Rasanya buat masa kini, ramai pemerhati politik dan sejarah antarabangsa akan mengangguk dengan sayu melihat tamatnya siri Game of Thrones (GoT) sambil meminjam kata-kata “it is as it was.”

Persamaan siri GoT dengan polemik dunia, sama ada War of Roses atau kemaraan Napoleon Bonaparte sering disebut-sebut. Di sini, saya ingin mengupas figura sejarah sebenar di sebalik watak pilihan ramai penonton GoT, Tyrion Lannister – iaitu Charles Maurice Talleyrand.

Dari sudut karakter – kedua-dua nya ‘witty’, bijak berkata-kata dan ‘ladies man’. Tyrion mempunyai masalah kekerdilan, manakala Talleyrand dilahirkan tempang – sekaligus menyebabkan kedua-duanya menumpukan kemahiran mereka kepada permainan minda dan strategi berbanding ‘brute force’.

Seperti mana Tyrion Lannister, Talleyrand dilahirkan di dalam keluarga bangsawan besar. Bahkan, seperti mana House of Lannister, House of Talleyrand-Périgord merupakan salah satu marga agung dalam sejarah Perancis. Dalam satu perbualan bersama Raja Louis XVIII, Sang Raja mengakui bahawa Talleyrand mempunyai ‘claim’ ke atas takhta Perancis jika tidak kerana putaran sejarah.

Begitu juga dari sudut perjalanan ‘karier’ beliau sepanjang siri tersebut: Talleyrand menganggotai fungsi pentadbiran ancien régime, Zaman Revolusi, Zaman Empayar dan Zaman Restorasi. Kalau dibandingkan – ancien régime boleh lah merujuk kepada zaman perkhidmatan beliau kepada House of Lannister, menjadi pelarian semasa kekacauan Zaman Revolusi (War of the Five Kings), mendapat tempat kepercayaan pada Zaman Empayar (Daenerys) sebelum dihukum kerana dituduh belot dan mendapat semula kekuasaan semasa Restoration (Zaman Pemerintahan Bran the Broken). 

Sepertimana Tyrion mempunya masalah dalam hubungan dengan ayahnya, Talleyrand juga mempunyai masalah dengan ayahnya. Jika Tyrion didiskriminasi oleh ayahnya kerana menjadi ‘aib keluarga’, Talleyrand juga didiskriminasi oleh ayahnya kerana dilahirkan cacat. Dilahirkan dengan kaki tempang, beliau tidak dapat menjadi kesatria seperti mana generasi House of Talleyrand-Périgord yang terdahulu.

Walaupun dilahirkan sebagai anak sulung, Talleyrand disisihkan daripada sebilangan besar harta warisan kerana tidak menjadi seorang kesatria. Disebabkan kecacatan beliau juga, Charles Maurice Talleyrand dimasukkan ke dalam perkhidmatan hierarki gereja sejak kecil berbanding perkhidmatan ketenteraan. Sepertimana Tyrion, Talleyrand sering merasakan diri mereka tidak mendapat kasih sayang seorang ayah.

Jika Tyrion mempunya pengaruh paling kuat semasa peluasan kuasa Daenerys, Tallleyrand melebarkan pengaruh beliau semasa peluasan kuasa Napoleon Bonaparte. Kedua-duanya jadi ‘out of favour’ bila cuba menyeru Napoleon/Daenerys untuk menjadi lebih ‘moderate’. Apabila Daenerys tetap menggunakan kekerasan terhadap King’s Landing dan askar-askar Lannister menyerah kalah, Tyrion melepaskan jawatan beliau sebagai ‘Hand of the Queen’.

Dalam lipatan sejarah, Talleyrand meletakkan jawatan sebagai Menteri Luar pada tahun 1807 selepas membantah tindakan keras Napoleon terhadap Austria dalam Treaty of Pressburg. Beliau akhirnya menyertai Seventh Coalition menentang Napoleon dan akhirnya menyertai perkhidmatan Zaman Restoration.

Namun, malang buat Talleyrand – orang Perancis tidak ada Bran yang ada foresight. Pada Zaman Restoration, kerajaan menjadi goyah kerana puak konservatif sibuk nak balas dendam masa hilang kuasa lepas Revolusi. Raja Bourbon tidak sedar yang orang sudah tidak suka konsep raja mutlak seperti zaman pra-Revolusi, dengan konservatisme gaya lama. Di sinilah Talleyrand menempelak kepimpinan Bourbon – “they have learned nothing, and forgotten nothing”.

Tyrion bukanlah satu-satunya watak yang dipinjam daripada figura sejarah. 

Nasib Lord Varys misalnya, hampir mirip dengan St. Thomas More, yang dihukum bunuh oleh Raja Henry VIII. Seperti Varys, Thomas More sedar bahawa tanggung jawab beliau adalah kepada ‘realm’. Dalam karya agung beliau, Utopia, Thomas mengkritik “tendencies of kings to start wars” sekaligus menyusahkan rakyat.

Apabila Raja Henry VIII memisahkan Gereja England daripada Rom, Thomas tidak ikut serta kerana merasakan ‘claim’ Raja Henry VIII tidak mempunyai justifikasi. Seperti Varys yang merasakan Daenerys tidak ada legitimate claim ke atas Iron Throne, beliau dihukum bunuh.

Jika Varys dilihat sebagai seorang penjawat awam yang mempunyai integriti terhadap negara dan bukan figura politik, begitu juga lah St.Thomas Moore sehingga diangkat sebagai ‘Patron Saint of the Civil Servants’. Bezanya, Varys lebih kepada amalgamasi dua figura sejarah: Thomas Moore dan Francis Walsingham, spymaster kepada Ratu Elizabeth I.

GoT lebih dekat dengan apa yang dipanggil ‘naked power play’, iaitu percaturan kuasa tanpa selindung. Ianya menekankan realiti dunia bahawa ‘kegemilangan’ sesuatu realm bukan lah pada ‘conquest’ semata-mata, dan juga punca kesengsaraan dunia pada masa kini: Kuasa / Iron Throne.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Syed Nizamuddin bin Sayed Khassim merupakan pegawai tadbir dan diplomatik berkelulusan Ijazah dalam Pentadbiran Awam (Masters in Public Administration) dari Universiti Malaya. Beliau juga turut memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pentadbiran dari UiTM Sarawak.

Comments are closed.