Walaupun P.Ramlee berjaya menghasilkan banyak filem, tetapi tidak semua rancangan pembikinan filemnya menjadi kenyataan. Disini ada beberapa projek filem arahan P.Ramlee yang terbengkalai akibat dari masalah tertentu.

Pada tahun 1961 P.Ramlee ingin membuat filem yang berunsur keagamaan berjudul Hidayah. Judul awalnya ialah Menchari Keampunan. Filem ini banyak menggunakan dan merujuk ayat-ayat suci Al-Quran yang bertujuan ingin menegakkan kesucian Agama Islam. P.Ramlee bersama penolong pengarahnya S.Sudarmaji telah ke Johor Bahru bagi mendapatkan nasihat Jabatan Agama Islam Johor.

Ada ura-ura mengatakan Nordin Ahmad bintang dari studio Cathay-Keris akan membintangi filem ini dan beliau juga sudah mendapat pelepasan dari pihak majikannya. Malangnya atas beberapa faktor petua dan hukum Agama yang tak dapat diselesaikan oleh P.Ramlee dengan pihak majikannya Shaw Brothers, maka filem ini terpaksa ditangguhkan oleh P.Ramlee. Penangguhan berterusan hinggalah ke akhir hayat P.Ramlee.

Pada tahun yang sama juga P.Ramlee ingin membuat filem muzikal yang berjudul Pancha Sitara. Kumpulan Pancha Sitara 1 yang ahlinya terdiri daripada Aziz Jaafar, Normadiah, Ahmad C, Kassim Masdor dan P.Ramlee sendiri difaktorkan akan membintangi filem ini. Oleh kerana penulis cerita asal filem ini HM Rohaizad telah meninggal dunia maka sekali lagi P.Ramlee terpaksa menangguhkan pembikinan filem ini. Jikalau filem ini berjaya dihasilkan sudah tentu filem ini adalah satu-satunya filem yang menggandingkan P.Ramlee bersama Aziz Jaafar.

Pada tahun 1963, P.Ramlee mahu mengarah filem yang berjudul Seniwati di Hong Kong atas arahan dari pihak Shaw Brothers. Ini kerana salah satu usaha ingin meningkatkan mutu filem Melayu pada ketika itu untuk menembusi pasaran global. Skrip filem ini ditulis sendiri oleh P.Ramlee. Antara pelakon yang terpilih berlakon di dalam filem ini Zeera Agus, Sarimah, Yusof Latif, Sharif Dol dan Kuswadinata. Filem ini dikatakan akan dibuat dalam bentuk cinemascope berwarna. Tetapi malangnya filem ini dikritik teruk oleh beberapa ahli yang mengangotai Persatuan Artis Malaya (PERSAMA). Antaran alasan yang diberi adalah filem buatan Hong Kong tidak akan melahirkan filem Melayu yang berteraskan budaya Melayu tulen. Jika tidak Seniwati akan menjadi filem warna pertama arahan P.Ramlee.

Sekitar tahun 1970 P.Ramlee bersama H.M Shah menubuhkan PERFIMA. Empat lagi pengarah syarikat dilantik pada tahun 1972 iaitu Sarul Bariah Abu Bakar, Jins Shamsudin, Jaafar Abdullah dan Abdullah Hussain. PERFIMA merancang ingin menerbitkan filem sulungnya berjudul Sandera. Ia adalah tajuk novel karya Arena Wati (Sasterawan Negara) yang ingin diadaptasi oleh P.Ramlee. Bagaimana pun projek itu tidak menjadi kenyataan apabila P.Ramlee dan H.M Shah menarik diri dari PERFIMA.

Pada tahun bulan Febuari 1973 P.Ramlee bersama H.M Shah menubuhkan syarikat Rumpun Melayu. Hasrat P.Ramlee adalah ingin membuat filem yang merujuk kepada lirik lagu ciptaannya berjudul Air Mata Kuala Lumpur. Projek filem ini juga tidak menjadi kenyataan apabila P.Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973.

Semasa P.Ramlee menghadiri Festival Filem Asia ke – 19 di Singapura pada 18 Mei 1973. P.Ramlee telah bertemu dengan beberapa pembikin filem dari Indonesia yang juga rakan-rakannya. P.Ramlee telah memberitahu tentang idea, cerita dan skrip yang dihasilkan olehnya yang berjudul Doktor Chelora. Kata sepakat telah ditemui dan Doktor Chelora akan dibuat melalui usahasama Malaysia dan Indonesia. Malangnya selepas dua minggu persetujuan itu termetrai P.Ramlee meninggal dunia.

Lagu Azizah mempunyai sejarah besar dalam hidup P.Ramlee kerana ianya berjaya membuka pintu kepada seorang pemuda berusia 19 tahun ketika itu menjadi bintang seni teragung dalam dunia Melayu. Pada malam 28 Mei 1973 P.Ramlee telah menelefon Osman Abadi dan memintanya menulis cerita berkisarkan lagu Azizah. Sebelum ini mereka pernah berkerjasama menulis skrip untuk filem Gelora dan Putus Sudah Kaseh Sayang. Sayangnya pada keesokan harinya P.Ramlee telah pergi buat selama-lamanya.

Antara filem-filem lain yang skripnya sudah tersedia tetapi tidak sempat untuk dibuat oleh P.Ramlee dari tahun 1958-1964 seperti :

  1. Menanti Hujan Teduh
  2. Sayonara Kekaseh-Ku
  3. Batu Durhaka (Diarahkan oleh Omar Rojik)
  4. Roboh-Nya Kota Melaka
  5. Badang (Diarahkan oleh S.Roomainoor)
  6. Bujang Lapok Jumpa Puteri Gunung Ledang
  7. Bujang Lapok Ke Hong Kong

Sumber :

Bulanan Gelanggang Filem

Bulanan Arena Filem

Erti Yang Sakti – Tun Ahmad Sarji

Kenangan Abadi P.Ramlee – Ramlee Ismail

P.Ramlee Dari Kacamata Aimi Jarr – Aimi Jarr

Koleksi P.Ramlee – Zaedi Zolkafli

Dato’ Ahmad Fauzee Samad

Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Comments are closed.