Lumrah bagi mana-mana pelajar universiti bergelut mengejar tarikh akhir penghantaran kerja jurusan masing-masing. Tetapi pernahkah anda mendengar kisah kerja seorang pelajar yang amat mengejutkan sehingga ia dirampas oleh pihak berkuasa? Ini bukan kisah rekaan tetapi kisah benar yang menimpa seorang lelaki bernama John Aristotle Phillips.

Advertisements

Phillips ketika itu menyambung pengajian di Universiti Princeton dalam jurusan aeroangkasa dan sains mekanikal. Pada usia 21 tahun, dengan hanya berbekalkan maklumat yang tidak dinyahsulit dari Pejabat Percetakan Kerajaan Amerika Syarikat dan rujukan dari perpustakaan universiti, dia berjaya menghasilkan reka bentuk bθm nuklear yang boleh memusnahkan sebahagian kawasan Manhattan.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Semua ini berlaku pada tahun 1976. Alat bersaiz bola pantai itu telah dihasilkan selama beberapa bulan oleh Phillips. Ia dibuat dengan tujuan menunjukkan mana-mana individu berniat jahat termasuk pengganas boleh menghasilkan bθm nuklear menggunakan maklumat awam. Dari segi aspek berkenaan, Phillips dianggap berjaya kerana menurut saintis nuklear Dr Frank Chilton, ia memang direka untuk diletupkan.

Sebenarnya, ramai pelajar jurusan Phillips turut mencuba melakukan perkara sama. Tetapi mereka bergelut bagaimana untuk menggunakan letupan konvensional sebagai cara mengaktifkan bahan nuklear yang terletak di tengah-tengah bθm. Cara Phillips ialah menghubungi DuPont dan bertanya secara sopan jenis bahan yang digunakan. Reka bentuk bθm yang dihasilkan beliau mempunyai kekuatan satu pertiga daripada bθm atom yang digunakan di Hiroshima dan Nagasaki semasa hari-hari terakhir Perang Dunia Kedua (WWII).

Tetapi selepas beberapa minggu menyerahkan reka bentuk dan model bθm kepada jabatan fizik universiti, semua model dan kertas kerja yang dihantar telah dirampas oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Apabila Phillips ditanya oleh ketua jabatan berkenaan hal itu, barulah dia sedar sesetengah perkara yang dikongsikan DuPont masih lagi dikelaskan sebagai sulit.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Insiden ini bagaimanapun menjadikan Phillips dikenali ramai. Diberi gelaran ‘The A-Bθmb Kid’ oleh media ketika itu, dia menghasilkan sebuah buku bertajuk Mushroom: The True Story of the A-Bθmb Kid bersama penulis David Michaelis. Ia juga turut mendorongnya menjadi aktivis anti-senjata nuklear dan dijadikan sebagai teras utama kempennya di Kongres AS pada 80-an.

RUJUKAN

Felton, J. (2022, 19 Januari). The FBI Once Confiscated A Student’s Paper For Designing A Nuclear Bθmb. IFLScience.

Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply