Setiap kali mendengar peningkatan kes Covid-19, kita hanya perlu melihat kluster-kluster yang muncul. Di Malaysia, penyumbang kepada peningkatan kes selalunya membabitkan kluster tempat kerja (lebih tepat perindustrian) dan kluster majlis-majlis keramaian. Sementara di India pula, ramai menyifatkan peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 berpunca daripada kluster majlis keagamaan seperti disaksikan dalam Pesta Kumbh Mela.

Sejak dilaksanakan pada 11 Mac lepas, pesta ini menyaksikan pertambahan kes Covid-19 dalam kalangan peserta di sebalik jaminan kerajaan negeri Uttarakhand bahawa segala SOP sudah dilaksanakan termasuk pengesahan ujian negatif. Begitupun, kerajaan tersebut sudah dikritik ramai pihak kerana tetap membenarkan ia berlangsung walaupun pakar kesihatan memberi amaran ia boleh menjadi pencetus kluster jangkitan besar-besaran.

Di sebalik SOP ketat yang dikenakan kerajaan negeri, majoriti peserta enggan patuh termasuk enggan memakai topeng muka atau melakukan penjarakan fizikal. Walaupun angka peserta yang disahkan positif Covid-19 tidak diketahui, ketua pegawai perubatan Haridwar, Dr SK Jha mendedahkan seorang orang suci Hindu ma.ti dan 1,600 kes jangkitan dikesan antara 10 hingga 14 April lepas. Dan ramai pakar kesihatan percaya bilangan kes sebenarnya jauh lebih tinggi memandangkan ramai peserta datang dari luar Uttarakhand sebelum pulang ke negeri masing-masing.

Bagi sesetengah peserta, mereka amat mengambil berat tentang isu jangkitan. Bagi ahli perniagaan Ujwal Puri, 34, dia berusaha mengurangkan risiko jangkitan semasa menghadiri festival berkenaan. Ini termasuk memakai topeng muka dan menjaga penjarakan fizikal sepanjang tiga hari di Haridwar.

Bagaimanapun, dia mengakui ramai peserta tidak mematuhi SOP semata-mata mendapatkan peluang mandi di Sungai Ganges. Setelah pulang ke Mumbai, Puri melaksanakan kuarantin kendiri di rumah dan menjalani ujian saringan Covid-19. Ini bagi mengurangkan risiko jangkitan terhadap kedua-dua ibu bapanya yang berstatus warga emas, antara golongan berisiko dijangkiti wabak berkenaan.

Tetapi majoriti tidak memilih pendekatan sama seperti Puri. Pada mereka, apa yang mereka lakukan semata-mata untuk memenuhi tuntutan keagamaan. Bagi seorang orang suci Hindu bernama Raghavendra Das, dia mempersoalkan mengapa Kumbh Mela saja dilabel sebagai pencetus kluster jangkitan. Sedangkan banyak tempat dan program dibenarkan seperti bar-bar dan perhimpunan-perhimpunan politik boleh menjadi pencetus kluster seperti Kumbh Mela.

Sentimen sebegini bagaimanapun langsung tidak menyakinkan penduduk Haridwar. Bukan sedikit yang menyatakan penolakan terhadap penganjuran Kumbh Wala dan ada yang sudah membawa isu ini ke mahkamah. Sachdanand Dabral memfailkan petisyen Kumbh Mela di mahkamah dan bertanya sama ada kerajaan negeri bersedia menangani peningkatan kes Covid-19 akibat festival berkenaan.

Selepas meneliti petisyen yang difailkan, mahkamah memerintahkan satu jawatankuasa yang dilantik mereka untuk menilai tahap kesediaan kerajaan semasa Festival Kumbh Mela. Salah seorang anggota jawatankuasa ialah peguam Dabral, Shiv Bhatt. Hasil pemerhatian beliau dan ahli-ahli jawatankuasa lain mendapati tahap persediaan sebagai tidak memuaskan.

Begitupun, Dr Jha menegaskan semua isu yang dibangkitkan oleh pihak jawatankuasa telah diselesaikan. Kenyataan tersebut dilihat sudah tiada makna lebih-lebih lagi dengan pendedahan lebih seribu kes jangkitan Covid-19 semasa Kumbh Mela berlangsung. Dengan Kumbh Mela hanya akan tamat pada 27 April ini, usah terkejut sekiranya bilangan kes Covid-19 di India meningkat lebih tinggi gara-gara festival ini.

Pada pertengahan Mac lepas, Ketua Menteri Uttarakhand, Tirath Singh Rawat memberi jaminan peserta Kumbh Mela tidak akan diganggu oleh sekatan-sekatan SOP Covid-19. Ironinya, tidak lama selepas itu, Singh Rawat kemudiannya dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19. Walaupun sudah disahkan pulih, beliau kini terpaksa menanggung bahana keputusannya tentang Kumbh Mela.

Atas sebab itulah, sejawaran Gopal Bhardwaj menyifatkan festival ini patut ditangguhkan walaupun ia dianggap peristiwa signifikan mengikut kepercayaan agama Hindu. Kumbh Mela itu sendiri dilihat sebagai menyediakan keamanan terhadap dalaman diri seorang seorang penganut. Tetapi padanya, keamanan itu tiada makna seandainya mereka menjadi punca jangkitan Covid-19 terhadap orang tersayang.

RUJUKAN:

AFP. (2021). Covid cases recorded as Hindu festival goes ahead despite ‘super-spreader’ warnings.

Khare, V. (2021). India’s Kumbh festival attracts big crowds amid dev.ast.ating second Covid wave.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.