Fatimah Al– Fihri: Pembina Universiti Pertama Dunia

161

DIALAH Fatimah al-Fihri, wanita yang mendirikan universiti pertama di dunia. Tidak hanya sekadar pemberi idea mengenai universiti ini malah penentuan lokasinya juga berasal dari rancangan beliau. Kehadiran universiti pertama di dunia ini mengubah wajah seluruh pendidikan tinggi dunia selamanya.

Tidak perlu menunggu lama, universiti ini membina pengaruh yang amat besar bagi dunia pendidikan di wilayah Timur Tengah, bahkan sehingga ke Tamadun Eropah. Ada dikalangan lulusan terbaik dari universiti membuat revolusi pendidikan dan kesarjanaan di Eropah.

Universiti pertama di dunia ini bernama Universiti Al-Qarawiyyin.

KENALI BELIAU.

1- Fatimah al-Fihri adalah seorang janda kaya yang bertekad menggunakan harta warisannya untuk sesuatu yang berbeza. Fatimah berhijrah dengan keluarganya dari Tunisia ke bandar Fez, Morocco pada awal kurun ke-9. Fez merupakan bandar yang berpengaruh dalam dunia Islam disebabkan kekayaan budaya dan menjadi tempat pencambahan ilmu pengetahuan dengan pesat pada ketika itu.

2- Bapanya Mohammad Bin Abdullah Al-Fihri merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya selepas mengharungi kesukaran dan bergelut dengan kesusahan. Sewaktu beliau meninggal, beliau meninggalkan banyak harta dan diwariskan kepada Fatimah dan adik perempuanya yang bernama Mariam.

SUMBANGAN FATIMAH DAN MARIAM.

1- Hati budi dan sikap dermawan yang ditonjolkan oleh arwah bapa mereka diwarisi oleh Fatimah dan Mariam jua. Sebuah Masjid didirikan dan dinamakan Masjid Al-Qarawiyyin dan direkodkan antara masjid terbesar di Afrika Utara pada waktu itu dan disusuli bersama tercetusnya wawasan Fatimah untuk mendirikan universiti pertama dunia bermula. Fatimah dan Mariam kemudianya membina Masjid Andalusian sebagai tempat beribadat yang baru apabila melihat Masjid Fez tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang bertambah.

2- Pada tahun 859, di kota Fez, Morocco, Fatimah mendapatkan keizinan dari penguasa tempatan untuk mendirikan sebuah universiti. Tidak ramai sebenarnya menjangkakan perkara yang dilakukan oleh Fatimah pada waktu itu adalah suatu perkara yang akan mengubah wajah pendidikan dunia selamanya.

3- Berdasarkan UNESCO dan Book Guinness World Records, Universiti Al-Qarawiyyin adalah universiti pertama dan juga tertua yang memberikan gelaran bagi para lulusannya. Universiti ini menjadi tempat pengajian ramai sarjana Islam dan Eropah.

PENGAJIAN TERKINI DAN MELAHIRKAN TOKOH.

1- Dipercayai kewujudan universiti ini membolehkan formula Algebra mula dapat diperhalusi, disimpulkan dan dikembangkan berikutan di universiti ini tempat berkumpulnya cerdik pandai yang ada pada era tersebut. Terdapat ramai pelajar yang mendaftar dari pelbagai pelosok dunia. Ini disebabkan universiti ini tidak hanya menawarkan subjek pelajaran berbentuk keislaman sahaja.

2- Universiti Al-Qarawiyyin juga menawarkan bidang kursus dengan subjek pendidikan yang lebih luas. Subjek seperti matematik, astronomi, astrologi, fizik, puisi, dan kesasteraan. Inovasi ini merupakan perkara yang penting bagi universiti untuk dilihat dengan lebih luas bukan sekadar menjadi sekolah keagamaan. Perkara ini juga menjadi titik perkembangan dalam sejarah pendidikan universiti dan menarik sarjana terkenal seperti Leo Africanus dan Ibnu Khaldun. Inovasi ini dijadikan model, supaya dapat diikuti dan merubah struktur pendidikan tinggi di seluruh dunia.

3- Universiti ini amat terkenal bukan sahaja pelajar yang dating dari negara Islam tetapi jua disebabkan pendidikan di Universiti Al-Qarawiyyin tidak mewajibkan pelajar untuk mengambil pelajaran agama, Pelajar bukan Islam berpusu-pusu ingin datang belajar dan mendaftar sebagai salah seorang penuntut disitu. Antara penuntut universiti yang akhirnya terkenal adalah Gerber Auvergne yang kemudianya dimasyurkan sebagai “Pope Sylvester II”. Bukan, beliau tidak berdakwah dan mempelajari ajaran Kristian di universiti ini. Tetapi beliau adalah cerdik pandai yang berjaya mengkaji dan memperkenalkan sistem nombor Arab dan angka sifar ke Eropah.

4- Secara tidak langsung, perpustakaan Al-Qarawiyyin juga merupakan perpustakaan tertua di dunia yang pernah direkodkan. Menyimpan banyak naskah asal ilmuan Islam seperti Muwata Imam Malik, Seerah Ibni Ishaq dan transkrip Muqadimmah karya Ibnu Khaldun selain menempatkan Al-Quran dari kurun ke-9.

DAN akhirnya, apa yang dilakukan oleh Lembaga Pendidikan Universiti  terbukti menjadi revolusi bagi pendidikan masyarakat manusia, berkembang melampaui zamannya, dan tidak terbatas pada penduduk Afrika Utara saja, tapi menjadi model utama di seluruh dunia.

Terima kasih Fatimah dan Mariam.

SUMBER:

1- Fatima al-Fihri: Founder of World’s Very First University. https://www.whyislam.org/muslim-heritage/fatima-al-fihri-founder-of-worlds-very-first-university/

2- The oldest library in the world just opened to the public — here’s a look inside. https://www.businessinsider.com/inside-al-qarawiyyin-the-oldest-library-in-the-world-2016-6/?IR=T

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.