Fenomena “Crown Shyness”

977
views

Kalau kita rasa, manusia atau haiwan sahaja yang perlukan ruang yang luas untuk hidup selesa, kita silap.. Ini kerana tumbuh-tumbuhan juga perlukan ruang untuk hidup dengan baik. Lebih-lebih lagi bagi pokok-pokok kanopi yang tinggi di hutan belantara.

Masih ingatkah anda semua tentang pelajaran dalam subjek sains?

Yang mengajar kita bahawa sangat penting untuk menjarakkan sedikit pokok yang sedang ditanam supaya tidak wujud persaingan bagi mendapatkan nutrien sesama mereka untuk pokok itu mampu membesar dengan baik dan sempurna?

Konsep yang sama dimainkan dalam fenomena ini.

Walaubagaimanapun, saintis belum lagi dapat memastikan sebab kukuh mengapa fenomena “crown shyness” ini terjadi.

Namun, dibawah saya jelaskan sedikit tentang fenomena ini beserta teori dan hipotesis dari saintis untuk kita amati bersama.

Pertama sekali, apa itu “Crown Shyness”?

“Crown Shyness” merujuk kepada kawasan kosong seakan rekahan yang wujud diantara ‘mahkota’ sebuah pokok di kanopi hutan dengan mahkota pokok yang lain.

Rekahan atau kawasan seperti di dalam gambar yang telah disediakan.

Mengapa ia terjadi?

1. Geseran diantara daun-daun yang terletak di mahkota atau puncak pokok kanopi itu menyebabkan daun-daun gugur. Faktor angin memainkan peranan disini.

Bagaimanapun, pengkaji dari Malaysia iaitu Francis S.P Ng yang mengkaji perkara ini membuat kesimpulan bahawa geseran daun disebabkan oleh angin bukanlah faktor kepada fenomena “crown shyness” ini.

Kerana “crown shyness” kanopi pokok kapur yang beliau perhatikan, bukan terbentuk akibat pergolakan angin yang kuat.

2. Menurut teori yang diajukan oleh Francis Ng, fenomena ini disebabkan oleh daun-daun pucuk yang berada di puncak kanopi itu sangat sensitif kepada cahaya. Ia dapat mengesan “far-red radiation” atau bahasa mudahnya cahaya infra-merah yang dipantulkan oleh pucuk daun dari kanopi pokok berhampiran.

Justeru itu, pucuk daun dari kanopi pokok yang mengesan cahaya ini dari pokok berhampiran akan berhenti membesar supaya tidak berlaku persaingan dalam mendapatkan nutrien yakni cahaya matahari.

3. Terdapat teori yang meyakinkan berkenaan ‘mahkota’ pokok yang menjauhkan diri antara satu sama lain adalah untuk mengelak dari kemungkinan serangan serangga atau larva pemakan daun.

Jadi jika 1 pokok mempunyai larva pemakan daun, dengan wujudnya rekahan atau “crown shyness” itu tadi, ia tidak dapat menyerang pokok lain.

Selepas ni kalau pergi trekking atau hiking di hutan, jangan lupa pandang kanopi pokok dan ambil gambar.

Kredit:

‘Crown Shyness’ Creates Otherwordly Gaps In Forest Canopies. Retrieved from: https://curiosity.com/…/crown-shyness-creates-otherwordly-…/

Crown shyness: even trees need personal space. Retrieved from: https://cosmosmagazine.com/…/crown-shyness-even-trees-need-…

Crown Shyness: When Trees Don’t Like to Touch Each Other. Retrieved from: https://www.amusingplanet.com/…/crown-shyness-peculiar-natu…

10+ Amazing Examples Of “Crown Shyness”, A Phenomenon Where Trees Avoid Touching. Retrieved from: https://www.boredpanda.com/crown-shyness-trees-avoid-touc…/…