Filem Cuties: Netflix Cuba Normalisasikan Pedophilia?

923

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Mungkin ada yang belum dengar pasal filem Cuties. Bagi yang tidak tahu, filem ini mengisahkan tentang seorang anak gadis warga Perancis beretnik Senegal. Amy sedang bergelut antara tradisionalisme Islam dan budaya Internet.

Tetapi ramai orang mengecam Cuties tidak kira lapisan masyarakat. Hujah negatif lebih panas daripada golongan bukan Islam, yang berpendapat Cuties menggalakkan s3ksualisme dalam kalangan kanak-kanak.

Sebenarnya Cuties mendedahkan jurang kebebasan yang dipegang negara-negara Barat. Unsur kebebasan di Perancis tidak sama untuk dibandingkan di Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom dan sebagainya.

Mungkin sebab itulah tiada siapa bising semasa Mignonnes diedarkan di Perancis (Marshall, 2020). Tetapi apabila Netflix membeli hak pengedaran antarabangsa, semuanya berubah.

Masalah bermula apabila Netflix memuatnaikkan poster promosi filem, yang menunjukkan empat anak gadis dalam pakaian terdedah dengan posisi tidak sepatutnya.

Majlis Televisyen Ibu Bapa (PTC) melancarkan sebuah petisyen dalam Change.org, yang mengumpulkan 49,000 suara dalam masa sehari (Carras, 2020). Netflix menurunkan poster tersebut dengan permohonan maaf, menggantikan dengan gambar lain.

Jika poster promosi pun sudah mencetuskan kontroversi, kandungan filem lagilah. Sehingga 20 Ogos 2020, dianggarkan 180 petisyen telah dibuat di Change.org.

Majoritinya dari Amerika Syarikat yang meminta Cuties diturunkan dari Netflix. Setiap satu berjaya mengumpulkan puluhan ribu suara, dengan petisyen dari Belanda paling ramai iaitu 220,987 tandatangan.

Kekecohan Yang Wajar

Netflix mempertahankan bahawa Cuties mengandungi masalah sosial yang menentang s3ksualisme dalam kalangan kanak-kanak bawah umur (Moniuszko, 2020). Jadi mereka pun menayangkan filem tersebut meskipun dikecam ramai.

Untuk memudahkan pemahaman orang ramai, kandungan Cuties takkan menjadi kontroversi jika gelagat watak dilakonkan dewasa.

Kerana Fathia Youssouf, Médina el Aidi-Azouni, Esther Gohourou dan Ilanah Cami-Goursolas masih kanak-kanak.

Melihat Cuties ditayangkan juga, pelanggan-pelanggan Netflix melancarkan kempen boikot. #CancelNetflix mendapat perhatian di Twitter, dengan luahan tajam bahawa Netflix menyokong ped0filia (Todisco, 2020).

Isu ini pun mendapat perhatian ahli-ahli politik seperti Josh Hawley, Matt Schaefer dan Mike Lee. Schaefer telah meminta campurtangan peguam negeri Texas untuk mengenalpasti jika filem tersebut melanggar undang-undang (Nolan, 2020).

Netflix turut dituduh cuba menjadi “jurutera sosial” dengan menayangkan sesuatu filem untuk menormalisasikan p3d0filia. Malah semasa mencari pelakon selama enam bulan, 650 anak gadis dikehendaki twerk (tarian pungggung).

Kenapa Semua Ini Mesti Dihentikan

Dunia sedang melancarkan pep3r4ngan terhadap p0rnografi kanak-kanak. Ia bukan satu perkara yang boleh dinormalisasikan.

Usaha seluruh dunia ini memberikan berkat: memang susah untuk dapatkan satu video p0rnografi kanak-kanak.

Walaupun aktif dip3rangi, kandungan sedemikian masih diperolehi ramai orang seperti Bryenner Renecke, Mark Snowden, Nur Fitri dan ramai lagi.

Dengan Cuties, gelagat mengghairahkan mudah diakses dengan hanya satu klik melalui Netflix sahaja. Pengaruh sebuah filem terhadap masyarakat boleh mengubah mentaliti sosial, sama ada secara semulajadi atau paksa.

Berapa lama sebelum golongan p3dofil tidak puas dengan Cuties? Kemudian mereka mencari kandungan lebih terdedah pula.

Jelas sekali Cuties yang bermain di sempadan sah dan salah dari segi undang-undang boleh membuka pintu kepada orang ramai, dengan kandungan begitu menjijikkan.

P3dofilia juga tidak boleh disamakan dengan penc4bulan bawah umur, kerana p3dofilia merupakan masalah mental yang membahayakan persekitaran.

Sebarang galakan kepada golongan ini perlu dihentikan; amat meny4kitkan hati apabila Netflix dari Los Gatos, California, perlu ditegur untuk membuat tindakan (yang tidak diambil).

RUJUKAN:

Carras, C. (2020, Ogos 20). Netflix apologies after thousands call to remove film that (ditapiskan) young girls. Los Angeles Times.

Marshall, A. (2020, Ogos 21). Netflix, Accused of (ditapiskan) Girls, Pulls Artwork for ‘Cuties’. The New York Times.

Moniuszko, S.M. (2020, September 11). Netflix encourages viewers to watch ‘Cuties’; National Center on (ditapiskan) Exploitation disagrees. USA Today.

Nolan, E. (2020, September 11). Netflix Movie ‘Cuties’ Could Be Investigated for Violations of Child Exploitation Law. Newsweek.

Todisco, E. (2020, September 10). Why People Are Urging Users to #CancelNetflix: Behind the Controversial New Movie Cuties. People.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.