Fenomena Sinestesia: Saat Seseorang Mampu Merasa Perkataan

304

Pernah terfikir bagaimana bunyi untuk warna biru? Apakah rasanya? Bau sesebuah lagu? Apakah warna lagu kegemaran anda? Bagi kebanyakan orang, mungkin mereka tidak pernah mendengar fenomena sinestesia. Sinestesia ialah keadaan di mana seseorang itu mampu merasai sesuatu deria (contohnya: pendengaran) yang menterjemah kepada medium yang lain dalam masa yang sama (contohnya: visual). Contoh lebih jelas apabila anda mendengar muzik dan anda mampu melihat corak-corak warna di dalam muzik tersebut secara visual.

Jom kita lihat sinestesia yang melibatkan deria utama kita. Sebenarnya terdapat lebih 80 jenis sinestesia, tetapi ini antara senarai yang telah disenarai pendekkan.

  • Kromestesia – Melihat bunyi melalui warna

Sinestesia ini melibatkan bunyian dan warna. Melihat bunyi termasuk lagu dan diterjemahkan kepada warna. Pergerakan dan bentuk adalah termasuk sekali. Lain orang, lain pengalamannya. Setiap not ada warnanya yang tersendiri.

  • Sentuhan Cermin Sinestesia (Mirror-touch sinestesia)

Anda melihat seseorang menyentuh telinga mereka, tetapi anda pula yang rasa seperti telinga anda disentuh.

Malah dalam kalangan orang yang tidak mengalami sinestesia, lebih kurang 30% orang mempunyai gejala ini apabila mereka juga mengalami kesakitan sewaktu melihat orang lain terluka. Ini mungkin apabila kita ada perasaan empati terhadap orang lain.

  • Lexical-Gustatory Synesthesia

Antara jenis sinestesia yang jarang berlaku. Seseorang itu boleh ‘merasa’ perkataan. Bukan sahaja deria rasa yang terlibat, malah seseorang itu boleh merasa suhu serta lokasi perkataan tersebut. Contohnya perkataan ‘almari’, suhu yang panas dan rasa seperti ikan masin.

  • Sinestesia Kalendar

Anda boleh melihat warna setiap hari di dalam kalendar. Contohnya hari isnin berwarna kuning, selasa berwarna hitam dan lain-lain. Situasi ini berbeza bagi setiap individu. Malah mungkin juga seseorang itu akan mengalami minggu bekerja dengan warna gelap dan minggu bercuti dengan warna yang cerah. Sekali-sekala hari itu akan ditafsirkan sebagai bentuk (bulat, bujur, dll.).

  • Sinestesia Grapheme

Sinestesia grapheme berwarna adalah keadaan di mana seseorang itu melihat huruf dan nombor sebagai warna. Huruf ‘A’ contohnya boleh jadi warna hijau muda atau kuning, ataupun warna yang lain. Warna ini konsisten mengikut waktu. Dan keadaan ini juga antara fenomena biasa sinestesia.

Untuk yang tidak mengalami pengalaman sinestesia, ia sukar dibayangkan oleh seseorang kerana kita sendiri tidak merasai perkara tersebut. Sinestesia ini adalah subjektif dan sangat berbeza setiap orang, apa yang kita rasa, apa yang kita alami. Namun, apa yang dapat disimpulkan ialah sinestesia ini membantu kreativiti seseorang dalam menghasilkan sesuatu karya yang luar biasa. Sememangnya manusia adalah suatu makhluk yang kompleks.

RUJUKAN:

6 Intriguing Types of Synesthesia: Tasting Words, Seeing Sounds, Hearing Colours And More. https://www.spring.org.uk/2014/05/6-intriguing-types-of-synesthesia-tasting-words-seeing-sounds-hearing-colours-and-more.php

Sinestesia, Fenomena Unik Saat Seseorang Bisa Merasakan Warna. https://hellosehat.com/hidup-sehat/fakta-unik/sinestesia-adalah-merasakan-warna/

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.