Kepada semua pencinta wanita, anda pasti mengenali coklat Ferrero Rocher yang seringkali menjadi coklat pilihan untuk dihadiahkan sempena ulang tahun perhubungan.

Tahukah anda, Ferrero Rocher adalah coklat keluaran Ferrero Group yang juga memiliki Kinder dan Nutella. Jadi bagaimana pula Ferrero Group bermula sehingga mampu kuasai tiga jenama coklat premium di dunia, ayuh soroti artikel ini.

Semuanya bermula apabila orang tua kepada kepada pengasas Ferrero Group iaitu Michele Ferrero mengubahsuai kedai kek milik mereka kepada sebuah kilang.

Bermula dari situ keluarga Ferrero mula penghasilkan manisan ataupun coklat yang diilhamkan daripada rausyanfikir Pietro setelah didesak oleh adiknya.

 

Pietro telah bereksperimen dengan mencampurkan molase, minyak hazelnut, mentega kelapa dan sedikit koko bagi membentuk sebatian coklat yang dipanggil giandujot untuk dijual.

Eksperimen itu berjaya apabila sebatian coklat itu mendapat sambutan penduduk lantas membuatkan Pietro bersama saudaranya iaitu Giovanni menggagaskan Ferrero pada 1946.

Memasuki tahun 1949, Ferrero telah menghasilkan coklat giandujot yang nantikan akan menjadi Supercrema iaitu proto-Nutella.

Dengan beberapa pengubahsuaian, Ferrero berusaha untuk menjadikan Supercrema lebih menarik dengan menjualnya di dalam balang kaca.

Ferrero juga tidak menggunakan pihak pemborong untuk mengedarkan produk mereka malahan teknik jualan langsung ke premis perniagaan bagi memastikan harganya tetap rendah.

Setelah itu, Michele iaitu anak kepada Pietro mengambil alih Ferrero dan dia berazam untuk membuka cawangan di luar negara.

Pada tahun 1959, Ferrero telah membuka sebuah kilang di Jerman dengan menukarkan sebuah bekas kilang senjata kepada penghasilan manisan. Tidak lama selepas itu, Ferrero mula membuka cawangan di Belgium, Austria dan Perancis.

Bagi memastikan coklat daripada Ferrero terus menjadi pilihan, Michele bertindak dengan mendapatkan coklat asli untuk menambah rasa premium dalam produknya.

Walau bagaimanapun, nama Supercrema yang digunakan berpotensi diharamkan di Itali lantas memaksa mereka menjenamakan semula produk tersebut.

Akhirnya nama Nutella dipilih setelah berpuluh-puluh cadangan yang diberikan dan mula mengedarkan produk tersebut menjelang 1964.

Ferrero tidak memandang ke belakang lagi apabila mula menghasilkan dua produk coklat premium iaitu Kinder dan Ferrero Rocher.

Memasuki tahun 1986, keuntungan Ferrero meningkat kepada RM6 bilion. Sejak daripada itu Ferrero telah menjadi antara pengeluar coklat premium terkenal dunia dengan tiga produknya iaitu Nutella, Kinder dan Ferrero Rocher.

Walau bagaimanapun, pemilik Ferrero Group iaitu Giovanni Ferrero beranggapan mereka tidak akan mampu bertahan dengan produk yang sama walaupun masih menjadi pilihan penduduk dunia.

Hal ini demikian kerana pesaing kepada Ferrero iaitu Mars dan Mondelez semakin berkembang saban waktu hingga mencatatkan perolehan sebanyak RM93.2 bilion setahun.

Jadi, Ferrero mengambil keputusan untuk membeli Thorntons dari Britain dengan harga RM725. 5 juta bagi menambah nilai dalam syarikat.

Ferrero juga berjaya mengilhakan Nestle sehingga berjaya menjadi pengeluar manisan ketiga terbesar di dunia. Pengilhakan ini terus membantu Ferrero untuk bersaing dengan pesaing mereka disamping meraih keuntungan yang besar.

Sehingga ke hari ini, Ferrero yang bermula dengan kedai kek kecil telah bertranformasi menjadi gergasi manisan dan coklat dunia.

Syarikat ini telah mengedarkan produk mereka ke lebih 160 buah negara, menggajikan 40,000 orang pekerja serta menghasilkan 365,000 tan Nutella per tahun.

Buah fikir daripada Pietro dan Michele Ferrero telah membuatkan ketiga-tiga produk Ferrero mendapat permintaan tinggi walaupun dijual dengan harga sedikit mahal.

Apa-apapun berterima kasihlah kepada mereka kerana pada hari ini adalah miliki bahan paling berkuasa untuk memikat wanita idaman.

Artikel ini juga boleh dibaca di TheOutlookAsia, portal kewangan dan ekonomi kami. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.