Jika anda seorang suami, adakah bahagian harta isteri cukup untuk menampung kehidupannnya selepas ketiadaan anda?

Sebagai seorang ayah, adakah terjamin anak anda cukup makan minumnya daripada bahagian harta pusaka?

Ramai menyangkakan urusan harta pusaka ini mudah,

“Adik-beradik saya baik-baik sahaja, takde masalah la nanti”

“Takpe la, tak perlu urus sekarang, nanti saya dah pergi pandai la mereka menguruskannya”

Proses pengurusan harta pusaka ini bukan sahaja sukar dari segi perbincangan sesama waris, malah rumit juga prosesnya (bagi mereka yang tidak tahu)

???????????? ???????????????????????????????????????? ???????????????????????????? ???????????????????????????????? ????????????????????????.

Baiklah, sebelum bermula kita perlulah faham terlebih dahulu dengan apa yang dimaksudkan dengan harta pusaka?

Harta pusaka adalah kesemua harta yang ditinggalkan oleh si mati (harta adalah atas nama si mati). Segala harta ini termasuklah wang di dalam dompet, telefon bimbit, pinggan mangkuk dan lain-lain.

???????????????? ???????????????????????? ?????????????????????????????????????????????????

Selepas diselesaikan hak lain ke atas harta pusaka si mati seperti perbelanjaan pengurusan kematian, hutang piutang, hibah, wasiat dan harta sepencarian, maka baru harta itu boleh dibuat pembahagian faraid.

???????????????????????????????? ???????????????????? ???????????????? ?????????????????????

Yang pertama perlu dicari siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan cara Ashabul-Furud (waris Al-Quran)

Kemudian kemudian dicari siapakah yang Mahjud (terhalang daripada mendapatkan harta)

Akhir sekali bakinya diagihkan kepada asabah.

Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk. Termasuk juga anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah.

Terdapat 3 jenis asabah iaitu:

Asabah Binafsih
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki. Saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung. Anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung. Dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

Asabah Bil Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

Asabah Maal Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

???????????????????????????????? ????????????????????????

Bab pembahagian ini agak rumit sedikit untuk diterangkan secara ringkas. Tapi sebagai rujukan, anda boleh lihat dalam gambar rajah di bawah.

???????????????? ???????????????????????? ????????????????????????

Untuk mendapatkan kira-kira, anda boleh guna kalkulator yang disediakan oleh Jabatan Kehakiman : http://www.faraid.gov.my/Faraid/simulasi.do

Rujukan:
i) https://ilabur.com/pembahagian-harta-pusaka/
ii) https://www.hmetro.com.my/addin/2019/06/464659/faraid-harta-berdasar-ashabul-furud


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Kauthar Rozmal merupakan seorang graduan Matematik dan mempunyai 3 tahun pengalaman dalam sebuah Bank di Malaysia. Mula berkongsi ilmu kewangan peribadi dan pelaburan 4 tahun lalu dan telah dijemput menjadi penceramah di beberapa buah Universiti Awam berkaitan kewangan.

Comments are closed.