Foie Gras: Makanan Paling Kontroversi Di Atas Muka Bumi

2,430

Foie Gras merupakan sebuah hidangan makanan mewah dari hati itik ataupun angsa yang telah digemukkan secara paksa. Foie Gras merupakan istilah perancis yang bermaksud (hati berlemak). Foie Gras mungkin tidak terkenal di Malaysia, namun ia meupakan hidangan makanan mewah yang terkenal di dunia.

Satu hidangan 500gram foie gras berharga sekitar 50 dolar. Foie Gas kebanyakkannya dihasilkan di Perancis dan dihidangkan di dalam mousse ataupun sebagai parfait. Foie Gras sangat istimewa kerana ia mempunyai tekstur lemak manis berkrim yang berbeza dengan hidangan hati tradisional. Berdasarkan undang-undang Perancis, Foie Gras dikategorikan sebagai budaya makanan warisan Perancis yang dilindungi. Perancis menghasilkan lebih daripada 20 000 tan foie gras pada setiap tahun.

Pada mulanya foie gras terhasil berdasarkan diet itik itu sendiri. Sebelum bermigrasi haiwan akuatik seperti itik dan angsa akan makan dalam jumlah yang banyak, yang berfungsi sebagai tangki simpanan kalori untuk perjalanan mereka yang panjang. Sejak daripada itu, manusia telah menternak mereka dan memberi makan dalam jumlah yang banyak untuk menghasilkan Foie Gras.

Amalan ini boleh dijejak seawal 2500 sebelum masihi dimana masyarakat Mesir Purba telah menemui cara untuk menggemukkan itik dan angsa ini melalui memberi makan secara berlebihan. Itik sering digunakan untuk menghasilkan foie gras berbanding angsa kerana mempunyai jangka hayat yang pendek. Itik yang diternak untuk menghasilkan Foie Gras adalah dari spesis Moulards yang merupakan kacukan antara itik Pekin dan Muscovy.

Kek3j4m4n demi sebuah hidangan

Foie gras merupakan makanan yang sangat kontroversi kerana merupakan satu j3nayah terhadap haiwan. Secara teknikalnya foie gras merupakan itik yang mengalami penyakit hati membengkak. Foie Gras merupakan satu kek3j4m4n terhadap haiwan kerana ianya dihasilkan dengan memberi makan berlebihan secara paksa kepada itik atau angsa untuk menggemukkan hati mereka.

Mereka akan menghabiskan 4 minggu pertama mereka makan dan membesar di dalam ruang separa gelap. Untuk 4 minggu seterusnya mereka akan dikurung di dalam sangkar dan diberi diet yang tinggi dengan protein dan juga kanji yang dirumuskan untuk menggalakkan pertumbuhan yang cepat. Pemberian makan secara paksa bermula ketika mereka berumur 8 ke 10 minggu.

Sebanyak 2 kilogram dedak akan diberi secara paksa melalui tiub besi. Mereka akan diberi makan sebanyak 3 kali sehari. Menurut Washington Post, tiub besi itu akan dimasukkan sedalam 5 inci kedalam kerongkong mereka. Apabila itik dan angsa ini diberi makan secara paksa, secara tidak langsung mereka akan mendapat penyakit.  Hati itik dan angsa ini akan membesar sehingga 10 kali ganda. Hati mereka akan membengkak secara mendadak sehingga purata saiz sebesar bola sepak. Mereka juga megalami kesukaran bernafas dan pendarahan dalaman kerana penggunaan tiub besi.

Banyak organ dalaman mereka mengalami kerosakan kerana diberi makan secara berlebihan seperti kegagalan buah pinggang, masalah peredaran darah, masalah pernafasan serta pendarahan dalaman yang menyebabkan jangkitan kuman. Jangka hayat mereka akan berkurangan sebanyak 20 kali ganda daripada itik yang diternak secara biasa.

Itik yang dis3mb3lih untuk menghasilkan foie gras berumur hanya beberapa bulan, namun sebanyak 20 peratus yang m4ti akibat masalah kesihatan sebelum dapat dis3mb3lih. Pemberian makan berlebihan secara paksa sangat memberikan tekanan kepada itik dan angsa dimana mereka akan menunjukkan reaksi takut ketika diberi makan.

Apabila itik ini cuba melarikan diri, penternak akan meregut leher itik ini untuk diberi makan menyebabkan mereka tercekik dan terberak. Penggunaan paip besi juga turut mencederakan kerongkong mereka.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh PETA di sebuah ladang penternakan, mereka mendapati seekor itik yang luka di lehernya dikerumuni oleh ulat. Luka itu sangat dalam sehingga air dilihat mengalir keluar ketika itik itu minum. Pekerja yang bekerja di ladang ternak ini dikehendaki memberi makan 500 ekor itik tiga kali sehari menyebabkan mereka melayan itik ini dengan sangat t3ruk. Itik yang cedera dan sakit akan dibiarkan ters3ks4 tanpa sebarang rawatan.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Seorang doktor haiwan yang mengiringi polis ketika serbuan berkata banyak itik tidak dapat berjalan dengan betul kerana sangat lemah. Ada yang dilihat bergerak dengan cara mengesot. Banyak itik yang m4ti akibat kerosakan organ dan komplikasi yang lain. Walaupun begitu, pekerja yang mengelak membvnuh kurang daripada 50 itik sebulan akan diberikan bonus.

Para penyiasat dari aktivis haiwan juga telah merekodkan di tempat penternakan foie gras, itik dan angsa yang diternak akan dikurung di dalam sangkar bersaiz kotak kasut yang menghalang pergerakan mereka. Mereka tidak boleh memusingkan kepala atau mengibaskan sayap mereka. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan untuk berenang di dalam air, dimana air sangat penting kepada hidupan akuatik seperti itik dan angsa. Banyak video di Youtube yang merekodkan bagaimana keadaan haiwan ini yang dilayan dengan sangat teruk dan zalim.

Foie Gras telah diharamkan di beberapa buah negara kerana kek3j4m4n dan kezaliman terhadap haiwan. Negara pertama yang mengharamkan import Foie Gras adalah India pada bulan Julai 2014. Negara lain yang turut mengharamkan adalah Australia, Argentina dan negara haram Israel.

Di Amerika Syarikat, sebanyak 72 peratus Foie Gras yang diimport datang daripada Kanada. Walaupun begitu, undang-undang di Amerika adalah berbeza bagi setiap negeri, Misalnya, di California, penghasilan dan penjualan adalah dilarang sama sekali. Negara di Eropah juga turut menunjukkan solidariti mereka dengan mengharamkan Foie Gras seperti Republik Czech, Denmark, Finland, Jerman, Itali, Turkey dan UK.

Kesimpulannya, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan keinginan mereka. Demi sebuah hidangan mewah, itik-itik ini terpaksa hidup seperti di dalam n3r4k4. Mereka dis3ks4 dengan cara yang sangat tidak berperikemanusian. Ramai aktivis haiwan menyatakan kekesalan mereka terhadap penyediaan foie gras ini.

Walaupun foie gras telah diharamkan oleh banyak negara, namun kek3j4m4n terhadap itik dan angsa ini tetap berterusan kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada manusia yang tidak berhati perut. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan itik dan angsa yang diternak dan terseksanya hidup mereka ketika berada dalam kurungan semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah manusia demi sebuah hidangan mewah.

RUJUKAN:

PETA. Foie Gras: Cruelty to Ducks and Geese. https://www.peta.org/issues/animals-used-for-food/factory-farming/ducks-geese/foie-gras/

PETA. The Pain Behind Foie Gras. https://www.peta.org/issues/animals-used-for-food/animals-used-food-factsheets/pain-behind-foie-gras/

Ingrid Newkirk. Huffpost. (2017). 5 Big Fat Lies About Fatty Liver (Foie Gras). https://www.huffpost.com/entry/5-big-fat-lies-about-fatt_b_6482104

Lauren Windle. The Sun. (2016). CHEWING THE FAT What is foie gras, why is it controversial and where is it banned?. https://www.thesun.co.uk/living/2458381/what-is-foie-gras-controversial-where-banned/

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.