelidikan UM, mereka menemui fosil gajah purba.

Apakah spesis gajah purba tersebut yang menjadi hangat dalam dunia paleontologi Malaysia?

Model gajah Stegodon bersama anak gajah.

Fosil tersebut dikenal pasti sebagai spesis Stegodon oleh Tze Tshen. Ia juga dikenal pasti oleh dua orang pakar antarabangsa iaitu Datuk Seri Gathorne Gathorne-Hardy dari Natural History Museum (London) dan Dr John de Vos dari Naturalis Biodiversity Center (Leiden).

Gajah Stegodon adalah haiwan dalam kumpulan Order Proboscidea, sama kumpulan dengan gajah kini namun termasuk dalam sub-keluarga Stegodontinae. Maksud Stegodon adalah ‘gigi beratap’ mengikut bahasa Yunani Kuno.

Gajah purba ini wujud pada 11.6 juta tahun dulu sehingga akhir fasa Pleistocene, sekitar 4,100 tahun dulu. Gajah ini pernah menetap sebahagian Asia, Afrika Timur dan Tengah, kemudian menyebar ke kepulauan Indonesia sehingga Timor Leste.

Gajah Stegodon adalah salah satu spesis gajah terbesar melebihi spesis gajah moden Asia. Salah satu fosil iaitu spesis Stegodon zdansky yang berusia 50 lebih tahun dari Sungai Kuning, China mempunyai 3.87 meter tinggi dan dianggarkan berat mencapai 12.7 tan.

Ketua penyelidik iaitu Ros Fatihah berkata, fosil gajah Stegodon yang ditemui adalah berusia kurang 2 tahun, setelah selesai proses pengimejan oleh pakar gigi dari Fakulti Pergigian UM, Prof Madya Dr Norliza Ibrahim dan Dr Mohd Azmi Abdul Razak.

Penemuan ini penting bagi para penyelidik Malaysia terutamanya ahli paleontologi kerana telah sekian lama gajah Stegodon dikatakan tidak pernah menduduki Semenanjung Malaysia, dipatahkan dengan penemuan fosil tersebut.

Maka, mereka mampu membentuk sejarah migrasi fauna serta perubahan alam sekitar Asia Tenggara mengikut penemuan fosil terkini. Perak mempunyai kepelbagaian spesis dari kumpulan Proboscidea yang tinggi, antaranya adalah Stegodon sp., gajah moden Asia iaitu Elephas maximus, dan Palaeoloxodon namadicus iaitu gajah purba Asia bertaring lurus. Maka, negeri utara Malaysia ini menjadi kunci utama dalam membongkar kehadiran haiwan-haiwan purba di Asia Tenggara.

Ros Fatihah berharap agar kawasan gua batu kapur di Gepong diwartakan sebagai geotapak baru oleh kerajaan negeri dengan nama ‘Geopark Lembah Kinta’ agar kawasan penyelidikan paleontologi ini tidak diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

RUJUKAN:

Muzamir, M.Y. (9 October 2020). Fosil gajah purba ditemui di Gopeng. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/…/fosil-gajah-purba-ditemui-di-g…

Saintis UM temui fosil gajah Stegodon di Gopeng. Malaysia Gazzete. Retrieved 9 October 2020. https://malaysiagazette.com/…/saintis-um-temui-fosil-gajah-…


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.