Sebelum manusia dihantar ke angkasa lepas, pelbagai spesies haiwan telah dihantar ke angkasa sebagai ujian mengenai daya tahan hidupan terhadap penerbangan angkasa. Antara haiwan yang pernah dihantar ke angkasa lepas termasuk anjing, monyet, kucing, kura-kura, tikus dan serangga.

Walaubagaimanapun, selalunya pengakhiran misi menghantar mereka ke angkasa lepas tidak seindah yang disangka. Kebanyakannya mati semasa penerbangan dan hanya segelintir yang berjaya kekal hidup di angkasa dan masih hidup setelah pulang ke Bumi. Beberapa ekor haiwan yang popular dalam lipatan sejarah sebagai haiwan yang telah berada di angkasa ialah Laika, si anjing dan Ham, seekor chimpanzee.

Namun begitu, tidak ramai mengetahui kewujudan seekor kucing jalanan dari Paris bernama Félicette sebagai kucing pertama yang berada di angkasa. Pada 18 Oktober 1963, seekor kucing jalanan Perancis telah menjadi kucing pertama dipilih untuk dihantar ke angkasa oleh kerajaan Perancis bagi program angkasa mereka.

Sebelum ini, saintis Perancis telah melancarkan tiga ekor tikus ke angkasa dan mereka ingin menaik taraf kepada mamalia yang lebih besar untuk mengkaji tindak balas badan haiwan terhadap anti-graviti. Bersama kucing-kucing lain, Félicette harus menjalani beberapa latihan yang keras untuk pergi ke angkasa. Kucing-kucing tersebut telah dilatih untuk berada di bekas sempit dan beberapa ujian lain.

Akhirnya pada Oktober 1963, telah menjadi satu-satunya kucing terpilih untuk misi ke angkasa. Kucing hitam putih tersebut telah diikat ke dalam sebuah bekas di dalam roket bernama Véronique dan dilancarkan ke angkasa dari sebuah pengkalan di gurun Sahara.

Ia terbang sepanjang 100 batu di atas Bumi dan berada di angkasa selama beberapa minit dalam keadaan sifar gravity. Para saintis ketika itu turut memantau perkembangannya melalui elektrod yang telah dipasang di kepala Félicette.Setelah 15 minit, ketika hampIr sampai ke Bumi, kapsul yang membawa Félicette terpisah daripada roket dan ia mendarat melalui payung terjun yang disertakan sekali bersama kapsul.

Akhirnya, Félicette selamat dibawa pulang oleh saintis sebaik mendarat. Sebelum kejayaan pengembaraan Félicette, seekor anjing jalanan berasal dari Russia telah terlebih dahulu ke angkasa dan menjadi haiwan pertama yang mengorbit Bumi dengan menggunakan kapal angkasa bernama Sputnik 2 milik Soviet Union.

Namun begitu, Laika mati di angkasa atas beberapa kegagalan semasa penerbangan. Malang bagi Félicette, meskipun berjaya hidup setelah mendarat di bumi, dia telah dimatikan beberapa bulan selepas itu kerana saintis ingin mengkaji kesan perjalanan angkasa terhadap otaknya.

Kini, sebagai menghargai jasa Félicette terhadap sains penerbangan angkasa Perancis, beberapa usaha untuk mengabdikan nama Félicette dalam sejarah Perancis telah diusahakan. Ini termasuklah rancangan untuk membuat tugu peringatan Félicette di kota Paris dan membuat stamp bergambar Félicette (mereka tersalah letak namanya sebagai Félix kerana menyangkanya seekor kucing jantan).

Rujukan:

Zublin, F. (2018). The Cat Who Came Back from Space. Retrieved April 3, 2019, from https://www.ozy.com/flashback/the-cat-who-came-back-from-space/83237

Petsko, E. (2018). A Brief History of Félicette, the First Cat in Space. Retrieved April 3, 2019, from http://mentalfloss.com/article/567451/brief-history-felicette-first-cat-space

Gray, T. (1998). A Brief History of Animals in Space. Retrieved April 3, 2019, from https://history.nasa.gov/animals.html

Artikel disumbangkan oleh Nur Ainnurq MN untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.