Foot Binding – Amalan Pelik Kecantikan China

655

Pernahkah anda mendengar ayat “Beauty is Pain”, atau dengan mudahnya bermaksud kecantikan itu memerlukan seseorang itu merasai kesakitan dan terseksa. Tidak, saya bukan berkata mengenai kasut tinggi, pemakaian baju ketat mahupun diet yang menyeksakan, akan tetapi, saya berkata mengenai foot binding, iaitu salah satu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Cina bermula semasa Dinasti Sang.

Kalau sebelum ini kita ke sempadan Myanmar-Thailand untuk melihat pemakaian neck coils, kali ini kita ke negara Cina untuk kita baca sendiri sebab dan bagaimanakah seseorang itu perlu melalui proses ini semata-mata untuk kelihatan cantik. Artikel neck coils boleh dibaca di sini: https://www.thepatriots.asia/sains-disebalik-leher-panjang-etnik-kayan/

Foot binding dan lotus shoes – Gull.com

Segalanya bermula apabila seorang penari (court dancer) bernama Yao Niang menarik perhatian maharaja Li Yu dengan tarian dan bentuk kakinya yang dikenali sebagai The Golden Lotus. Pada asalnya, sesiapa yang mempunyai kaki sebegini melambangkan kekayaan dan kecantikan memandangkan proses yang dilaksanakan ini memakan banyak wang, tetapi kemudiannya, fesyen ini dikatakan mulai merebak ke seluruh rakyat di negara Cina ketika itu, dan mereka yang mengamalkannya adalah penduduk di kawasan pedalaman dan pinggir bandar.

Ilustrasi Yao Niang membalut kakinya – wikipedia

Proses pembentukkan ini dikatakan memakan masa selama 2 tahun, bermula pada umur seawal 5 tahun. Kanak-kanak ini akan dipaksa oleh ibu bapa mereka melalui proses foot binding ini untuk dikatakan menunjukkan simbol keluarga mereka, khususnya apabila mereka ingin berkahwin nanti.

Proses Foot Binding – China Highlights

Kaki kanak-kanak ini akan direndam di dalam air suam terlebih dahulu, dan akan diurut setelah diletakkan minyak urut. Selepas itu, jari-jari kaki mereka kecuali ibu jari kaki akan dipatahkan satu per satu dan ditekan kepada tapak kaki mereka. Kemudiannya, kaki mereka akan dibalut menggunakan kain yang kira-kira sepanjang 3 meter panjang, dan 5 sentimeter kelebarannya.

Setiap 2 hari sekali, kain balutan ini akan dibuka untuk mengeluarkan nanah atau darah sekiranya ada bagi mengelakkan jangkitan kuman. Kanak-kanak ini kemudiannya akan dipaksa untuk berjalan jauh bagi melengkapkan proses ini, dan akhirnya, setelah tulang mereka mulai pulih semua, mereka akan dipakaikan dengan kasut yang mempunyai hiasan dan corak bunga teratai (lotus shoes) dan daripada sinilah nama lotus feet ini berasal.

Kepanjangan kaki ini akan diukur dan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu

3 inci (7.6 cm) – 4 inci (10 cm)- Golden Lotus

4 inci (10 cm) – 5 inci (12.7 cm) – Silver Lotus

5 inci (>12.7 cm) dan ke atas – Iron lotus

Adakah prosedur ini sakit? Ya, sudah tentu. Dalam temubual bersama ITV (Pautan dibawah), salah seorang rakyat Cina yang dipaksa membuat ‘lotus feet’ ini menceritakan bahawa kesakitan yang dialaminya amat teruk sehinggakan pada satu ketika, dia terpaksa berdiri di atas salji kerana kakinya terasa ibarat terbakar semasa dia sedang melalui proses foot binding ini.

Gadis yang mempunyai kaki kategori golden lotus dikatakan menjadi pilihan ramai lelaki di sana kerana status dan simbol ‘kekayaannya’ jelas kelihatan. Tetapi, mengapakah hal ini menjadi kegilaan rakyat di sana pada ketika itu? Adakah benar lotus feet ini adalah untuk satu benda yang meransang daya seksual untuk lelaki di sana?

Chinese Foot binding vs Normal Foot – China Highlights

Professor Emeritus hill Gates daripada Universiti Stanford telah membuat kaji selidik dan mendapati bahawa bentuk kaki sebegitu yang dikatakan menjadi ‘sexual stimulant’ untuk lelaki di sana adalah mitos semata-mata. Akan tetapi, lelaki di sana tiada pilihan selain daripada terpaksa berkahwin dengan perempuan yang mempunyai kaki sebegitu kerana untuk seseorang yang berkaki ‘normal’, dia dikira sebagai tidak menghormati adat dan budaya masyarakat mereka.

Fred C. Blake dalam artikelnya bertajuk Foot-binding in Neo-Confucian China and the Appropriation of Female Labor mendapati amalan ini menjadi kesukaan lelaki di sana kerana ia menunjukkan kepatuhan seorang wanita dalam menghormati adat dan budaya yang diamalkan, biarlah ia bermaksud menyeksa mereka sekalipun.

Lotus Shoes

Antara 2 sebab mengapa mereka melaksanakan foot-binding ini adalah kerana wanita yang mempunyai kaki diikat sebegini tidak dapat berjalan jauh dan ianya amat bersesuaian dengan kehidupan di sana yang mementingkan jantina lelaki (men-controlled world) pada ketika itu. Satu sebab lain adalah perbuatan ini menunjukkan kasih sayang ibu kepada anaknya kerana mereka akan menghabiskan masa bersama yang lama untuk mengikat dan membuat prosedur ini (mother-daughter relationship).

Apapun, budaya ini akhirnya diharamkan sekitar tahun 1912 walaupun tidak dikuatkuasan. Hanya pada tahun 1950, barulah budaya ini dihentikan sepenuhnya. Penglibatan kerajaan dalam mengharamkan amalan ini dan mengimplimentasikan larangan ini adalah kerana kajian perubatan mendapati wanita yang mempunyai kaki mereka yang pernah diikat ini akan mengalami masalah untuk melakukan kerja-kerja dan pergerakkan yang biasa seperti berjalan, berdiri daripada posisi duduk dan mereka merasai kesakitan sepanjang masa,

Sekiranya berkesempatan, selepas ini saya akan menulis artikel mengenai kesan pemakaian korset pula. Terima kasih kerana sudi membaca. Sila kongsikan post ini sekiranya anda rasa ianya membantu dalam memberi anda ilmu-ilmu pengetahuan yang baru.

RUJUKAN:

Foot binding wikipedia – https://en.wikipedia.org/wiki/Foot_binding#Health_issues

Why Footbinding Persisted in China for a Millennium. https://www.smithsonianmag.com/history/why-footbinding-persisted-china-millennium-180953971/

Interview with ITV News – Banned practice of foot binding blighting China’s oldest women | ITV News. https://www.youtube.com/watch?v=NuuIoJGPjBA&t=17s

Prof Hill Gates writings on Foot Binding – https://stanfordpress.typepad.com/blog/2017/03/the-hand-work-of-the-footbound-.html

Foot-binding in Neo-Confucian China and the Appropriation of Female Labor https://pdfs.semanticscholar.org/bed0/2d70344804f0ed91996b604390fedb7daf3e.pdf

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.