Fenomena La Nina Sedang Melanda Dunia!

5,501

Saat dunia masih bertungkus-lumus mengekang perebakan wabak Koronavirus COVID-19 ini, negara kita bakal berhadapan dengan fenomena semula jadi besar-besaran. Ia bukanlah letusan gunung berapai, gempa bumi, ribut taufan, dan bencana seumpamanya yang biasa kita saksikan. Fenomena semula jadi yang bakal kita hadapi adalah La Niña. Apa itu La Niña?

Pernah dengar tak nama El Niño? El Niño adalah fenomena kepanasan suhu lautan yang berlaku di Kawasan tengah dan timur Lautan Pasifik, termasuklah kawasan pantai Amerika Selatan. Fenomena ini bersifat semula jadi kerana terdapat kitaran suhu panas dan suhu sejuk permukaan tengah dan timur Lautan Pasifik bernama El Niño-Southern Oscillation (ENSO).

Fenomena La Nina di mana fasa penyejukan (biru) berlaku di kawasan equatorial ENSO.

Apabila ENSO masuk dalam fasa kepanasan suhu, fenomena El Niño berlaku. Bagaimana jika fasa kesejukan suhu tiba dalam ENSO? Inilah yang kita panggil sebagai fenomena La Niña. Apabila El Niño berlaku, tekanan atmosfera yang tinggi akan berlaku di barat Lautan Pasifik manakala tekanan atmosfera yang rendah berlaku di timur Lautan Pasifik.

Tempoh berlaku kedua-dua fenomena ini tidak menentu, walaupun fenomena ini pernah bertahan selama 4 tahun ia terjadi. Kadang El Niño berlaku selama 2 atau 7 tahun.

La Niña bermaksud “anak perempuan” manakala El Niño bermaksud “anak lelaki”. Fenomena La Niña bertentangan dengan El Nino sehingga mempunyai gelaran lain iaitu anti-El Niño, dan El Viejo (orang tua).

Apabila fenomena ini berlaku, suhu permukaan laut sepanjang equatorial (garisan melintang) pertengahan dan timur Lautan Pasifik menurun sekitar 3 hingga 5 °Celsius. Tambahan pula, tekanan atmosfera tinggi berlaku di timur Lautan Pasifik dan tekanan atmosfera rendah berlaku di barat Lautan Pasifik.

Kehadiran La Niña ini berkekalan sekurang-kurangnya selama 5 bulan. Kesan kehadirannya mampu mengubah cuaca hampir seluruh Bumi, khususnya Amerika Utara, Atlantik, malah merubah musim ribut taufan Pasifik, di mana berlaku kekerapan puting beliung tropika di lembangan Atlantik.

Setelah kita faham akan fenomena La Niña ini, mari kita fahami cuaca apa yang berlaku jika La Niña berlaku. Sejak pemerhatian kesan fenomena ini sejak tahun 1950, kesan cuaca berlaku bergantung apakah musim yang berlaku di benua terdekat.

Bermula di benua Afrika, selatan Afrika mengalami cuaca sejuk berbanding cuaca biasa yang memanas bermula pada bulan Disember hingga Februari. Manakala timur Afrika pula mengalami cuaca yang terik melebihi suhu cuaca yang biasa.

Gambaran illustrasi fenomena La Nina.

Pergi ke benua Asia, pembentukan cyclone atau puting beliung kemudian mengikuti rabung subtropika iaitu laluan tekanan atmosfera yang tinggi menuju ke barat Lautan Pasifik, lalu mengancam negara China. Manakala Asia Tenggara pula akan mengalami hujan lebat yang berterusan di negara Filipina, Indonesia, dan Malaysia.

https://www.thepatriots.store/store/mahakarya/

Masuk ke Amerika Utara, hujan dan pemendakan berlaku di kawasan geografi tertentu seperti utara Midwest, utara pergunungan Rockies, Northern California, dan selatan serta utara Pacific Northwest. Pembentukan puting beliung dengan tekanan udara lebih kuat juga berlaku di Lautan Atlantik dan Pasifik. Di Kanada, La Niña menyebabkan penurunan salji yang berterusan serta suhu musim sejuk yang meninggi.

Berbeza di Amerika Selatan, musim kebuluran berlaku di persisiran pantai Peru dan Chile. Pada bulan Disember hingga Februari, utara Brazil mengalami cuaca yang mendap. Kawasan geografi Andes pula mengalami hujan yang berterusan sehingga mampu membanjiri Llanos de Mojos, Bolivia sejak tahun 1865. Kali terakhir banjir tersebut berlaku pada tahun 1931.

Sekarang, persoalan utama timbul, adakah fenomena La Niña bakal terjadi pada tahun 2020? Menurut National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), sebuah agensi saintis Amerika yang mengkaji tentang keadaan lautan, aliran air, dan atmosfera, fenomena La Niña bakal terjadi Ketika musim sejuk pada hujung tahun ini. Namun kebarangkalian berlakunya fenomena ini adalah rendah.

RUJUKAN:

Jenkins, D. (16 May 2020). Early odds tilt slightly toward winter La Nina. Capital Press. https://www.capitalpress.com/…/article_c078e130-9605-11ea-9…

Wu, M. C.; Chang, W. L.; Leung, W. M. (2004). “Impacts of El Niño–Southern Oscillation Events on Tropical Cyclone Landfalling Activity in the Western North Pacific”. Journal of Climate. 17 (6): 1419–28

Yuan Yuan; HongMing Yan (2012). “Different types of La Niña events and different responses of the tropical atmosphere”. Chinese Science Bulletin. 58 (3): 406–415.

“What are El Nino and La Nina?”. oceanservice.noaa.gov. Retrieved 15 May 2020. https://oceanservice.noaa.gov/facts/ninonina.html

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.