Legenda kapal hantu sangat popular, terutamanya kapal hantu ‘Flying Dutchman’. Kalau kau orang baca di wikipedia, banyak senarai legenda kapal hantu dalam kisah-kisah masyarakat.

Selain Flying Dutchman, Mary Celeste juga antara kapal hantu yang cukup popular. Tak tahulah kapal macam Black Pearl itu benar-benar wujud ataupun tak. Haha

Betul ke kapal-kapal hantu ini wujud?

Pada tahun 1872, kapal Mary Celeste didapati sedang berlayar di lautan Atlantik tanpa seorang pun manusia di atas kapal tersebut yang mengemudinya. Mary Celeste juga dipenuhi air dan sampan-sampan penyelamat pun tiada. Barang-barang dalam kargo yang ditemui mempunyai unsur-unsur yang misteri yang menyebabkan Mary Celeste dikatakan berhantu.

Elemen utama kapal hantu ini adalah ia bergerak dan mengemudi sendiri tanpa manusia yang mengemudinya.

Baiklah, selamat tinggal era-era mistik. Sains telah mengambil alih tugas anda. Sebenarnya selama ini, dalang kejadian tersebut adalah konsep keapungan (buoyancy) dan dinamik bendalir (fluid dynamics).

Keapungan adalah berasaskan Prinsip Archimedes yang dikatakan prinsip ini ditemui oleh Archimedes sewaktu mandi. Semasa dia tengah mandi, dia memikirkan bagaimana mahu selesaikan masalah yang diberikan oleh Hiero II berkenaan mahkota emas.

Sewaktu kita tenggelamkan objek di dalam bekas air penuh, akan terdapat limpahan air. Archimedes menyatakan, berat limpahan air tersebut sama dengan kekuatan daya keapungan. Limpahan air ini juga kita boleh panggil sebagai gantian air atau air yang digantikan oleh objek.

Objek-objek dapat terapung di atas air kerana daya keapungan dikenakan lebih besar berbanding daripada daya graviti, selain faktor ketumpatan.

Objek seperti kapal yang diperbuat daripada besi sepatutnya tenggelam kerana ketumpatan besi lebih tinggi daripada air. Ia dapat terapung kerana binaan kapal besi tersebut dapat menggantikan isipadu air yang lebih berat daripada berat kapal itu sendiri.

Lantas, menjadikan daya keapungan kapal lebih tinggi daripada berat kapal. Jadi, ia dapat terapung dan tak dapat tenggelam.

Biasanya kapal tenggelam sewaktu berlayar apabila berlaku kebocoran di bahagian badan kapal (hull). Apabila bocor, ia akan dimasuki air. Bila dimasuki air, kapal akan jadi lebih berat daripada daya keapungannya. Jadi, ia akan tenggelam.

Sewaktu Mary Celeste mulai tenggelam sebab kebocoran, krew-krew mula meninggalkan kapal tersebut. Tetapi Mary Celeste tak tenggelam sepenuhnya kerana air yang memenuhi Mary Celeste tidak cukup berat untuk menenggelamkannya.

Peristiwa bagaimana sesetengah orang boleh nampak semula kapal-kapal yang dah tenggelam selama beratus tahun ini dapat dijelaskan oleh dinamik bendalir. Dinamik bermaksud pergerakan. Bendalir adalah air atau gas. Dalam kes ini air.

Air laut mempunyai arusnya yang tersendiri, bergantung pada beberapa faktor seperti suhu cuaca, putaran Bumi, kekuatan angin dan kemasinan air laut itu sendiri. Ini sebab mengapa kapal seperti Flying Dutchman dan Mary Celeste masih berlegar-legar di lautan dan sering dilihat beberapa kali oleh sesetengah orang.

Kapal-kapal ‘hantu’ ini digunakan oleh saintis untuk mengkaji arus air laut, mengkaji arus selat dan pelbagai lagi berkenaan dinamik bendalir.

Dikatakan juga, kisah berkenaan Archimedes menemui konsep keapungan melalui kisah mahkota emas, tidak benar. Kononya, Archimedes ditugaskan oleh Hiero II untuk membina sebuah kapal yang cukup besar yang mampu meletakkan istana di atasnya. Tetapi tak pasti sekiranya kapal ini dapat dibina ataupun sekadar legenda.

Selamat tinggal era-era mistik. Maafkan kami, hantu kerana selalu menuduh kalian buat kerja tak berfaedah ini. Huhu

Sumber: TED-Ed


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.