Fenomena Tooru Amuro di Jepun

1,904

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kebanyakan wanita di Jepun mengaitkan nama keluarga “Amuro” dengan ratu Pop Jepun berusia 40 tahun yang telah bersara. Ratu pop yang bernama Namie Amuro telah mengadakan konsert selamat tinggal pada bulan Jun 2018. Konsert itu menarik 800 ribu orang peminat.

Pada hari ini, populariti Namie Amuro mula dicabar oleh seorang lelaki dengan nama keluarga yang sama. Yang lebih menarik, lelaki yang dimaksudkan itu bukanlah manusia sebenar tetapi watak kartun Jepun yakni anime.

Toru Amuro yang sememangnya kacak dan misteri itu mempunyai banyak identiti dalam Detektif Conan. Detektif Conan adalah siri komik dan animasi yang dicipta oleh Gosho Aoyama sejak tahun 1994.

Dalam satu episod, Amuro telah membuat suatu jenis hidangan yang diberi nama “Sandwich Amuro”. Resipi itu tular dan menjadi hidangan kepada sepuluh kafe Detektif Conan yang dibuka di lokasi-lokasi tumpuan di seluruh negara untuk meraikan kejayaan terbitnya filem Detektif Conan yang baharu iaitu “Zero The Enforcer”. Amuro menjadi watak dalam “Zero The Enforcer” di mana filem tersebut mencapai pecah panggung apabila memperoleh sekitar RM 311 juta.

Amuro seorang lelaki yang kacak dengan berpengetahuan dalam masakan. Dalam Detektif Conan, banyak identiti yang Amuro telah samarkan. Antaranya sebagai seorang ejen dalam Biro Pengawalan Awam yang secara dasarnya merupakan Biro Penyiasatan Persekutan (FBI) versi Jepun. Di sana, beliau menjadi ejen dengan nama Rei Furuya.

Cop yang tertera nama Amuro (安室) turut mendapat tempias dalam kalangan wanita Jepun. Jualan cop tersebut meningkat dengan mendadak kerana pembelian secara melampaui batas lalu digantung sebagai azimat sebelum memuatnaik ke rangkaian media sosial.
|
Dalam Detektif Conan, Amuro adalah antara ahli dalam Kumpulan Hitam dengan nama “Bourbon”. Untuk pengetahuan semula, jualan minuman keras “Bourbon” meningkat dengan mendadak.

Dalam Detektif Conan juga, Amuro sering memandu kereta berjenama Mazda RX-7. Dan lagi, kereta tersebut menerima tempiasnya kerana peminat Amuro sama ada menyewa ataupun membelinya dengan tujuan untuk meniru idolanya.

Dalam kalangan peminat Amuro, ramai di antara mereka yang menggelar diri mereka sebagai “isteri Amuro”. Menurut Nikkei Shimbun, ramai dalam kalangan wanita tersebut menganggap Tooru Amuro sebagai teman lelaki ideal.

Artikel lain dalam surat khabar yang sama memetik seorang perempuan yang telah menonton Filem Detektif Conan sebanyak 18 kali juga telah membawa dirinya ke sebuah panggung di Tachikawa. Panggung tersebut mempunyai sistem bunyi yang bagus. Sistem yang bagus sesuai untuk mendengar percakapan watak tersebut.

Pelakon suara yang memegang watak sebagai Tooru Amuro iaitu Toru Furuya juga memainkan peranan yang penting dalam menaikkan nama itu. Beliau berada di kafe-kafe Detektif Conan dengan memakai kosplay Tooru Amuro.

Persoalannya, apakah yang membuatkan Amuro terkenal di sana?

Selain paras rupa yang kacak dengan berambut blonde platinum dan pelbagai kemahiran daripada memasak hinggalah ke boksing, Amuro juga seorang yang patriot. Beliau menganggap tanah airnya iaitu Jepun sebagaimana orang fikir tentang cinta. Banyak kali disebut dalam filem itu.

Dalam filem tersebut, Edogawa Conan bertanya kepada Amuro akan satu soalan. Soalan tersebut berbunyi, “adakah Amuro mempunyai teman wanita?”. Amuro menjawab, “Ya, saya ada. Teman wanita saya adalah, Jepun.” Ayat tersebut tular di Twitter dan rata-rata komen mengatakan yang mereka ingin menjadi “Jepun” untuk menidurinya.

Nikkei.com percaya Namie Amuro dan watak dalam Detektif Conan memberikan manfaat kepada fenomena pengguna keluarga dan anak. Hal ini kerana, populariti “Amuro” merapatkan jurang antara kedua-dua generasi.

Namie Amuro menjadi penyanyi solo pada tahun 1995 manakala animasi Detektif Conan ditayangkan pada setahun kemudian. Ini bermakna orang yang berusia 20an pasti pernah mendengar bintang pop Jepun dan komik itu. Lebih menarik, yang berusia 30an telah menurunkan minat kepada anak-anaknya.

Kedua-dua Amuro yang masing-masing muda dan berumur pertengahan serta ibu tunggal terkenal bersama.

Kalaulah penduduk dunia jatuh cinta dengan Ray Amuro iaitu watak fiksyen dalam siri animasi “Mobile Suit Gundam”, pasti kita akan ada trio Amuro yang akan menaikkan nama Jepun sehingga ke abad ke-22 (2101-2200).

Artikel ini telah diterjemah, dipermudah dan diubahsuai dari https://www.japantimes.co.jp/news/2018/07/07/national/media-national/women-japan-fall-amuro-isnt-j-pop-star/ yang dicapai pada tarikh 31hb Januari 2020.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.