“Alkisah maka tersebutlah perkataan ada sebuah negeri di benua Keling, Pahili namanya Nizamu’l Muluk Akhbar Syah nama rajanya. Adapun raja itu Islam dalam agama Nabi Muhammad Rasulullah salla ‘llahu ‘alaihi wa-sallam, maka baginda beranak tidak orang, dua lelaki dan seorang perempuan yang tua Mani Purindan namanya, dan yang Terigah Raja Akbar Muluk Kud Syah namanya, yang perempuan, Damia Seri Wandi namanya.

Maka Raja Nizamu’l Muluk Akbar Syah pun sudah hilang (mangkat), maka anakanda baginda Raja Akbar Muluk Kud Syahlah kerajaan, menggantikan ayahanda baginda. Maka baginda berbahagi pusaka tiga bersaudara, seperti dalam hukum Allah demikianlah diturutnya.

Datanglah kepada papan cuki emas bertatahkan permata, buahnya permata merah sebelah, permata hijau sebelah, Maka kata baginda Mani Purindan pada adiknya, Raja Akbar Muluk Kud Syah, “Cuki ini berikanlah kepada saudara kita yang perempuan, kerana bukan layak kita memakai dia,”

Maka kata Raja Akbar Muluk Kud Syah, “Tiada Hamba mau memberikan, yang kehendak Hamba kita nilaikan cuki ini jika saudara kita itu hendakkan dia, diberikannya harganya pada kita.”

Papan Cuki ~ papan seperti main Dam Haji

Maka Allah berfirman di dalam surah An-Nisaa ayat 11:

“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu ‘bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan’.
Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati.

Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu.

Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.”

Maka betullah akan hukum yang diguna pakai oleh kekanda tengah Mani Purindan bernama tubuh Raja Akbar Muluk Kud Syah.

Barang emas papan cuki itu bolehlah diberi kepada adinda perempuannya jika kedua kekanda lelaki bersetuju tetapi di dalam hal ini hanya Mani Purindan bersetuju manakala Raja Akbar Muluk Kud Syah tidak sebaliknya mahu dinilaikan harganya dan dibahagikan mengikut Faraid.

Dalam hal ini jika Papan Cuki Emas itu dinilaikan berharga RM10,000 maka kedua kekandanya mendapat 2 bahagian masing-masing berbanding adinda perempuan bernama Damia Seri Wandi itu.

Mani Purindan – 2/5 = RM4,000
Akbar Muluk Kud Syah – 2/5 = RM4,000
Damia Seri Wandi – 1/5 = RM2,000

Begitulah hukumnya atas barang kemas segala harta yang tiada sebut harganya harus dinilaikan dan dibahagikan.

Artikel dinaikkan selepas mendapat keizinan daripada penulis asalnya, Wan Amir. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.