Berita kem4tian pemain lagenda bola keranjang Amerika Syarikat, Kobe Bryant telah mengejutkan peminat sukan dunia. Beliau terk0rban dalam kemalangan udara yang tr4gis bersama anak perempuan beliau, Gianna Bryant bersama tujuh individu yang lain. Pesawat dipercayai terhempas akibat cuaca buruk di Calabasas, Los Angeles.

Seluruh peminat bola keranjang dunia dan Amerika Syarikat terutama peminat Los Angeles Lakers pastinya bersedih atas kehilangan pemain NBA paling berharga (MVP) 2007-08 dan juara NBA sebanyak lima kali itu. Permainan bola keranjang merupakan antara sukan yang paling dekat di hati rakyat Amerika Syarikat selain American Football dan Hoki Ais.

ASAL USUL BOLA KERANJANG

Permainan bola keranjang dicipta oleh dicipta oleh Dr. James Naismith pada tahun 1891, yang merupakan seorang jurulatih pendidikan jasmani. Pada awalnya bakul atau gol dibuat daripada bakul buah-buahan yang dipasang pada ketinggian 3 meter dan hanya pada tahun 1906 ia diganti gelung besi diikuti dengan pengunaan papan di belakang keranjang bagi menampan lantunan bola. Bola keranjang mula dimainkan di Bandar Springfield, Massachusettes, Amerika Syarikat.

Jadi, tidak hairanlah bola keranjang amat dekat di hati rakyat Amerika Syarikat. Keterujaan rakyat Amerika terhadap liga professional Bola Keranjang atau NBA boleh disamakan bagaimana keterujaan rakyat England terhadap bola sepak melalui Liga Perdana Inggeris.

Dr.James Naismith

AMERIKA MENDOMINASI PINGAT EMAS OLIMPIK BOLA KERANJANG

Bola keranjang pertama kali dimainkan di Sukan Olimpik pada tahun 1936. Pasukan Amerika Syarikat menjuarai acara bola keranjang pada setiap Sukan Olimpik sejak 1936 sehingga rekod tersebut lebur pada Olimpik tahun 1972 di tangan pasukan Kesatuan Soviet atau USSR.

Ironinya, kekalahan tersebut berlaku ketika Amerika berdepan dengan Soviet di dalam era p3rang dingin ataupun p3rang ideologi antara komunis dan kapitalisme. Tambah perit, Soviet Union muncul juara keseluruhan kejohanan pada Olimpik 1972  dengan merangkul 50 emas di bumi Jerman Barat yang pro Amerika. Bilangan pingat Emas tersebut bertepatan dengan ulang tahun ke-50 penubuhan Kesatuaan Soviet Union.

PERLAWANAN PANAS DAN KOTROVERSI USSR VS USA OLIMPIK 1972

Olimpik 1972 berlangsung di Munich, Jerman Barat yang merupakan negara proksi Amerika Syarikat ketika p3rang dingin menghangatkan lagi perseteruan blok Barat vs Blok Timur di dalam perlawanan penentuan pingat Emas bola Keranjang di antara pasukan USSR dan pasukan Amerika Syarikat.  Sebelum itu, Olimpik 1972 turut terpalit kontroversi dengan pembvnuhan sebelas atlet Israel oleh kumpulan Black September di perkampungan sukan Munich. Ini menyebabkan kejohanan ditunda selama 34 jam sebelum dimulakan semula.

Tanggal 10 September menyaksikan pertemuan epik di antara USSR dan Amerika Syarikat di dalam penentuan pingat emas di dalam era p3rang dingin. Pemerhati sukan meramalkan pasukan USA akan terus medominasi pingat emas bola keranjang. Pada perlawanan tersebut pasukan Amerika Syarikat mengenakan jersi berwarna putih manakala pasukan USSR menyarung jersi berwarna merah melambangkan warna semangat pasukan masing-masing.

Tetapi rata-rata pemain Amerika Syarikat dibarisi oleh atlet kolej atau universiti manakala Soviet dibarisi pemain berpengalaman dan pemain professional. Berbanding pemain-pemain Soviet yang telah bermain bersama-sama lebih 400 perlawanan, pemain-pemain pasukan USA hanya pernah bermain bersama sebanyak 12 perlawanan. Tetapi apabila bercakap mengenai bola keranjang, ia pasti segalanya seakan milik Amerika Syarikat.

Badan Olimpik tidak membenarkan mana-mana pemain professional terlibat dalam acara bola keranjang untuk memberi ruang kepada pemain Amatur. Tetapi dikatakan Soviet memanipulasi peraturan itu dengan mendaftarkan pemain terbaik dan profesional mereka sebagai askar dan pekerja untuk diklasifikan sebagai pemain amatur. Pemain muda Amerika Syarikat seperti Doug Collins terpaksa berdepan dengan pemain bintang Soviet seperti Sergei Belov, Modestas Paulauskas dan  semestinya Alexander Belov.

Pada separuh masa pertama pasukan soviet mendominasi perlawanan dan mendahalui Amerika 26-21. Pada separuh masa kedua, pasukan Soviet cuba membuat provakasi terhadap Dwight Jones dan menyebakan beliau bersama pemain Soviet Mikheil Korkia diperintah keluar dari permainan. Dengan perlawanan hanya berbaki 40 saat  dalam permainan, Soviet hanya mendahalui Amerika Syarikat satu mata, 49-48.

Tetapi pemain AS terus menekan dan enggan menyerah kalah. Peluang keemasan Amerika Syarikat akhirnya datang pada tiga saat sebelum perlawanan berakhir setelah bola yang dibawa oleh Doug Collins dihalang oleh pemain Soviet setelah mendapat hantaran dari Tom Mcmillen yang sebelum itu berjaya menyekat percubaan dari bintang Soviet, Alexander Belov  membolehkan Amerika Syarikat diberikan lontaran percuma atau “free-throw”berbaki tiga saat perlawanan untuk ditamatkan.

Peluang ini digunakan sebaiknya oleh Doug Collins untuk menyempurnakan dua mata “free throw” bagi  melengkapkan kebangkitan bergaya Amerika Syarikat mendahalui Soviet dengan 50-49.  Sorakan 6,500 penyokong Amerika di Dewan Bola Keranjang Munich bergema bagi meraikan kejayaan Amerika mempertahankan emas dari dirampas Soviet. Pemain dan pengawai pasukan Amerika masuk ke gelanggang bagi meraikan kejayaan. Namun, ia tidak berakhir di situ.

Pasukan USA meraikan kemenangan

DETIK 3 SAAT

Ya, hanya 3 saat mengubah segala skrip perlawanan yang boleh disimpulkan agak kontroversi. Segalanya bermula apabila pasukan Soviet dikatakan cuba meminta “timeout” atau masa rehat ketika Doug Collins melakukan “freet-throw” sebagai salah satu strategi.

Amerika mendakwa walaupun hon dibunyikan sebagai tanda “timeout” telah diberikan ketika Collins sedang memulakan “free-throw” yang kedua, namun ia telah melepasi masa tiga saat perlawanan berbaki setelah Collins menyempurnakan “free-throw” yang kedua menandakan perlawanan telahpun tamat.

Soviet akhirnya diberikan “freet-throw” berbaki satu saat perlawanan. Tetapi nasib terus menyebelahi pasukan Soviet apabila Dr.William Jones, Setiausaha FIBA dari British mengarahkan masa 3 saat harus dimulakan kembali tanpa sebab yang jelas sekaligus mengudang kekecewaan pasukan dan penyokong Amerika Syarikat.

Permainan dimulakan semula, buzzer kedengaran disebabkan hantaran dari Soviet yang panjang dan menyebabkan foul, dan sekali lagi penyokong Amerika  percaya mereka telah memenangi gelaran Olimpik berturut-turut mereka kali yang ketujuh. Tetapi foul tersebut tidak dikira kerana ketika itu jam sedang dalam proses sedang ditetapkan semula sekaligus tiga saat tersebut perlu dimainkan semula.

Ini  serba sedikit membvnuh momentum pemain Amerika yang hilang fokus apabila tiada tekanan diberikan kepada Ivan Edeshko yang mudah melakukan hantaran kepada Alexander Belov dan membolehkan Belov mudah memasukkan bola ke dalam jaring dengan lantunan yang padu.

Keputusan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Pasukan USSR  51-50 sekaligus memadam rekod kemenangan pasukan USA 63 perlawanan berturut-turut  dalam semua perlawananan dan menafikan pingat Emas olimpik yang ketujuh berturut-turut Amerika Syarikat. Pengawai dan pemain USSR meraikan detik gemilang dengan cukup meriah dengan minuman tradisi, Vodka.

Keputusan Akhir Perlawanan Memihak USSR

PASUKAN AMERIKA MELAKUKAN BANTAHAN

Pengawai dan pemain Amerika Syarikat membuat bantahan rasmi kepada Persatuan Bola Keranjang Dunia(FIBA) akibat keputusan yang mengelirukan dari pengadil. Bantahan bakal ditentukan oleh lima komisioner atau juri perlawanan. Apa yang menarik, tiga orang dari komisioner perlawanan adalah berasal dari negara Blok Komunis iatu dari Cuba, Poland dan Kesatuan Soviet.

Keputusan undian rayuan dari juri memihak kepada Soviet dengan undian 3-2. Pasukan Amerika Syarikat melihat ini sebagai satu penipuan dari Blok Timur akibat P3rang Dingin, dan tidak ada sebab untuk tiga komisioner perlawanan memihak kepada mereka. Undian itu lebih berasaskan polemik P3rang Dingin berbanding Undang-undang FIBA.

Pemain-pemain Amerika Syarikat telah bersepakat bahawa sekiranya keputusan rayuan memihak kepada mereka, mereka secara rasmi tidak akan mengambil Pingat Perak tersebut. Sehingga hari ini, 12 Pingat Perak yang sepatutnya dibawa pulang oleh pasukan Amerika Syarikat masih tersimpan rapi di dalam peti besi di Lussane, Switzerland.

Pemain USA Melakukan Bantahan

FILEM GOING VERTICAL ADAPTASI KISAH

Kisah kemenangan epik USSR ini diabadikan di dalam filem Russia bertajuk Going Vertical yang ditayangkan pada Disember 2017. Sambutan filem tersebut mendapat sambutan yang hangat dari rakyat Russia dengan sembilan hari tayangan, filem tersebut telah berjaya mencatat kutipan sebanyak 7.8 million dan mencatat kutipan Box-Office antara yang tertinggi di Russia walaupun mungkin jalan cerita sebenar telah diolah mengikut sentimen kebanggaan Russia.

HBO Sport juga menerbitkan sebuah dokumentari pada tahun 2002 yang bertajuk 03 From Gold yang mengkritik perlawanan tersebut adalah paling teruk dalam sejarah olimpik yang tidak mempunyai elemen semangat kesukanan serta mempertikai kredebiliti tugas penjaga masa dan pengadil perlawanan.

Namun selepas lima tahun peristiwa itu, Alexander Belov terus menempa nama sebagai pemain bukan dari Amerika Syarikat yang pertama berjaya dinobat sebagai FIBA Basketball Hall of Fame dan FIBA mengiktiraf beliau sebagai lagenda Bola Keranjang sepanjang zaman. Beliau meninggal setahun kemudian akibat Cardiac Sarcoma.

Dapat disimpulkan bahawa era P3rang Dingin USSR-USA tidak hanya p3rang ideologi malah perlumbaan antara dua negara di dalam teknologi, bidang angkasa lepas yang telah melahirkan Yuri Gagarin dan Neil Armstrong malah bidang sukan turut  menjadi persaingan antara dua negara tersebut.

Filem Going Vertical

Artikel dikirimkan oleh Ashraf Hadi untuk The Patriots. 

RUJUKAN

1) Sean Ingle, (2011), 50 stunning Olympic moments No1: USA v USSR, basketball final, 1972. https://www.theguardian.com/sport/blog/2011/nov/16/usa-ussr-olympic-basketball-1972

2) Rohit Ghosh, (2012), U.S.A. vs U.S.S.R.: More Than Just a Game, 1972 Olympics. https://bleacherreport.com/articles/1259046-usa-vs-ussr-more-than-just-a-game-1972-olympics

3) Yekatarina Sinelschikova, (2018), ‘Sport’s Cold War’: 3 seconds that shook the world. https://www.rbth.com/lifestyle/327234-sports-cold-war-basketball

4) Agence France-Presse in Moscow, (2018), Film about US v USSR basketball final breaks Russian record. https://www.theguardian.com/world/2018/jan/18/going-vertical-film-about-us-v-ussr-olympic-basketball-final-breaks-russian-record


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.