Fizik Disebalik B0m Atom Yang Jatuh Di Atas Hiroshima Dan Nagasaki

4,625

L3tupan b0m atom di Hiroshima dan Nagasaki telah membvnuh sekitar 129,000–226,000 orang. Kebanyakannya dalam kalangan orang awam. Apakah fizik di sebalik kekuatan b0m nuklear ini?

Objek terdiri daripada ketulan-ketulan atom. Atom pula terdiri daripada zarah-zarah. Zarah-zarah ini termasuklah elektron, proton dan neutron. Proton dan nuetron duduk dalam nukleus. Elektron pula bergerak mengelilingi nukleus tersebut.

Nukleus dalam atom mengandungi sejenis tenaga nuklear kuat — salah satu daya teras alam. Tenaga nuklear ini cukup kuat untuk mengikat proton² dan neutron² dalam satu biji nukleus. Kalau ikutkan proton² akan menolak antara satu sama lain kerana mereka mempunyai caj yang sama.

Ideanya ialah kuasa nuklear dapat dicapai dengan memecahkan ikatan daya nuklear kuat ini. Proses ini dipanggil sebagai pembelahan nuklear (nuclear fission). Satu lagi proses untuk dapat kuasa nuklear iaitu proses pelakuran nuklear (nuclear fussion) — gabungkan semula ikatan tadi.

Jadi, b0m nuklear dapat dilakukan melalui dua tindak balas nuklear tadi. Tetapi, b0m yang meletupkan Hiroshima dan Nagasaki iaitu Litte Boy dan Fat Man melalui proses pembelahan nuklear untuk menghasilkan tenaga nuklear yang kuat.

Walaupun kesemua unsur (element) mempunyai daya nuklear kuat, tidak kesemuanya sesuai untuk melalui proses tindak balas nuklear. Tubuh kita pun mempunyai daya nuklear kuat, tetapi tubuh kita tidak sesuai untuk menghasilkan tenaga nuklear.

Proses pembelahan nuklear dapat dilakukan dengan menembak nukleus (gabungan neutron & proton) sehingga ikatan nukleus hancur & menghasilkan tenaga yang amat kuat. Biasanya neutron digunakan sebagai peluru kerana neutron tidak bercas, jadi mudah untuk masuk ke dalam nukleus.

Sebagai contoh, Uranium-235 adalah unsur yang biasa digunakan dalam pembelahan nuklear & unsur inilah yang digunakan untuk meletupkan Hiroshima. Apabila neutron menembak Uranium-235, tenaga nuklear terhasil. Disamping itu, neutron baru juga terhasil yang menembak Uranium-235 lain

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Maka, terjadilah tindak balas berantai yang menyebabkan banyak tenaga nuklear terhasil. Uranium-235 antara bahan sesuai kerana ia dapat menghasilkan lebih banyak neutron selepas ditembak oleh 1 neutron. Mudah didapati & separuh jangka hayatnya (half-life) panjang.

L3tupan b0m atom tidak terhasil daripada 1 atom uranium-235, tetapi beberapa kilogram. Dalam Little Man mengandungi 64 Kg uranium-235, tapi kurang daripada 1 Kg yang melalui proses pembelahan nuklear. Anda bayangkan kalau 64 Kg yang melaluinya, silap² satu Jepun meletup.

Selain pembelahan nukelar, pelakuran nuklear juga boleh menghasilkan tenaga nuklear yang kuat. Terbalik dengan proses pembelahan nuklear, pelakuran nuklear adalah proses menggabungkan beberapa unsur dan menghasilkan unsur lain termasuklah tenaga nuklear.

Matahari adalah contoh relau gergasi yang melalui proses pelakuran nuklear. Kalau ada orang tanya kenapa matahari terbakar kalau oksigen tak ada di angkas, jawabnya matahari tak melalui proses pembakaran (combustion), tetapi pelakuran nuklear. Jadi, tak memerlukan oksigen.

Matahari adalah contoh relau gergasi yang melalui proses pelakuran nuklear. Kalau ada orang tanya kenapa matahari terbakar kalau oksigen tak ada di angkas, jawabnya matahari tak melalui proses pembakaran (combustion), tetapi pelakuran nuklear. Jadi, tak memerlukan oksigen.

Gambar ini menunjukkan b0m hidrogen yang berasaskan pelakuran nuklear yang diletupkan di Christmas Island (kiri) dan Bikini Atoll (kanan).

Bikini Atoll telah menjadi inspirasi pulau Bikini Bottom dalam cerita SpongeBob Squarepants.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.