Waktu aku darjah 6 dulu, aku ada cita-cita nak jadi ahli fizik nuklear. Bila dan menganjak remaja, aku tukar nak jadi ahli kuantum fizik. Tapi bila aku masuk tingkatan 4, aku tukar cita cita nak jadi ahli genetik. Kenapa tukar?

Sebabnya senang je. Aku dan matematik memang tak boleh ngam. Matematik moden boleh masuk lagi, tapi kalau matematik tambahan tu memang aku dah boleh pergi ke rahmatullahlah. Hancur. Barai. Nak lagi seronok, aku ni jenis careless, dan sekali kau careless dalam pengiraan matematik tambahan, alamatnya memang tak lama lah hidup anda Hancur terus semua formulasi dan pengiraan. Sekarang, bayangkan kalau aku yang careless dan tak ngam dengan kalkulus semua ni nak ambil fizik kuantum. Mahu tak hancur kajian aku. Jadi, aku ambil biologi.

Biologi ni seronok. Dia macam anda belajar sejarah. Ada jalan cerita, ada penamat, dan semuanya berkait. Mungkin sebab tu lah kot sejarah dan biologi aku waktu zaman tingkatan 4 dan 5, tak pernah kurang daripada A-. Hal yang ni jugalah menyebabkan aku dapat nickname ‘Ammardotus’ (Ammar-Herodotus) dan Prof . Prof tu dah memang jelas, tapi Ammardotus tu nanti nantilah aku cerita macam mana dapat nama dengan lebih mendalam.

Bila aku masuk universiti, subjek biologi yang aku kenal ni dah jadi makin kompleks, lagi-lagi lepas aku ambil subjek Biochemistry. Serius aku cakap, waktu kelas yang pertama, tiba-tiba je Dr. ajar pasal struktur kimia DNA. Semua orang kena kejutan budaya. Dia macam tiba-tiba anda diajar subjek tahun 3 macam tu padahal anda baru pelajar tahun pertama.

Anda nampak tak gambar bawah ni? Itu adalah struktur polimer gula yakni kanji, lemak dan selulosa (sayur). Kenapa kanji dan lemak kita boleh hadam, tapi selulosa tak boleh? Perasan tak petak atas heksagon tu? itu ialah kumpulan organik. Kena ingat, setiap partikel ni ada bawa cas masing-masing. Disebabkan dalam kanji dan glycogen punya kumpulan organik semua sama posisi, maka ada tolakan cas di situ. Benda ni buat bulatan yang sambung heksagon-dengan heksagon tu tak kuat dan tak stabil. Bulatan penyambung ni nama dia glycosidic linkage.

 

Berlainan dengan kanji dan glycogen, selulosa punya kumpulan organik ni disusun berlawan arah. Jadi, tolakan cas di situ kurang. Akibatnya, glycosidic linkage antara heksagon ni kuat dan stabil. Sebab tu lah kita tak boleh hadam selulosa, sebab enzim kita tak cukup kuat untuk lemahkan glycosidic linkage. Kanji, pada masa yang sama, sudah boleh dipecahkan enzim pada saat dia dah masuk mulut kita. Nak cerita betapa tak kuatnya susunan molekul kanji ni.

Ini baru contoh pertama. Aku tak cerita lagi tentang genetik dan kromosom. Antara sebab kenapa saintis susah nak cari gen dalam kromosom mana yang kawal kita punya sifat ialah kebanyakan daripada kromosom ni berkait antara satu sama lain. Kita panggil benda ni sebagai ‘masking effect’. Sebagai contoh, kita ada gen yang boleh buat kita jadi tinggi melalui kawalan pertumbuhan tulang. Namun, kita tetap pendek sebab ada gen kita yang mengawal takat pengeluaran hormon testosteron supaya tak keluar banyak. Kiranya, gen hormon ni cancel out gen tulang panjang gitu.

Ramai orang anggap dalam subjek utama STEM, fizik kuantum ni yang tersusah sebab ia berkenaan partikel atom yang sangat payah nak dilihat dan dieksperimen. Kalau ikut pendapat aku, fizik dan biologi ni sama sahaja susah, cuma bezanya biologi ni melibatkan perkara yang besar dan banyak; ia menyebabkan benda yang kita nak lihat terlindung dengan benda lain. Fizik kuantum tentang perkara mikro, biologi molekular tentang perkara makro. Kalau anda perasan, semua benda yang aku sembangkan tentang kanji tu sebenarnya dah masuk fizik kuantum dah pun. Cas partikel. Jadi, hierarki sains ialah fizik>kimia>biologi. Matematik? Itu bahasa yang menghubungkan ketiga-tiga cabang sains berkenaan.

Ini juga membawa kepada rumusan yang menakutkan. Setiap benda yang kita lakukan, benda baik, benda jahat, dan juga segala macam sial yang ada di dunia ni, hanyalah produk reaksi kimia kuantum partikel di dalam objek biologi bersistem (organisma). Kita ni manusia ataupun robot bio yang dikawal bahan kimia?

Ah, sudah! Ini namanya krisis eksistensial!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

1 Comment

Reply To Ahmad Rifdi Cancel Reply