Feminism Dalam Tamadun Melayu

0
1181
views
Gambar: Home Guard dari kalangan wanita, 1948-1960

Ada yang berkata wanita Melayu yang mendukung warisan tradisi serta mengamalkan adat resam Melayu dewasa ini kolot serta sangat ketinggalan. Wanita Melayu sebegini dikatakan menolak kemodenan dan terpinggir dari gerakan feminisme yang dicanang dan ditenyeh kepada kita oleh Barat. Wanita Melayu yang tidak dibawa arus ini dilekeh-lekehkan semahu-mahunya.

Padahal, sedar atau tidak, naratif kewibaan dan kehebatan wanita di dalam masyarakat Melayu sudah lama diangkat tinggi. Banyak masanya, lebih tnggi dari lelaki.

Selain Srikandi-srikandi dan pahlawan-pahlawan wanita yang disebut dan ditulis dalam manuskrip dan pengkisahan sejarah, wanita teramai, tonggak2 keluarga kita juga adalah wira-wira kita. Wanita-wanita hebat seperti ibu-ibu dan para isteri-isteri kita.

Kita mungkin biasa dengan gurindam dan dendangan lama yang menggambarkan wanita-wanita Melayu sebagai mereka yang berpewatakan elok dan cantik seperti;

“Suriram ram ram,
Suriram ram ram,
Suriram yang manis,
Aduhai suriram sayang,
Makin dipandang semakin manis.”

Ini gambaran biasa dan terbanyak dapat ditemukan dalam lagu-lagu rakyat Melayu (malah lagu moden juga)

Tetapi, dalam masa yang sama, wanita kebanyakan seperti ibu-ibu dan isteri-isteri Melayu kita sudah lama diabadikan dan digambarkan bukan sahaja kerana kecantikan dan watak yang baik, tetapi juga peranan berkeluarga serta membesarkan anak. Dalam lagu dan gurindam Melayu tradisional, misalnya;

Waqaf Saham

“Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu,
Tepuk biar pandai, nanti emak upah susu.”

“Susu lemak manis, santan kelapa muda,
Adik jangan menangis, emak nak pergi kerja.”

Garapan lagu ini ringkas, tetapi falsafah kewanitaan yang kuat dilagukan dengan indah di dalamnya.

Wanita (emak) dalam lagu di atas diceritakan melatih psikomotor anak melalui tepukan, dalam masa yang sama berperanan mendidik dan menyusukan anak dan yang paling mengagumkan, dalam lagu turun temurun ini juga, wanita Melayu sudah lama dikisahkan menjadi antara punca rezeki keluarga.

Lagu ini diperturunkan secara bergenerasi sejak sekian lama, diulit oleh bibir-bibir ibu dan isteri-isteri kita, ia berterusan hingga hari ini, dan secara tidak sedar embentuk watak wanita Melayu dalam acuan yang sebenarnya sudah lama kuat dan hebat, dan mungkin terpendam dan menunggu masa untuk dizahirkan!

Feminisme? Sebelum wujud istilah itu, wanita Melayu adalah para revolusiner kepada lambang kekuatan gerakan wanita!

“Nenek, nenek si bongkok tiga,
Siang malam asyik berjaga,
Mencari cucu di mana ada,
Nenek ku kahwin dengan anak raja!”

Hatta wanita berusia dalam masyarakat Melayu pun, kekuatan dan kehebatannya masih mengesankan!

“Ducit Amor Patriae”

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.