Firaun Cleopatra atau Cleopatra VII Philopator adalah firaun
terakhir yang memerintah Mesir di fasa Dinasti Ptolemaic. Baginda mempunyai
darah keturunan dari Ptolemy I Soter, jeneral tentera berdarah Yunani Macedonia
yang sentiasa menjadi peneman Alexander the Great ketika perluasan empayar,
kemudian mengasaskan Dinasti Ptolemaic sebagai pemula kepada Zaman Hellenistik
selepas kemangkatan Alexander.
KEHIDUPAN AWAL KE
PERLANTIKAN MENJADI FIRAUN
Cleopatra VII lahir pada 69 SM, puteri kedua dari enam adik
beradik hasil perkahwinan ayahandanya, Firaun Ptolemy XII dan ibunda yang masih
kabur identitinya. Berkemungkinan besar ibunda Cleopatra adalah Cleopatra VI
Tryphaena, juga dikenali sebagai Cleopatra V Tryphaena. Semasa remaja,
Cleopatra mempelajari seni dan falsafah Yunani di institusi Musaeum dan
Perpustakaan Alexandria.
Firaun berketurunan Ptolemy diberi takhta oleh organisasi
paderi bernama High Priest of Ptah yang mana tradisi kenaikan takhta mempunyai
campuran budaya antara Mesir dan Yunani Macedonia. Dinasti Ptolemy menubuhkan
sistem beraja Hellenistik dan menggunakan bahasa Yunani dalam urusan kerajaan.
Walaupun para firaun Ptolemy memerintah Mesir, mereka tidak ingin mempelajari
bahasa Mesir Purba yang sekian lama menjadi simbolik ketamadunan orang Piramid
ini. Berlainan dengan Cleopatra di zaman remaja, baginda mempelajari bahasa
Mesir Purba, menjadikan baginda sebagai firaun Ptolemy pertama mempelajari
lebih satu bahasa. Baginda juga mahir berbahasa Ethiopia, Hebrew, Arab, dialek
Syriac, Media, Parthia, dan Latin.
Portrait Cleopatra dari Herculaneum, Itali pada abad pertama Masihi.
Tahun 58 SM, Cleopatra pernah menemani ayahandanya ketika
pengusiran ke Rom setelah berlaku pemberontakan yang membenarkan Berenice VI,
kakak sulung Cleopatra menaiki tahkta. Pada 55 SM, firaun Ptolemy XII dapat
mengembalikan takhtanya dengan bantuan ketenteraan dari Rom yang diketuai oleh
jeneral Aulus Gabinius dengan menggulingkan pemerintahan anak
sulungnya.
Pada 51 SM, Cleopatra dilantik menjadi firaun selepas
kemangkatan ayahandanya. Di fasa awal pemerintahannya, Cleopatra mengalami
banyak dugaan yang menimpa seperti kebuluran akibat kemarau berpanjangan dan
hasil pertanian yang tidak berhasil akibat ketidak-kawalan terhadap paras air
Sungai Nil. Baginda juga terpaksa menghadapi karenah para askar Gabiniani,
iaitu sebilangan askar Rom yang diperintah oleh jeneral Gabinius, bertugas
menjaga ayahanda Cleopatra atas sebab perlindungan setelah firaun Ptolemy XII
mendapat takhtanya dari tangan pengkhianat. Tambahan lagi, Cleopatra harus
melangsaikan hutang ayahandanya kepada Rom sebanyak 17.5 juta drachmas.
P3RANG SIVIL
Kerajaan Ptolemy pada Fasa Yunani Hellenistik.
Pada 29 Ogos 51 SM, Cleopatra menjadi pemerintah tunggal mengikut rekod penulisan bersama bukti bahawa baginda tidak mengiktiraf adik lelakinya, Ptolemy XIII sebagai pemangku serta menolak perkahwinan sesama mereka. Perkahwinan sesama adik-beradik adalah tradisi yang diamalkan sejak pemerintahan Firaun Ptolemy II, di mana baginda berkahwin dengan kakaknya, Arsinoe II. Ptolemy yang tidak berpuas hati dengan tindakan Cleopatra itu membina pengaruhnya dengan mengajak Potheinos, seorang sida, penasihat dan pengurus harta; komander p3rang iaitu Achillas, dan gurunya Theodotus of Chios bersatu menentang Cleopatra.
Pada 49 SM, Ptolemy XIII memulakan perlantikkan dirinya sebagai pemerintah dan berp3rang dengan Cleopatra di kota Alexandria. Di akhir pep3rangan, Cleopatra terpaksa berundur ke Thebes atas kekalahannya menentang adik sendiri. Pada musim luruh 48 SM, Cleopatra pergi ke Syria, salah satu jajahan Rom bersama adik perempuannya, Arsinoe IV bagi mengumpul kekuatan tenteranya untuk menumbangkan Ptolemy XIII sekali lagi. Namun kempen pep3rangan ke Alexandria terhenti kerana terpaksa berhadapan dengan askar Gabiniani dan askar adiknya, memaksa Cleopatra membina kubu di timur delta Sungai Nil.
Di Greece, empayar Rom juga mengalami p3rang sivil terbesar iaitu P3rang Sivil Caesar dan P3rang Pharsalus adalah salah satu siri p3rang sivil tersebut melibatkan tentera kedua-dua jeneral p3rang berpengaruh, Julius Caesar dan Pompey pada 9 Ogos 48 SM. Tentera Pompey mengalami kekalahan teruk dan terpaksa berundur ke kota Tyre yang terletak di Lubnan. Kemudian Pompey memilih Mesir untuk memulihkan kekuatan tenteranya. Sebab? Pompey mempunyai hubungan erat dengan kerabat diraja Ptolemy. Penasihat Ptolemy XIII yang mengetahui misi Pompey itu melaporkannya menyatakan rasa tidak selesa akan kehadiran Pompey dan bala tenteranya.
Maka, misi membvnuh Pompey dilaksanakan dengan rancangan
jeneral Theodotus. Pada mulanya, surat jemputan dihantar kepada Pompey untuk
berlabuh di perlabuhan berdekatan kota Pelousion, seterusnya menyerang
gerombolan Pompey dan memancung kepalanya. Dengan kepala Pompey yang dip4ncung,
Ptolemy XIII dapat menunjukkan kuasanya dengan menyerahkan kepala tersebut
kepada Caesar. Tindakan Ptolemy XIII mengundang kemarahan Caesar dan memaksa
Ptolemy dan Cleopatra untuk berdamai di hadapan Caesar di istana kerajaan
dinasti Ptolemy.
CLEOPATRA BERSAMA
JULIUS CAESAR
Portrait Cleopatra and Caesar (1866) oleh Jean-Léon Gérôme
Cleopatra cuba menghantar utusan sebagai wakilnya dalam pertemuan
damai itu namun apabila mendengar khabar bahawa Caesar lebih selesa berurusan
dengan kerabat diraja wanita, Cleopatra datang bersemuka dengannya sendirian. Menurut
sejarahwan Rom bernama Cassius Dio melalui penulisan rekodnya, Cleopatra tidak
memaklumkan kehadiran dalam pertemuan itu, sebaliknya menyeludup masuk ke
istana dengan memasuki gulungan tilam, bertemu Caesar berdua-duaan dengan
memakai pakaian menjolok mata dan menggoda dengan kebijaksanaannya.
Ptolemy XIII menyedari akan tindakan kotor Cleopatra mula menghasut penduduk Alexandira untuk memberontak. Caesar mengesan tindakan gila Ptolemy itu telah menangkapnya dan menenangkan orang ramai dengan kepetahan pidatonya. Pada akhir pertemuan ini, Cleopatra menang dengan kelayakannya sebagai pemerintah Mesir melalui wasiat ayahandanya. Ptolemy XIII tidak berpuas hati lagi dan memintak pertolongan adiknya yang memerintah kerajaan Cyprus, Arsinoe IV membawa pasukan tentera seramai 20,000 orang menawan Alexandria. Caesar dan Cleopatra yang tidak dapat melawan Ptolemy XIII terp3rangkap dalam istana seperti banduan sehinggalah 47 SM.
Antara bulan Januari dan Mac 47 SM, bantuan ketenteraan Rom
tiba ke Alexandria kemudian memaksa Ptolemy XIII dan Arsinoe IV berundur ke
Sungai Nile. Ptolemy XIII lemas dalam percubaan melarikan diri menggunakan bot
manakala Arsinoe IV ditangkap kemudian dibawa ke ibu kota Rom, kemudian
mendapat hukuman buangan ke kuil Artemis yang bertempat di Ephesus.
Walaupun Caesar berjaya menghapuskan kebangkitan
pemberontakan Ptolemy XIII, namun status Caesar sebagai ahli konsul telah tamat
pada akhir 47 SM. Pegawainya iaitu Antony berjaya membantu Caesar mendapat
lantikan sebagai Dictator, nama bagi ahli majistret republic Rom dan mendapat
kuasa bagi menyelesaikan konflik di Mesir. Bagi memastikan Cleopatra tidak
keterlaluan dalam memerintah seperti apa yang kakaknya lakukan, Caesar melantik
adik lelaki Cleopatra iaitu Ptolemy XIV sebagai pemerintah kedua melalui
perkahwinan sesama adik-beradik. Perkahwinan ini hanya sebagai langkah
politikal dan tiada hubungan cinta antara Cleopatra dan adiknya. Yang benar
ialah Caesar dan Cleopatra menjalin hubungan cinta secara sulit. Pernah Caesar
mengikuti rombongan Cleopatra berlayar di Sungai Nil bagi melihat
monumen-monumen Mesir Purba kerana Caesar ingin mengetahui lebih lanjut tentang
sungai ini. Tetapi sejarahwan bersepakat bahawa rombongan ini hanya pertemuan
romantik Caesar dan Cleopatra, tidak lebih dari itu.
Hasil dari hubungan sulit mereka berdua, lahirnya anak
lelaki bernama Caesarion atau ‘Firaun Caesar’ pada 23 Jun 47 SM. Caesar tidak
ingin anak hasil dari ratu Mesir diketahui sesiapa terutamanya isteri ketiganya
iaitu Calpurnia namun berlainan dengan Cleopatra, berkali-kali mengumumkan
kelahiran Ceasarion di khalayak ramai. Lebih memeranjatkan, Cleopatra bersama
Ptolemy XIV, membawa Caesarion pergi melawat di Rom bagi bertemu dengan Caesar.
Selepas lawatan itu, Caesar didapati dibvnuh pada 15 Mac 44 SM oleh ahli
konspirasi yang dirancang dari ahli senat yang khuatir akan kekuasaan Caesar
yang bakal melahirkan pemerintahan diktator. Beberapa bulan kemudian, Ptolemy
XIV m4ti diracun oleh Cleopatra dan mengangkat Caesarion yang berumur 3 tahun
menggantikan tempat adiknya.
CLEOPATRA DAN P3RANG SIVIL LIBERATORS’
Akibat dari pembvnuhan Caesar, p3rang sivil ini berlaku pada 42 SM bagi membela atas kemangkatan Caesar oleh persekutuan Second Triumvirate dengan para pembvnuh Caesar. Kedua-dua pihak iaitu Gaius Cassius Longinus, salah satu pembvnuh Caesar dan Publius Cornelius Dollabella, wakil konsul di Syria dan pegawai setia Caesar menulis surat permohonan bantuan ketenteraan kepada Cleopatra. Sudah semestinya Cleopatra berpihak kepada pembela Caesar, maka Cleopatra secara sopan menolak permintaan Cassius dengan alasan kerajaan sendiri juga mengalami konflik dalaman padahal baginda secara senyap menghantar 4 gerombolan tentera legion yang Caesar tinggalkan kepada Cornelius.
Di akhir pep3rangan, iaitu musim 42 SM, pembela Caesar memenangi pep3rangan dalam P3rang Kota Philippi dan membawa kepada pembvnuhan Cassius dan seorang lagi pembvnuh Caesar, Marcus Junius Brutus. Pada musim panas 41 SM, setelah Second Triumvirate menguasai seluruh empayar Rom, salah satu ahli persekutuan iaitu Marcus Antonius atau Antony menubuhkan ibu pejabat Tarsos di Anatolia dan mengajak Cleopatra untuk bertemu dengannya melalui persuratan.
Pada mulanya Cleopatra menolak ajakan Antony namun setelah dipujuk
oleh utusan Antony iaitu Quintus Dellius, baginda pergi ke Tarsos dengan kapal
mewahnya. Pertemuan ini memberi peluang kepada Cleopatra untuk menerangkan
salah sangka bahawa baginda memihak kepada para pembvnuh Caesar, setelah
berkali-kali bantuannya tiba lambat berjuang bersama tentera pembela. Namun
yang sebenarnya, Antony telah lama berkenan dengan Cleopatra dan ingin memulakan
hubungan cinta mereka walaupun dia sendiri mempunyai isteri ketiga bernama
Fulvia yang turut berjuang dalam politik Rom.
CLEOPATRA BERSAMA
ANTONY
Portrait The Meeting of Antony and Cleopatra (1885) oleh Lawrence Alma-Tadema
Pada November 41 SM, Antony tiba di Alexandria atas jemputan
dari Cleopatra. Dia menaiki kapal mewah Cleopatra dan mendapat sambutan baik
dari penduduk Mesir kerana kehadirannya sama seperti Caesar, tidak membawa
rombongan tentera Rom seperti jeneral Rom lain lakukan. Cleopatra menerima
cinta Antony bukan kerana cinta semata. Antony seperti Caesar, ahli politik
yang berpengaruh. Dia adalah calon terbaik bagi Cleopatra untuk melahirkan
pewaris kuat seperti mana baginda berhubung sulit dengan Caesar.
Sepanjang bersama Antony, dia dapat merampas mana-mana tanah
bekas jajahan dinasti Plotemy seperti Cilicia dan Cyprus (masa itu milik Rom)
dan kembalikan kepada Cleopatra menggunakan kuasanya sebagai ahli sekutu
Triumvirate. Pada musim bunga 40 SM, Antony harus meninggalkan Mesir bagi
berhadapan konflik dalaman di jajahan Syria. Cleopatra membantu Antony bagi
memberi 200 buah kapal bagi memudahkan ekspedisi ke Syria. 3 tahun mereka
berdua berpisah namun Cleopatra tidak berputus hubungan dengan pasangannya.
Pada akhir 40 SM, Cleopatra melahirkan pasangan kembar
berlainan jantina, bernama Alexander Helios dan Cleopatra Selene II. Cleopatra
menamakan anaknya Helios (bermaksud matahari) dan Selene (bermaksud bulan) dari
nama dewa-dewi Yunai kerana baginda mengharapkan inilah petunjuk bahawa pada
masa akan dapat Antony berupaya menakluk empayar Parthia seperti Alexander The
Great lakukan dulu.
Setelah Fulvia meninggal dunia, Antony dipaksa membuktikan kepercayaannya kepada Octavian dengan mengahwinkan adik perempuan Octavian. Pada 37 SM, Antony bertemu dengan Cleopatra dan memohon untuk menampung perbelanjaan kempen pep3rangan Antony menentang Kerajaan Parthia. Sebagai balasan, dia bersetuju menyerahkan kawasan timur Mesir termasuklah Cyprus, Crete, Cyrenaica (Libya), Jericho dan sebahagian besar Syria dan Lubnan. Cleopatra bersetuju dan mereka tinggal bersama lagi sebagai kekasih, sehinggalah Cleopatra melahirkan anak lelaki kedua bernama Ptolemy Philadelphos pada 36 SM.
Walaupun memperoleh bantuan Cleopatra bagi melancarkan p3rang Antony, keputusannya kalah teruk di tangan Parthia. Antony memutuskan penceraian dengan adik perempuan Octavian dan rela pergi ke Mesir bagi bertemu Cleopatra kembali. Tahun 34 SM di mana Rom mengadakan sambutan “Donations of Alexandria”, Antomy mengumumkan bahawa Caesarion adalah anak Caesar dan layak memerintah Rom berbanding Octavian yang cuma berstatus anak angkat Caesar. Perkara ini mengundang kepada p3rang propaganda antara Antony dan Octavian, di mana bagi pihak Octavian, Antony telah dipengaruhi oleh Cleopatra demi menjadikan Mesir sebagai ibu kota Rom. Akhir tahun 32 SM, Senat melucutkan segala jawatan Antony dan Octavian mengisytiharkan pep3rangan kepada Cleopatra.
DI AKHIR KEHIDUPAN
CLEOPATRA
Portrait The D3ath of Cleopatra (1796 – 1797) oleh Jean-Baptiste Regnault
Pada 2 September 31 SM, bala tentera Octavian telah mengalahkan gabungan tentera pimpinan Antony dan Cleopatra dalam P3rang Actium. Kapal p3rang Cleopatra meninggalkan p3rang tersebut dan kembali ke Mesir. Antony ikut serta bersama beberapa buah kapal lain. Ketika Alexandira diserang oleh tentera Octavian pada 30 SM, Cleopatra terpaksa memalsukan kem4tiannya dan membawa berita ini kepada Antony. Setelah mendengar khabar tersebut, Antony membvnuh dirinya dalam kekalahannya dan tewas dalam mengekalkan kekuasaan Cleopatra.
Octavian memberi peluang kepada Cleopatra untuk tunduk
kepada Rom namun baginda berkeras dan mengurungkan dirinya di bilik tidur
bersama dua orang pembantunya. Dalam pengurungan, Cleopatra mendengar berita
bahawa dia dan keluarganya akan dibawa ke Rom. Dari situ Cleopatra mengambil
keputusan untuk membvnuh diri. Dikatakan, melalui Plutarch, Cleopatra
membenarkan dirinya digigit oleh jenis ular berbisa Asp yang berkait dengan
simbol keabadian. Mungkin atas dasar mengekalkan keabadian dirinya selamanya,
dia berbuat sedemikian. Octavian begitu marah namun dia harus menunaikan
permintaan terakhir Cleopatra iaitu kuburnya ditanam bersebelahan dengan
Antony.
Caesarion pula pergi ke Utara Mesir dan memerintah selama 18
hari, kemudian terpaksa menerima hukuman m4ti pada 29 Ogos 30 SM di Alexandira
kerana berhadapan dengan tuduhan palsu tentang perlantikan dirinya sebagai raja
yang dipersetujuan oleh Octavian. Dengan ketiadaan lagi pewaris keturunan
Ptolemy, Octavian mengistiharkan Mesir berada dalam jajahan daerah Rom. Maka
Octavian menjadi Maharaja Rom pertama dengan gelaran Augustus.
Cleopatra cuma berumur 39 tahun setelah kemangkatannya dan
telah memerintah Mesir selama 22 tahun. Cleopatra boleh dikatakan sebagai
wanita besi walaupun bersikap Machiavellianism kerana baginda mampu
mempertahankan kemerdekaan Mesir selagi
mana dia bergelar Firaun dan mempunyai tanggungjawab kepada rakyatnya, walaupun
terpaksa menggoda dua tokoh politik terkenal. Baginda juga mampu mempertahankan
sebuah tradisi Mesir Purba bernama ma’at – keseimbangan dan keharmonian –
selagi mana tradisi tersebut masih dipraktikan. Walaupun Cleopatra bukan
berdarah Mesir, namun baginda adalah simbolik kewanitaan yang mmepunyai
sumbangan terbesar dalam sejarah tamadun Mesir Purba.
Kini, legasi Cleopatra diabadikan dalam dunia dokumentasi sejarah Mesir Purba seperti National Geographic dan Ancient History. Tidak ketinggalan dunia perfileman juga menyiarkan kehidupan Cleopatra dalam politik ‘godaan’ dalam filem Cleopatra (1963) arahan Joseph L. Mankiewicz. Di Jepun, syarikat Design Works yang mereka mobile game Fate/Grand Order – video permainan mengenai P3rang Holy Grail, pep3rangan antara ahli sihir bersama penemannya berupa roh tokoh sejarah bernama Servant – menerapkan watak Cleopatra sebagai Servant dengan kelasnya sebagai Assassin.
Cleopatra dari mobile game Fate/Grand Order (FGO)
SUMBER:
Flamarion, Edith (1997). Cleopatra: The Life and
Death of a Pharaoh. “Abrams Discoveries”
series. Translated by Bonfante-Warren, Alexandra. Harry Abrams.
Fletcher, Joann (2008), Cleopatra
the Great: The Woman Behind the Legend, New York: Harper.
Johnson, Janet H. (1999), “Late and
Ptolemaic periods, overview”, in Bard, Kathryn A. (ed.), Encyclopedia
of the Archaeology of Ancient Egypt, London: Routledge, pp. 66–72.
Pina Polo, Francisco (2013), “The Great
Seducer: Cleopatra, Queen and Sex Symbol”, in
Knippschild, Silke; García Morcillo, Marta (eds.), Seduction and Power:
Antiquity in the Visual and Performing Arts, London: Bloomsbury Academic.
Volkmann, Hans (1958). Cleopatra: a Study in Politics
and Propaganda. T.J. Cadoux, trans. New York: Sagamore Press.




No comments yet