Perang Dunia Kedua banyak menyaksikan perubahan yang amat drastik dalam pencapaian manusia. Ya, tidak dinafikan bahawa peperangan antara faktor pemercepat (booster) ketamadunan manusia terutamanya dari segi teknologi dan cara manusia mempertahankan hidup.

Bermula sekitar 1940-an, telah muncul bangunan atau menara-menara agam di sekitar wilayah yang dikuasai Nazi Jerman. Rekabentuk dan konsep ‘senibina totalitarian’ yang mempengaruhinya memberikan rasa aneh seakan-akan Jerman berada dalam garismasa yang amat berlainan ketika itu. Ia adalah menara Flak atau Flak Tower (Flaktürme).

Secara ringkasnya, setiap menara Flak ini akan menempatkan meriam Flak – sejenis meriam antipesawat yang besar. Meriam Flak ini juga memiliki rekabentuk yang maju dan agak ke hadapan di zamannya. Selain menempatkan meriam Flak, menara-menara ini juga berfungsi sebagai kubu perlindungan untuk penduduk ketika serangan udara terjadi. Sebab itu ia dibina amat kukuh dan berdinding tebal. Pernah lihat Bangunan Sultan Ibrahim?

Meriam-meriam Flak ini dibina oleh syarikat-syarikat Jerman sendiri seperti Krupp dan Rheinmetall (sila rujuk artikel “Panzerkampfwagen” dan “Samokhodnaya Ustanovka”). Jika kita perasan, betapa orang Jerman membangunkan sistem pertahanan mereka sendiri dengan hasil dayacipta dan keringat mereka sendiri. Hubungan industri-ketenteraan-kerajaan adalah konsep yang amat penting dalam strategi pertahanan malah Amerika sendiri amat maju dalam mengamalkan konsep ini bagi membangunkan sistem pertahanan negaranya.

‘Scrap thing’ dari teknologi yang dibina secara pantas begini dalam peperangan akan dikitarsemula dan diaplikasikan dalam produk-produk komersil di kemudian hari.

Trivia, dalam permainan Command & Conquer: Red Alert 2 (2000) yang dibangunkan oleh Westwood Pacific telah menampilkan item ‘Flak Cannon’ yang merupakan salah satu aset pada kolum pertahanan di pihak yang berasaskan teknologi Soviet.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Leave A Reply