Universiti Al-Azhar mentakrifkan Freemason sebagai gerakan rahsia yang mengumpulkan ahli daripada orang beragama mahupun tidak beragama, seterusnya menyatukan kepercayaan dan budaya sehingga mereka mampu menguasai dunia.

Definisi kedua; Freemason adalah pertubuhan rahsia politik yang bertujuan menghancurkan dasar dan kuasa kerajaan, agama serta sivil. Ia mempunyai banyak takrif bergantung kepada geografi dan bahasa.

Pada tahun 1717, gerakan ini diperkemas di Britain dengan mengangkat kebebasan, persaudaraan dan kesamarataan. Freemason moden kini bermula. Pada tahun 1935, London membongkar kegiatan mereka yang tampak melindungi kaum yahudi. Idea freemason disebarkan lagi ke Amerika dan banyak tempat lain. Pada tahun 1906 di negeri uncle sam ini, Freemason bertapak kukuh dan berjaya membina banyak sinagog yahudi.

Di Mesir, ia subur setelah pencerobohan Napoléon Bonaparte. Jeneral perang yang memerintah jajahan ini merupakan seorang Freemason bernama Kleber. Ramai ulama’ al-Azhar terbunuh semasa fatrah ini. Tahun 1798-1801 adalah tempoh penjajahan Perancis yang memeritkan.

Pada tahun 1830-1838, lodge freemason dibina di Iskandariah bawah jagaan Itali. Pada tahun 1838, lodge freemason dibina lagi di Kaherah. Pada tahun 1845, lodge freemason Iskandariah bawah jagaan Perancis pula ditubuhkan. Begitu juga di seluruh dunia, pengaruhnya tersebar luas. Kini, secara rasmi Mesir telah mengharamkan Freemason. Akan tetapi ia tetap hidup dengan proxy dan nama samaran yang baru.

Di Palestin, lodge freemason diasaskan di Baitulmaqdis tahun 1873 dengan misi mengembalikan Haikal Sulaiman dan mendirikan negara Israel. Di Turki, dua lodge freemason dibina tahun 1738. Khilafah Turki Uthmaniah memang ingin dijatuhkan sejak awal lagi berdasarkan lodge freemason yang rancak dibangunkan pada tahun 1856, 1861 dan 1864. Dunia Islam menghadapi serangan pemikiran daripada Freemason secara agresif sehinggakan tidak ada satu pun negara arab yang terlepas.

Bahkan ramai yang menyertainya daripada kaum muslimin. Seawal tahun 1979, Liga Negara Arab telah memutuskan untuk melarang Freemason  daripada berkembang. Namun realitinya, mereka masih bergiat aktif di balik tabir mahupun secara jelas nyata.

Freemason memanipulasi pegawai atasan sesebuah negeri tanpa mengira bangsa agar tercapai cita-cita dan tersebar ideologi mereka. Pada tahun 1888, pemimpin mereka melakukan perjumpaan bersama perdana menteri bagi melantik Grand Master.

Di Mesir, menteri keadilan Fakhri Basha pada 1891 didapati menyertai Freemason. Pada 1897, dilantiklah Idriss Ragheb Bey sebagai ejen Freemason, seorang hakim negara dan anak kepada Ismail Ragheb Basha, perdana menteri Mesir ke-6. Pendatang dan orang asing mudah dipergunakan Freemason bagi menjalankan muslihat mereka.

Di mana ada ramai kelompok orang luar, di situ ditubuhkan lodge freemason. Justeru terpedayalah ramai manusia termasuk sesetengah orang Islam yang menyertai mereka. Lodge freemason di Mesir dianggarkan berjumlah 32 buah di Kaherah, 5 buah di Iskandariah, 3 buah di Tanta dan sebuah di Mansurah serta Zagazig.

Pena lebih tajam daripada pedang. Mereka memanfaatkan akhbar, majalah, buku dan risalah bagi menyebarkan pemikiran mereka. Zionisme diiklankan di dada akhbar-akhbar Mesir, terutamanya surat khabar yahudi. Freemason menginginkan orang Mesir berkongsi perasaan dengan mereka.

Buku pertama tentang Freemason ditulis oleh Jurji Zaidan terbit pada 1881 di Mesir. Kemudian diikuti oleh Shahin Makarius hingga mencecah 10 buah. Bukunya yang pertama berjudul ‘al-Adab al-Masuniyah’ terbit tahun 1893.

Modus operandi Fremason:

  • Memperdaya tokoh-tokoh besar
  • Meramaikan orang asing dan kaum minoriti.
  • Membina lodge freemason di setiap negara
  • Penyebaran doktrin melalui kitab dan risalah.

Fatwa

Justeru, berdasarkan bukti dan fakta berkenaan bahaya Freemason yang merosakkan umat manusia secara umum dan kaum muslimin secara khusus, maka ulama’ telah menjatuhkan hukum ke atas musuh Islam ini. Dalam setiap majlis Freemason, mesti dihidangkan arak. Maka duduk di majlis mereka itu semestinya haram.

Fatwa ulama al-Azhar Syarif (1984): Haram bagi seorang muslim menyertainya.

Fatwa ijtima ulama di Mekah (1978): Jatuh kafir seorang muslim yang menyertainya.

Fatwa Darul Iftak, Mesir (1997): Freemason adalah gerakan rahsia Yahudi yang menjatuhkan Umat Islam.

Al-Azhar mengingatkan ummah agar berhati-hati dengan permainan mereka yang bersembunyi di sebalik kalimat haq tetapi untuk tujuan bathil. Jikalau sesiapa menyertai Freemason dalam keadaan mengetahui kejahatannya, maka ia berdosa dan perbuatannya bertentangan dengan agama. Ia merosakkan akhlak seorang muslim dan lebih teruk lagi menjadikan diri munafiq yang menghancurkan agama sendiri.

Al-Azhar mengkategorikan Lions Club dan Rotary Club sebagai proxy Freemason. Kelab ini mempunyai berbagai-bagai nama lain dengan topeng kebajikan dan kesukarelawanan. Maka, mendaftarkan diri menjadi ahli kelab-kelab ini juga hukumnya haram, sebagaimana haramnya menyertai Freemason itu sendiri. Tujuan mereka mengadakan kelab-kelab ini adalah untuk meluaskan penyebaran Freemason ke pelbagai daerah dan menjamin berkekalan juga berterusannya agenda mereka.

اللهم أرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه

Ya Allah, tampakkanlah kepada kami yang benar itu sebuah kebenaran dan rezekikan kami mengikutinya. Tampakkanlah kepada kami yang batil itu sebuah kebatilan dan rezekikan kami menjauhinya.

RUJUKAN:

  1. Dr Hasan Muharam al Huwaini, Professor Aqidah wal Falsafah, Kuliah Usuluddin Kaherah. Dr Muhammad Yusri Jaafar, Professor Aqidah wal Falsafah, Kuliah Usuluddin Kaherah. Tayyarat Mu’asarah (تيارات معاصرة). Universiti al-Azhar, Kuliah Usuluddin Kaherah, Fakulti Aqidah wal Falsafah. Silibus tahun akhir pengajian Sarjana Muda Usuluddin Aqidah wal Falsafah al-Azhar Shariff.
  2. Darul Ifta’ haramkan Freemason. https://al-maktaba.org/book/432/3993
  3. Ijtimak Mekah fatwakan Freemason. https://islamqa.info/amp/ar/answers/111876
  4. Al-Jazeera. Laporan gerakan rahsia Freemason. https://www.aljazeera.net/encyclopedia/conceptsandterminology/2016/11/10/%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%A7%D8%B3%D9%88%D9%86%D9%8A%D8%A9-%D8%AD%D8%B1%D9%83%D8%A9-%D8%B9%D8%A7%D9%84%D9%85%D9%8A%D8%A9-%D8%B9%D9%85%D8%A7%D8%AF%D9%87%D8%A7-%D8%A7%D9%84%D8%BA%D9%85%D9%88%D8%B6
  5. Oxfordshire Freemason. http://www.oxfordshirefreemasons.org.uk/
  6. Freemasonry in Egypt 1798–1921: a study in cultural and political encounters. https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/13530198908705494
  7. Unveiling the history of the highly secretive Freemasons in Malaysia. https://www.nst.com.my/lifestyle/sunday-vibes/2018/08/398188/unveiling-history-highly-secretive-freemasons-malaysia
  8. Masonic Lodge Education. https://www.masonic-lodge-of-education.com/
  9. Dorothe Sommer. Freemasonry in the Ottoman Empire: A History of the Fraternity and its Influence in Syria and the Levant. https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1080/03068374.2016.1130971
  10. FREEMASONRY IN SINGAPORE, MALAYSIA AND THAILAND. http://linfordresearch.info/fordownload/World%20of%20Fmy/Nairn%20SE%20Asia.pdf
  11. Manar al-Fathoni

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.