Lebih sembilan abad yang lalu, terdapat seorang fuqaha bermazhab Hanafi terkenal yang tinggal di Samarkand bernama Muhammad bin Ahmad al-Samarqandi. Beliau menjadi rujukan ramai ulama dan pemerintah ketika itu dalam soal fiqh. Tetapi kunjungan mereka turut didorong atas nama cinta – selepas melihat puterinya bernama Fatima al-Samarqandi.

Fatima bukan calang-calang wanita ketika itu. Selain dikenali kerana kecantikannya, beliau juga merupakan seorang yang bijak. Dibesarkan dan dididik oleh Muhammad, Fatima menjadi seorang fuqaha hebat dan masak dengan kitab karangan bapanya, Tuhfat al-Fuqaha.

Disebabkan kecantikan dan kebijaksanaan yang dimilikinya, ramai pemerintah Arab ketika itu berusaha memperisterikannya. Bagaimanapun, Fatima langsung tidak menunjukkan minat terhadap kekuasaan, emas dan sutera. Sekiranya mana-mana lelaki mahu memperisterikannya, mereka perlu memenuhi satu syarat: berikan ulasan terbaik berkenaan Tuhfat al-Fuqaha.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Ini mendorong ramai ulama berlumba-lumba menghasilkan ulasan terbaik berkenaan Tuhfat al-Fuqaha. Syarat yang ditetapkan Fatima secara tidak langsung memperkayakan lagi bidang fiqh ketika itu. Salah seorang yang mengulas kitab berkenaan ialah seorang pelajar Muhammad dari Turkistan bernama Ala al-Din al-Kasani.

Pada akhirnya, beliau yang terpilih sebagai bakal suami Fatima kerana menunjukkan ulasan terbaik terhadap Tuhfat al-Fuqaha. Kitab ulasan ini diberi judul Bada’i al-Sana’i dan menjadi rujukan para ulama fiqh. Menariknya, Fatima turut menjadikan Bada’i al-Sana’i sebagai mahar perkahwinannya dengan Ala al-Din.

Selepas berkahwin, kedua-duanya saling menyokong dalam soal menentukan fatwa sesebuah isu. Sekiranya Ala al-Din merasakan isu ini sukar difikirkan berseorangan, maka Fatimalah yang menjadi rujukan. Malah, beliau juga membantu menambahbaik fatwa yang dikeluarkan suaminya bagi memastikan ia bertepatan dengan syarak. Setiap fatwa dikarang oleh Fatima dan ditandatangani oleh tiga orang, dua daripadanya berperanan sebagai saksi.

Pada satu ketika, kedua-duanya berhijrah ke Asia Minor dan berkhidmat dengan kerajaan Saljuk di Konya. Reputasi Ala al-Din bagaimanapun tercemar selepas beliau bertindak memukul lawannya ketika hangat berdebat tentang isu ijtihad. Pukulan itu dibuat sebagai membalas cemuhan lawannya yang menuduh beliau sebagai pendukung Muktazilah.

Pemerintah Saljuk ketika itu segera menghentikan perdebatan dan mempertimbang semula kedudukan Ala al-Din di Konya. Atas nasihat wazirnya, beliau dilantik sebagai duta kerajaan ke Aleppo yang ketika itu ditadbir oleh mentor Salahuddin Yusuf al-Ayubi, Nuruddin Zengki. Sebaik mengetahui apa yang menimpa Ala la-Din, Nuruddin melantik beliau sebagai salah seorang tenaga pengajar di Madrasah Hallawiya.

Tidak mustahil sebelum diutus ke perbatasan oleh Nuruddin bersama bapa saudaranya Asaduddin Shirkuh, Salahuddin al-Ayubi pernah berguru atau memohon fatwa dengan Fatima al-Samarqandi.

Sementara Fatima pula memainkan peranan sebagai penasihat peribadi Nuruddin. Tidak mustahil semasa tahun-tahun itu, beliau dan suaminya, Ala al-Din pernah bertemu dan memberi nasihat fatwa kepada Salahuddin sebelum diutus oleh Nuruddin ke perbatasan. Yang pasti, ramai wanita tidak sabar mendengar mutiara kata Fatima setiap kali diminta menghadap di istana.

Walaupun mendapat pelbagai kelebihan semasa di Aleppo, Fatima mula merindui tanah airnya itu. Sedar akan keinginan isterinya itu, Ala al-Din memohon agar khidmatnya dilepaskan Nuruddin bagi membolehkan mereka sekeluarga pulang ke Samarkand. Bagaimanapun, hasratnya ditolak oleh mentor Salahuddin itu.

Sebaik mengetahui keinginan Ala al-Din itu didorong oleh kerinduan Fatima terhadap Samarkand, Nuruddin mengutus beberapa orang bangsawan wanita untuk memujuknya kekal di Aleppo. Pada akhirnya, beliau bersetuju untuk kekal di situ.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Di Aleppo, Fatima dan Ala al-Din bukan saja membesarkan putera mereka, Mahmoud sebagai ulama fiqh terkenal. Malah, kedua-duanya terus menyumbang dalam bidang fiqh dan hadis menerusi penulisan masing-masing.

Fatima kembali ke hadrat Penciptanya pada 1185 di Aleppo. Sejak pemergian isterinya itu, menjadi rutin harian Ala al-Din menziarahi kubur wanita yang dicintainya itu. Beliau kemudiannya kembali ke rahmatullah pada 1191 dan dikebumikan bersebelahan Fatima, insan yang paling dicintainya itu. Hari ini, kubur kedua-duanya yang dikenali sebagai Qabr al-Mar’ah wa Zawjiha (Kubur Si Wanita & Suaminya) di Perkuburan al-Saaleheen, Aleppo sentiasa diziarahi ramai.

RUJUKAN

Bugra Ekinci, E. (2022, 10 Januari). The winner gets the girl!. Daily Sabah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply