Fenomena Phubbing Zaman Moden

0
1116
views

Teknologi telefon pintar telah wujud bersama kita selama sepuluh tahun dan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Kita menggunakan telefon pintar untuk swafoto, berhubung di media sosial, membaca suratkhabar, dan bermain permainan interaktif. Kebanyakan orang akan memeriksa telefon bimbit mereka di akhir aktiviti mereka pada waktu malam dan memeriksa telefon bimbit pada permulaan pagi hari mereka. Tidak lupa juga penumpang bas dan penumpang tren, semuanya secara berterusan memandang ke arah telefon pintar mereka; juga mereka yang berada dijalanan dan orang lain juga menyedarinya seolah sudah lali terhadap fenomena itu. Tidak ragu lagi bahawa telefon pintar telah mengubah cara kita berpelakuan dan kehidupan kita.

Telefon pintar menyediakan satu platform untuk membuatkan manusia kekal berhubung rapat dengan keluarga dan rakan-rakan, dan kepelbagaian fungsi yang membuatkan terciptanya perasaan keterkaitan dengan orang lain, tetapi penggunaannya yang secara berlebihan boleh mengakibatkan pengguna telefon pintar melupakan interaksi secara bersemuka atau dua hala. Mengalihkan perhatian kepada telefon pintar semasa berurusan dengan orang lain, adalah satu kelakuan yag dikenali sebagai ‘phubbing’, satu singkatan dari perkataan ‘phone’ dan ‘snubbing’, dan secara umumnya dianggap satu perbuatan tidak sopan atau tidak sesuai di dalam konteks interaksi sosial.

Jika ‘phubbing’ dianggap tidak sopan dan tidak sesuai, apakah kesan daripada perlakuan tersebut ke atas perhubungan? Adakah ianya diterima bergantung kepada tahap keakraban pasangan tersebut, atau adakah kesannya lebih buruk oleh sebab tahap keakraban pasangan tersebut? Lebih lagi, adakah kelainan gender memainkan peranan dalam memberikan reaksi emosi dan jawapan kepada ‘phubbing’?

McDaniel dan Coyne (2016) berpendapat bahawa telefon pintar boleh mengganggu dan menghalang komunikasi secara bersemuka, dengan salah seorang pasangan akan merasa kecewa jika pasangannya menjadi terlalu asyik dengan telefon bimbitnya semasa mereka menghabiskan masa bersama. Sebarang gangguan  semasa pasangan menghabiskan masa bersama mungkin menyebabkan pasangan merasa terganggu,tetapi adakah gangguan disebabkan telefon pintar boleh menyebabkan lebih banyak lagi masalah?

Adakah ‘phubbing’ semata-mata menyebabkan seorang pasangan merasa kecewa dan terganggu disebabkan dia merasa seperti tidak dipedulikan? Ataukah lebih jauh lagi, pasangan tersebut merasa kecewa kerana perasaan cemburu memandangkan kemungkinan memikirkan pasangannya berhubung dengan orang ketiga melalui telefon pintarnya? Harus di ingat bahawa satu aspek dari perasaan cemburu adalah ancaman dalam perhubungan yang dapat dirasai dari orang ketiga.

Hanna Krasnova dan rakan-rakannya membuat kajian tentang perasaan cemburu dalam pasangan ‘phubbing’ dan hasilnya kepada perhubungan (Krasnova, Abramova, Notter & Baumann, 2016). Dalam kajian mereka, mereka melantik peserta dalam lingkungan umur 26 hingga 40, satu kumpulan umur yang selalu suka bertengkar menggunakan telefon pintar, dan dalam pada masa yang sama suka untuk mencari perhubungan romantik yang kekal dan stabil.

Pengkaji bertanyakan kepada peserta untuk direkodkan, bilakah kali terakhir pasangan mereka menggunakan telefon pintar dengan terlalu lama semasa kehadiran mereka.Peserta merekodkan jumlah ini:

Waqaf Saham

  • Apabila mereka berada dirumah bersama (36%)
  • Di bilik tidur sebelum tidur (19.6%)
  • Apabila mereka menikmati hidangan di rumah bersama (10.8%)
  • Di dalam kereta atau pengangkutan awam (9.8%)
  • Apabila keluar bersama (4.5%)

(Baki jawapan pertanyaan tersebut adalah menonton televisyen, berjalan dan membeli belah)

Apabila diminta untuk menggambarkan perasaan mereka pada situasi seperti di atas, mereka merekodkan:

  • Perasaan kehilangan perhatian dan diabaikan (28.6%)
  • Marah (19.4%)
  • Sedih (11.1%)
  • Kebosanan (3.2%)
  • Merasakan pasangan bersikap acuh tak acuh (38.1%)
  • Bahagia (4.4%)

Hanya satu perkara yang boleh dikenalpasti dalam perbezaan gender adalah dalam perasaan bahagia, dimana lelaki dilaporkan lebih merasa bahagia dari wanita (Mungkin lelaki merasa lebih bahagia kerana tidak merasa dikongkong). Walau bagaimanapun, berbanding lelaki, wanita dilaporkan lebih merasa marah, sedih dan merasakan pasangan bersikap acuh tidak acuh.

Pengkaji kemudiannya bertanya tentang strategi untuk peserta menangani masalah ‘phubbing’ pasangan. Reaksi mereka adalah:

  • Campur tangan menggunakan suara, seperti menyuruh pasangan berhenti menggunakan telefon pintar (27.1%)
  • Menunjukkan kecurigaan dengan melihat ke arah skrin pasangan atau menyuarakan kecurigaan (7.3%)
  • Meniru aksi; seperti melakukan perkara yang sama seperti pasangan (6.9%)
  • Melakukan perkara lain (13%)
  • Setia, seperti menunjukkan tolak ansur, menunggu, dan memahami (22.3%)
  • Perasaan negatif – merasa sakit hati atau marah (7.3%)
  • Tiada reaksi (22.3%)

Dalam perbezaan gender, lelaki dilaporkan memilih reaksi setia berbanding wanita. Lebih lagi, lelaki adalah dua kali ganda berkemungkinan untuk mempamerkan perlakuan meniru aksi, berbanding wanita. Secara keseluruhan, kelihatan lelaki dilaporkan memberi emosi yang lebih positif dan boleh membiasakan diri dengan ‘phubbing’ berbanding wanita.

Akhir sekali, para pengkaji menguji hubungan diantara pasangan ‘phubbing’ , perasaan cemburu, dan kekuatan hubungan (perasaan kebersamaan dan ikatan emosi). Mereka mendapati bahawa bukan setakat perasaan sakit hati atau merasa tidak dipedulikan apabila pasangan mereka menggunakan telefon pintar memberi kesan kepada perhubungan.Malah, ia lebih cenderung menjejaskan perhubungan kerana perasaan cemburu oleh seseorang pasangan apabila pasangannya menggunakan telefon pintar.

Sementara perasaan cemburu sering dibincangkan didalam konteks perhubungan, cemburu sering berlaku dalam situasi yang lain, seperti pasangan menghabiskan masa dengan rakan-rakan, atau semasa di tempat kerja. Secara keseluruhan, perasaan cemburu boleh dikaitkan dengan kemerosotan perhubungan. Kajian terdahulu berkenaan perasaan cemburu mendedahkan bahawa tidak semua ganguan ke atas interaksi sosial dapat dianggap sama; walaupun dari mula usia kita mengalami terlalu lebih perasaan cemburu terhadap objek sosial dari objek yang tidak bernyawa. ( Hart et al, 2004)

Kajian Krasnova ini mendapati, seolah-olah mencadangkan bahawa kita lebih cenderung untuk melihat telefon pintar lebih sebagai objek sosial – bukan sekadar telefon atau komputer – kerana ia membolehkan kita berhubung dengan orang lain. Secara keseluruhan, ia seolah-olah bukanlah disebabkan proses ‘phubbing’ itu sendiri (perasaan seolah-olah tidak dipedulikan), tetapi perasaan cemburu (proses pasangan berhubung dengan orang lain) yang dicetuskan oleh ‘phubbing’. 

Artikel terjemahan daripada The Danger of Ignoring Your Partner, Psychology Today.